CAT-tegories:

Isnin, 15 Disember 2008

Zhahiriyah

Zhahiriyah ni adlh golongan org yg literal thdp dalil2. Mrk ni melihat dalil bdasarkan apa yg zahir pd dalil tu, tanpa melihat kpd 'illah, tujuan2 atau hikmah di sebalik perkara tersebut.

Mrk mengharamkan lelaki melabuhkan seluar, mengharamkan fotografi, mengharamkan prmpn kuar rumah etc.

Seorang ulama yg terkenal dan genius, iaitu Ibnu Hazm dikategorikan sbg golongan Zhahiriyah.

1 bntuk literalisme Ibnu Hazm adlh thdp hadis ttg meminta izin kpd prmpn utk dinikahkan:

"Anak perempuan dimintai izin. Dan izinnya adalah diamnya."
[HR Bukhari, Kitab al-Hail, drp Aisyah (6971)]

RasuluLLah SAW bersabda:

"Anak perempuan tidak boleh dinikahi hingga dimintai izin." Orang-orang bertanya, "Wahai RasuluLLah, bagaimana izinnya?" Baginda menjawab, "Diamnya"
[HR Muslim dalam Kitab an-Nikah drp Aisyah (1419)]


Jumhur memahami bhw sorang prmpn yg diam bila diminta izin sbnrnya bmksud dia setuju/redha. Diam tu tanda setuju. Tp kalau dia kata, "Saya setuju," maka ia lebih kuat.

Tp menurut Ibnu Hazm, kalau prmpn tu kata "saya stuju", maka pernikahan itu x boleh terjadi kerana menyalahi hadis nabi! [al-Muhalla (9/575)]

Disbbkn kenyataan ini, Ibnul Qayyim berkata, "gelaran Zhahiriyah adlh layak baginya!" [Zadul Ma'aad (5/100)]

Satu lg literalisme Ibnu Hazm adlh ttg hadis:

"Janganlah salah seorang dr kamu kencing dalam air yg tenang yang tidak mengalir, kemudian mandi di dalamnya."
[HR Bukhari, Kitab al-Wudhu (239), dan Muslim, Kitabul Wudhu' drp Abu Hurairah]

dalam riwayat lain,

"...kemudian dia berwudhu' di dalamnya."
[HR Ahmad dalam Musnadnya (7525) drp Abu Hurairah. Hadis ini sahih menurut para pentakhrij hadis. Juga diriwayatkan oleh an-Nasa'i (1/49), Ibnu Huzaimah (94) dan Ibnu Hibban (1256)]

Ibnu Hazm berpendapat kalau org kencing dlm air yg x mengalir, dia x bleh wudhu dan mandi dr air itu. Kalau air kencing tu x mengubah sifat air itu, ia halal digunakan utk wudhu' dan mandi.

Ibnu Hazm menolak utk mengqiyaskan minum kpd wudhu' dan mandi. Sehinggakan dia membolehkan minum dan mengharamkan wudhu' dan mandi kpd org yg kencing dlm air tsbt. Dia jugak menolak utk mengqiyaskan org yg x kencing kpd org yg kencing.


Lg best, dia hanya spesifikkan kpd hukum kencing dlm air tu scr langsung. Jika org tu kencing di luar air tu kemudian air kencingnya mengalir masuk dlm air yg tenang dan x mengalir, maka air itu suci dan terkecuali drp hukum ini. Org tu bleh wudhu dan mandi drp air tu. [al-Muhalla (1/141)]

Begitulah literalnya Ibnu Hazm.

Di Malaysia, ramai jugak yg terikut2 manhaj yg seakan2 manhaj Zhahiriyah ini.

Mereka terlalu jumud dan literal dgn dalil dan tidak melihat kpd 'illah di sebalik sstu hukum.

Mereka juga terlalu kuat berpegang kpd sstu fatwa atau pendapat dan x nk ubah fatwa itu walaupun keadaan semasa tlh berubah dan keperluan masyarakat dah jauh berubah.

1 ulasan: