CAT-tegories:

Selasa, 2 Jun 2009

chin peng, komunisme dan kUCING


Bila media sibuk bcakap ttg komunis, saya tewingat ungkapan 1 pemimpin tkemuka Parti Komunis China yang bernama Deng Xiaoping...

"buguan baimao heimao, zhuazhao laoshu jiushi haomao"

maksudnya:

"tak kisah la kucing putih or kucing hitam.. asalkan dia tangkap tikus punya kucing.. dia bagus punya kucing.." 
[first time dgr ungkapan ni drp seowang cina. so, camni la cara dia twanslate.. :p]

dlm english:

"It doesn't matter whether it is white cat or black cat, it's a good cat so long as it catches mice."

Kata2 ini sgt terkenal dan telah membawa reformasi besar dalam ekonomi negara China suatu ketika masa dahulu.. yg mana ia telah membawa China, sebuah negara ideologi komunis boleh membuka pintu kepada polisi2 yg lebih bersifat kapitalis.


***[tiada kaitan dgn chin peng..]***


isu cadangan membawa pulang Chin Peng yang merupakan pemimpin parti komunis malaya suatu ketika masa dahulu telah menjadi diskusi hangat di kesemua media tempatan. Ada pihak yang bersetuju dia dibawa pulang dan ada pula pihak yang menentang habis2an.

tp saya tertarik dgn cadangan bks mufti perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dlm kenyataannya bertajuk, "Bawa Pulang Chin Peng Jika Ada Ruang Dia Dibicara."

berikut adlh kopi pes drp blog beliau:

"Saya fikir jika sokongan membawa pulang Chin Peng ini dibuat dalam keadaan masyarakat kita rasional dan tiada emosi politik, tentu semua pihak terutama umat Islam akan sensitif.
Perjuangan komunis bukan sahaja belot kepada negara, bagi orang Islam ia adalah perjuangan menentang Tuhan secara terbuka. Dalam konteks negara kita, komunisme tidak sama dengan nasionalisme, komunisme jauh lebih buruk dari segi inti kandungan ajaran dan sejarahnya. Dunia menyaksikan keburukan ideologi tersebut dan hitamnya sejarah perjuangan mereka.

Dari segi falsafah, semua ideologi cuba dihiasi dengan bahasa-bahasa indah, termasuk komunisme. Tetapi sejarah membuktikan kekejaman komunis dan kerakusan mereka di seluruh dunia. Memang sebahagian keburukan komunis itu kadang-kala ditokok tambah oleh Perang Dingin Amerika-Soviet dulu, namun realiti juga sukar menafikan hal tersebut.

Di negara kita, komunis telah mengorbankan rakyat, khususnya umat Islam. Bukti kekejaman mereka bukan sahaja kita baca melalui sejarah, tetapi juga melalui ‘bukti hidup’ yang masih wujud. Pendapat saya; boleh membawa pulang Chin Peng tetapi dengan syarat ada peruntukan untuk jenayahnya dibicarakan. Supaya kita membuka semula sejarah dan memberitahu rakyat siapakah yang mempertahankan negara, siapakah yang mengancamnya dan bayangkan jika perjuangan komunis itu berjaya, apa yang terjadi kepada kita sekarang?"

hmmm.. nmpk cam best...

tp pwoblemnya.. mahukah chin peng balik kalau dia tau yang dia dbawa pulang utk dbicawakan??

2 ulasan:

  1. salam .... nak kopi pasta entry ni. akan kredit ur blog .... xoxoxooxoxo, issue yg menarik n mampu membuatkan otg bfikir dua kali samada nak bawak balik chinpeng atau x ....


    Wassalam

    -Kucing Pembela- (kbtlan id aku Kucing Pembela jugak .... muhahhahahaha)

    BalasPadam