CAT-tegories:

Isnin, 15 Disember 2008

Setiap orang boleh berdakwah!



“Saya teringin nak dakwah kepada non-muslim. Tapi saya tak pandai..”

“Saya tak confident la nak cakap pasal Islam kat non-muslim..”

“Saya tak tau comparative religion macam Sheikh Ahmed Deedat.."

"Saya tak pandai berhujah macam Dr. Zakir Naik.."

"Saya tak pandai macam Bro. Shah Kirit dalam teknik menjawab soalan-soalan non-muslim.."

"Saya tak pandai mengayat macam AM Yusri.."

"Saya takut la disebabkan saya gagal memberi jawapan yang betul, maka orang nampak Islam tu tak betul.."

Ini adalah bentuk soalan atau masalah yang sering dikemukakan kepada saya oleh mereka yang ingin melakukan dakwah terhadap non-muslim, tetapi tidak yakin atau merasakan tidak mampu untuk melakukannya.

Sebenarnya dunia dakwah ini luas. Terdapat
pelbagai teknik, cara dan metodologi dalam melakukannya. Setiap tokoh dakwah mempunyai cara yang berbeza dalam dakwah mereka.


Kita juga dapat melihat terdapat mereka yang memeluk Islam melalui jalan-jalan yang berbeza, termasuk dari jalan yang tidak kita sangka.


Kita tidak perlu menunggu sehingga kita menjadi seperti
Sheikh Ahmed Deedat atau Dr. Zakir Naik atau Bro. Shah Kirit atau AM Yusri untuk membolehkan kita berdakwah.


Keterbatasan dari sudut ilmu dan kemahiran tidak seharusnya menjadi penghalang
untuk melakukan dakwah. Ini kerana terdapat banyak ‘tricks’ yang boleh kita gunakan bagi menampung kelemahan tersebut.


Jadi dalam penulisan-penulisan saya yang akan datang, insha Allah, saya akan
berkongsi 'tricks', tips, cerita-cerita dan pengalaman yang mungkin akan membantu mereka yang ingin melakukan dakwah tetapi belum lagi mahir atau sedang mengasah kemahiran mereka untuk berdakwah.


Diharapkan agar penulisan saya ini dapat membantu membolehkan sesiapa sahaja untuk melakukan dakwah
tanpa mengira latar belakang, kemahiran dan tahap penguasaan ilmu.


Setiap orang boleh berdakwah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan