Keutamaan akidah berbanding hal-hal lain.
Apabila seseorang baru memeluk Islam, maka ramailah orang Islam di sekelilingnya yang menawarkan diri menjadi ‘ustaz’ dan mahu memberi tunjuk ajar kepadanya. Mereka merasakan diri mereka yang telah lama Islam sudah tentulah lebih mengetahui selok-belok agama jika dibandingkan dengan si muallaf itu.
Namun, kebanyakan mereka ini tidak mengetahui apa yang disebutkan sebagai “awlawiyat” (keutamaan/priority) dalam agama.
Ada di kalangan mereka yang sibuk menyuruh si muallaf itu belajar mengaji (recite) al-Quran. Sedangkan mempelajari bacaan (recitation) al-Quran hanyalah fardhu kifayah, kecuali bacaan surah al-Fatihah yang menjadi rukun dalam solat.
Ada juga yang memberat-beratkan si muallaf dengan perkara-perkara fiqh tanpa mengambil kira keadaan muallaf yang baru sahaja cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai seorang muslim. Keadaan ini bukan sahaja memberi kejutan kepada muallaf tersebut, malah mengelirukan muallaf tentang konsep Islam yang sebenar.
Lebih teruk dari itu, muallaf yang memeluk Islam kerana hendak berkahwin pula disibukkan oleh pihak bakal mertua dengan urusan hantaran, persiapan perkahwinan, pendaftaran dsb. Akhirnya si muallaf tidak berkesempatan atau hilang minat untuk mempelajari asas-asas Islam. Maka tidak hairanlah jika terdapat muallaf yang ingin kembali ke agama asal setelah gagal dalam perkahwinan mereka.
Ini semua berlaku kerana masyarakat Islam kita lebih mengutamakan perkara-perkara fiqh berbanding akidah. Jadi, apabila seorang muallaf memeluk Islam, mereka juga cuba membawa si muallaf itu ke arah cara pemikiran yang sama.
Mereka perlu sedar bahawa dengan menguasai perkara-perkara fiqh semata-mata tidak menjamin seseorang itu – samaada muallaf atau mereka yang telah lama memeluk Islam – untuk kekal dalam akidah Islam. Menguasai bacaan al-Quran juga tidak menjamin seseorang itu kekal dalam Islam. Menghafaz ayat-ayat al-Quran tanpa memahami maknanya juga tidak menjamin seseorang itu tidak keluar dari Islam.
Perkara yang paling penting adalah menguasai akidah serta asas kepercayaan Islam.
Mereka perlu diperjelaskan tentang apakah itu Islam, apakah bukti kebenaran Islam dan keunikan Islam sehingga terbina keyakinan yang kukuh dan mendalam terhadap Islam.
Mereka perlu diperkenalkan dengan siapakah itu Tuhan dan apakah sifat-sifatNya, lalu membolehkan mereka mencintaiNya, taat dan patuh kepadaNya dengan sepenuh hati.
Seandainya kita mengibaratkan Islam umpama sebuah bangunan, maka akidah adalah struktur asasnya. Apalah gunanya sebuah bangunan yang tinggi dan tersergam indah, namun strukturnya lemah. Bangunan itu akan runtuh pada bila-bila masa.
Itulah sebabnya selama 13 tahun berdakwah di Makkah, RasuluLLah SAW hanya menumpukan kepada perkara-perkara akidah. Setelah berhijrah ke Madinah, barulah diturunkan syariat dan hukum-hakam. Itu pun berlaku secara berperingkat-peringkat.
Ini jelas sekali menunjukkan keutamaan akidah berbanding hal-hal lain. Inilah juga sunnah yang perlu kita ikuti dalam mempelajari tentang Islam serta dalam mendidik orang yang baru berkenalan dengan Islam.
Keutamaan dalam isu-isu berkaitan akidah
Satu lagi masalah yang boleh didapati dalam masyarakat kita adalah kegagalan dalam menentukan keutamaan (priority) dalam isu-isu berkaitan akidah.
Kita dapat melihat ramai para ustaz yang menggunakan karangan-karangan hebat para ulama’ terdahulu dalam persoalan akidah. Namun, kita perlu sedar bahawa ulama’ terdahulu banyak menumpukan perhatian pada masalah-masalah, isu-isu atau ancaman-ancaman yang berlaku di zaman mereka.
