CAT-tegories:

Khamis, 18 Jun 2009

Camana nak explain pasal solat kat non-muslim?



Baru2 ni sy sempat menggeledah email2 sy yg lama. Byk juga email2 sy bkaitan dgn dakwah yg saya temui, termasuk ketika saya baru lagi menceburi bidang dakwah.

Rasa kelakar la plak bila baca balik tulisan2 sy masa 'muda2' dulu. tp mcmana pn sy rasa tulisan2 ini masih ada manfaatnya, walaupun sy telah jauh ber'evolusi' dari segi teknik, pendekatan, idea dan pemikiran dakwah saya.

Berikut adalah satu email saya kepada seorang penanya pada tahun 2004...


**************

Soalan:


Assalamualaikum.

Kat sini saya ada beberapa soalan daripada non muslim:

  1. Saya percaya pada tuhan saya dan awak percaya pada tuhan awak. Macam mana awak tahu yang tuhan awak tu wujud atau tidak?
  2. Islam percaya yang manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Tapi kenapa manusia yang baik dimasukkan ke dalam syurga? Sedangkan manusia itu sendiri adalah sebaik-baik ciptaan. Adakah syurga itu lebih baik penciptaannya daripada manusia?
  3. Camana nak explain pasal solat kat non-muslim?
Harap boleh membantu. Terima kasih.


Jawapan:


***soalan ini saya jawab dalam 2 email berbeza. Di sini saya hanya kopi pes email saya yang menjawab soalan no. 3.


Panjang ceritanya...


1) Dos and donts dalam Islam


Bila org tanya kita soalan ttg dos and donts (hukum-hakam), first sekali yg kita kena jelaskan adalah, Islam bukanlah agama dos and don'ts. Dos and don'ts dalam Islam ni sikit je.. yang lain semuanya harus.

Keduanya, kita kena jelaskan kat dia bhw Tuhan Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil. So, apa yg Allah suruh kita buat, mesti ada kebaikannnya pada kita walaupun kita x tau. Apa yang Tuhan suruh kita tinggalkan, mesti ada kemudaratannya pada kita walaupun kita x tau.

Sebagai contoh, seorang bapa yang PENYAYANG x akan benarkan anak dia main dengan api walaupun pada pandangan anak dia, main dgn api ni best sbb dia tak tau.. tp bapa dia lebih tau. Bapa tu jugak akan paksa anak dia pegi sekolah walaupun pada pandangan anak dia, main lagi best.. tapi bapa ni lebih tahu drp anak dia tadi.. tu sbb dia wat camtu.



Begitulah juga kita dgn Tuhan. Tuhan jauh lebih mengetahui drp kita. Tu sbb dlm persoalan hukum-hakam, org2 Islam blindly follow God's commandments.. sami'na wa atho'na (kami dengar dan kami taat).. walaupun kita x tau apa hikmah di sebalik kewajipan dan pengharaman tu.

Tetapi dalam perkara yang berkait dgn pegangan (aqidah) dan kepercayaan kita, kita memang memerlukan kepada pembuktian kerana kita tak percaya kpd blind faith.. In fact, di antara perkara yg membezakan di antara org Islam dgn agama2 lain adalah konsep Iman yg jelas. Iman bukanlah bermaksud kepercayaan semata2 ttp conviction (keyakinan). Bagaimana keyakinan ini dapat terbina tanpa pembuktian?

Bila kita dah tau bukti kesahihan pegangan kita, iaitu al-Quran, automatically segala2 yg diperintahkan dlm al-Quran tu adalah benar.

Sebagai contoh, dlm mana2 mahkamah, bila seorang saksi tu dipercayai dari sudut kesaksiannya, segala2 kenyataan dia adalah diterima.. dan apabila kesaksian seseorang saksi tu boleh kita pertikai, segala2 kenyataan dia boleh kita tolak..


2) Maksud solat


Sebenarnya solat itu bukanlah bermaksud prayer (doa) sptmana yg selalu diterjemahkan.. krn solat itu lebih lagi drp prayer.. Ada sbhg yg kata solat ini adalah programming.. sbb melalui solat yg betul, kita dpt programme diri kita ke arah righteousness.


