Isnin, 15 Disember 2008
Orang Islam Sembah Kaabah?
Soalan:
Assalamualaikum
Saya ade sorang kawan cina..br je berbaik2 ngan die..
Die pnh ckp, dulu die benci sgt org Islam...sbb org Islam slalu kutuk2 'tuhan' die.. kate org buddha ni bodoh la..sembah patung yang tak boleh wat pape..
Die kate, ape yg die bengang, orang Islam ni slalu kate org lain sembah patung..padahal, org Islam pun same jugak.. lagi teruk..sembah batu besar..yang dekat mekah tu..
hm..saye ckp, bkn kite sembah batu tu..itu hanye arah kite utk sembahyang.. bukan kite sembah kaabah tu..
tapi, itu je yg dpt sy jawab pd die..sy menekankan yg org Islam tak sembah Kaabah...tp sy tak byk idea nk bg hujah ape lagi..
Tolong saye...
Jawapan:
1. Kaabah hanyalah direction.
Orang Islam tidak menyembah kaabah. Orang Islam hanya menghadap kaabah.
Kalau kita tanya org hindu atau cina yg menyembah berhala, "katakan kita alihkan patung berhala yang kamu sembah ke tempat yang lain, ke arah mana kamu akan sembah?" Dia akan jawab, "di mana sahaja patung itu berada."
Katakan kaabah dialihkan ke Amerika. Adakah org Islam akan menghadap ke Amerika pula? Tidak. Kita tetap akan menghadap ke arah mekah. Ada atau tidak bangunan kaabah di situ, sama sahaja bg org Islam. Kita tetap akan menghadap ke arah situ juga.
Ini kerana, kaabah hanyalah arah (direction) org Islam melakukan sembahyang. Kaabah bukanlah sembahan.
2. Orang biasa berdiri di atas kaabah utk melaungkan azan.
Kalau kita tanya org yg sembah berhala, boleh tak mereka pijak berhala mereka? mereka jawab tidak.
Di zaman Nabi SAW, sahabat pernah berdiri di atas kaabah utk melaungkan azan. Sekiranya, org Islam menjadikan kaabah sebagai sembahan, mengapa mereka sanggup utk pijak sembahan mereka? Malah bg penyembah2 berhala, mereka tidak akan sanggup memijak gambar2 berhala mereka spt brahma, shiva, krishna, buddha dsb.
Tetapi bg org Islam, adalah menjadi kebiasaan kita melangkah, malah memijak gambar kaabah! Kebanyakan alas tempat sembahyang yg biasa digunakan oleh orang Islam semasa menunaikan solat (sejadah) ada gambar kaabah di atasnya. Orang Islam biasa langkah, pijak dan duduk di atas gambar kaabah tersebut.
3. Abu Bakr as-Siddiq.
Nama asal Abu Bakr as-Siddiq adalah Abdul Kaabah, yang bermaksud "hamba kaabah." Tetapi selepas memeluk Islam, Nabi SAW menukarkan nama beliau kepada AbdulLah, yg bermaksud hamba Allah.
Ini adalah bukti bahawa org Islam tidak menyembah kaabah.
4. Kesatuan umat Islam.
Kaabah adalah lambang kesatuan umat Islam. 1 500 000 000 umat Islam di seluruh dunia menghadap ke satu arah yg sama apabila menunaikan solat.. tanpa mengira bangsa, kaum, kerakyatan, kaya, miskin, raja mahupun hamba.
WalLahu a'alam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nice~ ;) boleh la pas ni xplain kt mereka..
BalasPadam"Katakan kaabah dialihkan ke Amerika. Adakah org Islam akan menghadap ke Amerika pula? Tidak. Kita tetap akan menghadap ke arah mekah. Ada atau tidak bangunan kaabah di situ, sama sahaja bg org Islam. Kita tetap akan menghadap ke arah situ juga."
BalasPadamBoleh terangkan hujah yang menyokong kenyataan ni berserta sumber?
sebenarnya dlm quran menyebutkan ttg tempat, bkn objek kaabah itu sendiri.
BalasPadam"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke ARAHNYA." [Al-Qur'an 2:144]
pd masa dahulu, masjidil haram hanyalah kwsn lapang dan tiada bangunan spt skrg. jelas sekali ayat ini bercakap ttg arah/lokasi, bkn objek kaabah itu.
lgpun, qiblah/kiblat bermaksud "arah utk mengadap" bkn mmbawa mksud objek.
harap menjawab.
sorry x bleh jwb detail, kna kejar flight..
salam....response pada khairul syahir...pindah lah dulu kaabah..then kita pikir la..x pyh la nk pikir lg...
BalasPadampernah juga tgk video org sembahyang di dalam kaabah..
BalasPadammakna nya arah sebenar kiblat sebenarnya pd sudut atau tiang tertentu dalam Kaabah tersebut..siapa ada komen?
braveheart:
BalasPadambg sy isu ini agak terpencil. malah nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yg sy temui hanya menyebutkan ttg solat menghadap kaabah, bkn di dalam kaabah. Cth adalah nas al-Quran berikut:
"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya." [Al-Qur'an 2:144]
WaLLahu a'alam.