3) Kita menerima guidance dalam solat


Di dalam solat, kita bukan semata-mata berdoa kepada Tuhan, ttp jugak menerima guidance drpNya. Sebagai contoh, dalam solat kita membaca sebahagian drp ayat2 al-Quran.. cth:

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang seluas langit dan bumi, yg disediakan bagi org2 yg bertaqwa. (Iaitu) mereka yg memberikan (infaq) harta mereka ketika senang dan ketika susah dan menahahan kemarahan mereka dan memaafkan sesama manusia; dan Tuhan mengasihi orang yang berbuat kebaikan."
(Ali Imran 3:133-134).

Apa yg akan berlaku pada masyarakat kita kalau semua org bersikap camni.. menolong org ketika sng dan susah, menahan marah, saling memafkan.. lebih baik atau sebaliknya?

Secara x langsung, melalui solat kita berdialog dgn Tuhan.. seolah2 kita bertanya kpd Tuhan: "God, what should I do? What did I do wrong? Please guide me.." Kita mendapat guidance melalui bacaan kita tadi.

Jadi, kita jugak boleh kata solat ini ibarat kita tengok map.

Katakan kita nak pergi ke suatu tempat yang kita tak pernah pergi sebelum ni. Adakah dgn melihat map sekali shj, kita boleh sampai terus ke tempat yg kita tuju? Tentulah tidak. So, kita mesti tgk map kita berulang2 kali supaya kita dapat check samaada jalan yg kita lalui itu betul ataupun tidak. Itulah sebabnya kita solat 5 kali sehari.. supaya kita dpt check dari semasa ke semasa samaada amalan dan cara hidup kita sehari2 betul membolehkan kita sampai kepada Tuhan atau tidak.

Tu sebab dlm al-Quran disebutkan:

"Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar."
(Ankabut 29:45.)

4) Mengingati Tuhan


Dalam surah Taha 20:14, ada disebutkan:

"..dan dirikanlah solat utk mengingati Aku."

Selalunya saya buat camni.. saya tanya dia (nonmuslim tu) soalan..

"Kalau saya bagi awak RM1 juta, apa perasaan awak?"

Jawapan yg mesti diberikan:"Mestilah suka!"

So saya tanya lagi, "apa yg awak akan buat lps tu bila setiap kali jumpa saya?"

Dia jawab, "Mestilah saya berterima kasih sangat2 kat awak."

Kali ni saya tanya dia lagi "kalau saya bagi RM 1 juta kat awak.. tapi dengan 1 syarat.. keluarkan kedua2 biji mata awak.. nak tak?"

Jawapan yg confirm diberikan, "mana boleh!"

Saya offer dia lagi, "Kalau saya tambah lagi jadi RM 2 juta camna?"

Jawapan dia mesti: "Tak boleh!"

So, saya reply balik, "Maknanya mata awak ni lebih bernilai drp RM 2 juta.. Siapa yang beri awak mata? siapa yg beri awak telinga? siapa yg beri awak mulut? siapa yang beri awak rezeki? siapa yg beri awak ilmu? siapa yg beri awak oksigen utk bernafas?"

Jawapan dia, "Tuhan."

Saya sambung lagi, "Kalaulah saya bg awak RM 1 juta tadi, awak dah nak terima kasih kat saya banyak2, ni kan pulak Tuhan yg berikan awak segala2 yg jauh lebih bernilai drp itu.. cukupkah dgn hanya 5 kali sehari kita ingat Dia.. sedangkan kita terima nikmat Tuhan yang x ternilai harganya tiap2 hari..?? sepatutnya x cukup.."




5) Kehidupan seharian muslim


Dalam kehidupan seharian seorang Muslim, celik2 mata je, dah solat.. ingat Tuhan.. kemudian dia terus bekerja cam biasa.. dan mungkin waktu tu dia dah melakukan macam2 perkara yg x baik.. so bila sampai je waktu tengahari, dia solat lagi.. kembali kepada Tuhan.. kemudian sesudah tu, dia kembali bekerja balik.. sampai je waktu petang, dia solat lagi.. pastu dia buat aktiviti petang.. sampai je matahari terbenam, dia solat lagi.. ingat Tuhan. kemudian last sekali waktu malam dia solat lagi. Jadi secara kesimpulannya, kehidupan seseorang muslim dalam sehari dipenuhi dengan mengingati Tuhan.. apa akan jadi kalau seseorang tu sentiasa ingat pd Tuhan?? Semakin baik atau jahat??

Therefore be patient with what they say, and celebrate (constantly) the praises of thy Lord, before the rising of the sun, and before its setting; yea, celebrate them for part of the hours of the night, and at the sides of the day: that thou mayest have (spiritual) joy.
[Taha 20:130]

Establish regular prayers - at the sun's decline till the darkness of the night, and the morning prayer and reading: for the prayer and reading in the morning carry their testimony.
[Isra' 17:78]


6) Part yang paling best dalam solat



Part yang paling best sekali dalam solat adalah sujud.. iaitu meletakkan bahagian anggota badan yang paling tinggi sekali iaitu kepala ke atas lantai. Sujud disebut sebanyak 92 kali dalam al-Quran. Antaranya:

"O Mary! worship Thy Lord devoutly: Prostrate thyself, and bow down (in prayer) with those who bow down."
[Ali Imran 3:43]

O ye who believe! bow down, prostrate yourselves, and adore your Lord; and do good; that ye may prosper.
[Hajj 22:77]

Menurut ahli psikologi, to humble your mind, you have to humble your body. Dan cara yg terbaik utk humble kita punya body adalah dgn sujud.

So, dalam Islam, x kira awak siapa.. raja, hamba, kaya, miskin, hitam, putih, melayu, cina, india, arab, orang asli, iban, jepun, kadazan..?? di hadapan Tuhan, kita semua sama.. kepala di atas lantai.. merendah diri kepadaNya.


7) Solat jamaah



Dalam Islam jugak, kita digalakkan utk menunaikan solat secara berjamaah.

Dalam sebuah hadis dlm sahih bukhari 1:75:692 ada menyebutkan bahawa para sahabat apabila mereka bersolat jamaah, mereka merapatkan di antara bahu dengan bahu, kaki dengan kaki mereka.

Dalam Abu Dawood 1:245:666, Nabi menyuruh agar para sahabat merapatkan bahu-bahu mereka kerana dikhuatiri syaitan akan lalu di celah2 mereka.

Apa yang dimaksudkan oleh Nabi berkaitan dengan syaitan ini mungkin bukanlah syaitan secara literal, tp bermaksud jurang2 seperti kekastaan, perkauman dan sebagainya.

Dalam solat jamaah, x kira siapa.. raja, hamba, kaya, miskin, hitam, putih, x kira apa bangsa sekalipun.. kita semua sama.. rapatkan bahu ke bahu, kaki ke kaki.. inilah dia universal brotherhood dalam Islam.

Saya rasa cukup kot.. stkt ni.. penatnya menaip.. lain kalilah kalau terlintas idea nak tambah lagi..

Harap menjawab soalan tu..

meow!

************

**saya rasa sbhg points saya di atas saya dah x guna dah masa saya handle kes2 reverts dan kes2 nonmuslims yg nk tau pasal Islam. tp stil bleh dipakai. mungkin sbb skrg sy lebih suka jwpn yg lebih simple tp efektif.

purrr...

16 ulasan:

  1. salam bro...kebetulan pg td (kira semlm la, ek..dah pkl 12 rupanya..huhu) sy dpt satu e-mail tajuk "Soalan dari bukan Islam untuk orang Islam, tentang agama Islam'...terus teringat kt blog meow ni...tup2 bro wat plak entri ni...kebetulan sungguh..

    BalasPadam
  2. Salam.
    Solat (yang khusyuk) adalah luahan kesyukuran seseorang hamba ke hadrat Allah SWT yang lahir dari hati yang rendah dan dizahirkan pula melalui pergerakan dan ucapan dalam solat. Semua bacaan dalam rukun solat adalah doa-doa kesyukuran.

    Sekadar pendapat peribadi.

    BalasPadam
  3. syukran for sharing this..

    baru haritu semnbang2 dgn kawan2, mmg ya, ramai org Islam yg menakutkan nonMuslims dgn dos and don'ts, sedangkan yg diutamakan dlm Islam, masa Islam baru diturunkan ialah prihal ubudiyah kpd Allah, sbg satu2 nya Ilah..

    may Allah bless u..

    BalasPadam
  4. to Siti W:

    bkn kebetulan.. mmg sengaja wat khusus utk cik Siti.. hehe..

    BalasPadam
  5. to zaidi ali:

    ya, saya setuju. perkataan "solaah" itu sendiri dari segi bahasanya mmg bermaksud doa.

    BalasPadam
  6. to Humayra':

    Para sahabat selalu bertanya kpd Nabi SAW, "Apakah (amalan) yg awla (utama/priority)?

    Ini menunjukkan bhw para sahabat sgt mementingkn ttg priority.

    RasuluLLah SAW menjawab soalan ini dgn jwpn yg berbeza bg penanya yg berbeza, mengikut keadaan dan keutamaan bg si penanya itu.

    Tp, masyarakat kita krg memberi perhatian kpd awlawiyaat ini. itulah sebabnya mereka gagal memahami Islam dgn baik, lalu gagal memahamkan non-muslim ttg Islam. Mereka lebih menumpukan kpd pkr dos and donts berbanding perkara akidah.

    saya pernah tulis berkenaan isu ini sebelum ini.. rujuk sini

    BalasPadam
  7. ooo ye ke...t'hawunya sy...awigato gozaimas =D

    BalasPadam
  8. salam...saya ambil artikel ini sebagai rujukan untuk saya membuat bahan tulisan saya di blog baru...


    pohon keizinan, terima kasih

    BalasPadam
  9. to dreamerkay:

    salam. ok, diizinkan.

    BalasPadam
  10. salam bro firdaus....
    entri ini sedikit sbyk telah m'jwb beberapa persoalan yg juga pernah terlintas dlm fikiran sy...especially soalan drp non-muslim yg begitu curious b'kaitan solat...

    BalasPadam
  11. salam hanimah..

    ye ke? alhamdulillah..

    BalasPadam
  12. bro fiwdaus:ha'a...betol!salah seorg kawan non-muslim begitu curious ttg solat..sbb dia nmpak dgn mata sndiri muslim melakukan solat....dan soalan dia yg saya tak lupa adalah:

    "kenapa wanita tak pergi ke masjid utk solat pd hari jumaat?kenapa semuanya lelaki sahaja?"

    soalan ni dah lama sbnarnya...tp seolah masih segar dlm ingatan sy...almost 5 years!huhu

    BalasPadam
  13. waaa.... kuatnya ingatan! anak muwid tony buzan ke?? hahaha..

    so, anda jwb apa kt nonmuslim tu?

    BalasPadam
  14. bro Fiwdaus:bukan...saya belom stadi sampai oversea lg...beside the sea saje stakat ni...:)
    blm sempat b'guru dgn Tony Buzan sbb guru2 di Malaysia ni pon blm habis lg 'mengaji' dgn mereka semua :)

    soalan itu mmg cukup 'terkesan' di minda saya..sbb tu sgt ingat soalannya...hihi..

    kalau nak diceritakan dari aspek hukum hakam,tentu sulit bagi non-muslim itu utk faham...tak mahu buat dia 'pening'..hihi...

    cuma jawab sekadar utk bagi dia faham...(tak ingat dialog antara saya dan dia..)

    apa pandangan bro Firdaus jika wujud lg kawan2 non-muslim b'tanyakan kpd sy soalan2 sedemikian ??mungkin bro boleh m'bantu?(agar lbh detail)

    BalasPadam
  15. eh, tadi kan.. masa Perkim Ampang punya revert's course ptg td, sy dpt soklan yg sama!!! tp x 'terkesan' d minda sy pn.. hihi..

    alhamdulillah, sy dh explain. tanya la kt mereka yg join diskusi kitorg td..

    BalasPadam
  16. eh,dpt jgk soklan tu?emm,kebetulan barangkali...emm, x 'terkesan'..?xpa2...xjadi masalah besar :) hihi...yg pntg jawapan yg anda beri kpd revert tu 'terkesan'....insha Allah :)

    siapa2 lagi yg join?nak juga tanya jwpn Tuan Pengerusi kpd revert tersebut...

    p/s:revert's course bukan ker ptg smlm di Masjid Jamek???

    BalasPadam