Sebagai contoh, golongan salaf tidak membicarakan isu-isu taawil terhadap sifat-sifat Allah. Ini kerana di zaman mereka belum lagi wujud golongan yang melakukan taawil. Namun, di zaman kemudiannya, apabila munculnya golongan yang melakukan taawil terhadap sifat-sifat Allah, lalu muncullah penulisan-penulisan ulama’ yang membahaskan tentang isu ini.
Malangnya pada hari ini banyak tempat pengajian akidah yang mengutamakan perbincangan tentang isu taawil ini. Padahal, ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak pernah pun tahu apakah itu ‘taawil’. Begitulah juga dengan isu-isu lain yang tidak seharusnya menjadi priority dalam perbincangan akidah dalam masyarakat.
Saya tidak menafikan tentang kepentingan membincangkan isu-isu sebegini. Namun, saya berpendapat ia tidaklah lebih penting daripada membincangkan masalah-masalah atau isu-isu ketuhanan yang sering dilontarkan oleh pihak-pihak bukan Islam, terutamanya daripada golongan missionaries atau golongan anti-Islam. Isu ini jelas sekali mampu menggugat akidah umat Islam, seterusnya membawa mereka kepada gejala murtad.
Apabila berlakunya kes murtad, golongan agama sibuk menuding jari ke arah pihak lain, sedangkan kelemahan itu adakalanya terletak pada diri mereka sendiri. Mereka tidak peka terhadap ancaman-ancaman semasa. Lalu mereka leka membicarakan ancaman-ancaman di zaman ulama’ terdahulu dan lalai dalam menangani serangan-serangan semasa.
Serangan-serangan terhadap Islam semakin canggih. Pihak-pihak mubaligh Kristian dan orientalis juga mengkaji al-Quran dan Hadis bagi tujuan mengelirukan umat Islam. Banyak laman-laman web yang dibuat khusus untuk menyerang Islam. Sebahagian daripada laman web ini telah pun menjadi “handbook” bagi sebahagian mubaligh Kristian dalam usaha mereka menarik umat Islam untuk memeluk agama Kristian. Perkara ini saya alami sendiri ketika saya mempelajari agama Kristian di sebuah gereja suatu masa dahulu.
Sekali lagi, isu-isu sebegini sunyi daripada dibincangkan di kelas-kelas pengajian akidah. Malah, ramai ahli-ahli agama kita yang gagal memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap polemic yang dibangkitkan mereka. Lebih buruk lagi, ramai yang langsung tidak menyedari tentang wujudnya ancaman seperti ini. Mereka terus leka menumpukan perhatian terhadap isu-isu akidah yang tidak lagi menjadi masalah utama dalam masyarakat kita pada masa ini.
Saya teringat kata-kata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi:
“…Saya mengatakan kepada rakan-rakan ulama’ di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Arab Saudi, ketika saya mendengar bahawa sebahagian ulama’ kita telah melakukan diskusi dan polemic tentang masalah sifat-sifat Allah, yang timbul perbezaan pendapat di antara ulama’-ulama’ salaf (terdahulu) dan ulama’-ulama’ kemudian, saya katakan kepada mereka:
“Pertempuran yang terjadi sekarang bukanlah pertempuran membela atau menyerang aliran Asy’ariah atau Matrudiah, bukan pula untuk melawan golongan Mu’tazilah atau Jahmiyah. Pertempuran dahsyat kita sekarang ini justeru untuk melawan kaum atheist yang engkar dan tidak percaya wujudnya Tuhan, para Rasul dan Kitab-kitab suci.
Pertempuran kita sekarang bukan melawan golongan yang mengatakan bahawa Allah tidak menempati ruang, tetapi pertempuran kita adalah melawan golongan yang mengatakan bahawa “Allah tidak wujud, maka Dia perlu diciptakan.”
Bukan pula melawan orang-orang yang memberikan ‘taawil’ (interpretasi alegorik) terhadap sifat-sifat Allah, melainkan melawan orang-orang yang mengingkari Allah secara mutlak.””
[Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, dalam kitab “WujuduLLah”]
Kebangkitan atheism
Saya amat bersetuju dengan kata-kata Sheikh Yusuf al-Qaradhawi itu. Selain daripada ancaman-ancaman yang saya sebutkan di atas, kita juga sedang menghadapi ancaman daripada golongan atheist. Di negara-negara barat sekarang, semakin ramai rakyat mereka telah meninggalkan agama. Ramai di kalangan mereka yang menjadi "free-thinkers" atau "agnostics"atau "atheists". Mereka tidak lagi percaya kepada Tuhan.
Peningkatan ini berlaku dengan cukup mendadak.
Kita sering berbicara tentang kebangkitan Islam. Kita juga sering menyebutkan bahawa Islam adalah agama yang paling pantas berkembang di dunia.
Namun, kita juga harus sedar bahawa dunia juga sedang mengalami satu lagi kebangkitan; iaitu kebangkitan atheism. Ramai penduduk barat yang telah meninggalkan agama Kristian. Sebahagian mereka memeluk Islam. Tetapi, sebahagian yang lain menjadi golongan yang tidak percaya kepada Tuhan.
Suatu masa dahulu, tokoh perbandingan agama seperti Sheikh Ahmed Deedat mungkin dianggap wira oleh masyarakat Islam dunia kerana mampu menundukkan jaguh-jaguh dari agama Kristian di pentas-pentas debat.
Namun pada hari ini, saingan utama kita bukan lagi daripada penganut Kristian, sebaliknya adalah daripada golongan Atheist.
Mungkin kita belum lagi merasai kebangkitan ini di negara kita. Akan tetapi, dengan teknologi maklumat yang sebegitu canggih, adalah tidak mustahil bahawa wabak ini juga akan merebak ke negara kita tidak lama lagi.
Benih-benihnya telah pun dapat dilihat sekarang. Ramai di kalangan non-muslim di Malaysia, terutamanya dari kalangan masyarakat Cina yang telah pun menjadi free-thinkers. Mungkin perkembangannya tidak begitu pesat seperti di Barat. Namun, apa yang pasti, pekembangannya sedang berlaku.
Banyak buku-buku ‘hebat’ yang ditulis oleh golongan atheists boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai buku ternama tempatan. Ini termasuklah buku “The God Delusion” oleh Richard Dawkins, “God is Not Great: How Religion Poisons Everything” oleh Christopher Hitchens dan “The End of Faith: Religion, Terror, and the Future of Reason” oleh Sam Harris.
Buku "The God Delusion" hasil karya Richard Dawkins
[ada kesilapan ejaan pada buku :p]
Buku-buku ini menolak kewujudan Tuhan serta menyerang kesemua agama dengan hujah-hujah yang ‘logic’, ‘saintifik’ dan ‘akademik’.
Sudahkah kita bersedia?
Maka di sini timbul satu persoalan…
Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi kesemua serangan mereka ini?
Pemerkasaan akidah
Itulah sebabnya akidah umat Islam perlu diperkasa.
Metodologi pengajian akidah perlu diperkukuhkan dan diperbaharui. Ia perlulah dipersembahkan dalam bentuk yang segar, sesuai dengan peredaran zaman. Bukanlah akidah itu yang perlu diubah, tetapi pendekatan itu yang harus berubah.
Keutamaan perlu diberikan terhadap isu-isu dan ancaman-ancaman semasa dan setempat, bukan isu-isu lampau dan isu-isu negara Timur Tengah.
Akidah perlu dibina atas keyakinan yang diasaskan oleh hujah dan bukti yang kukuh. Ia tidak harus berdasarkan kepercayaan yang dibina secara ‘brain-wash’ atau membuta tuli.
Firman Allah:
"Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku,
aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah
dengan
hujjah yang nyata,
Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"."
(Yusuf 12:108)
WaLLahu a'alam.
wah... da siap dh athikel awk..
BalasPadamcongcats.. :)
komen gambo kucing : dahsyatnya gamba doggy gigit kpala meow tu... ~_~
komen atikel : nk amik utk bhn usrah mlm sok..
ermm...cik lillah ni amik bahan usrah dari artikel awak, tp dia minta sy yg present.padahal saya join utk dgr..xpuah ati
BalasPadamxpe.. pastu tanye dia soklan byk2...
BalasPadamsalam...
BalasPadamwaaaa...
kucehg yang banyak...
xsempat nk hadam artikel...
insyaALLAH nanti nk dtg balik baca :)
dtg balik, jgn x dtg..
BalasPadamnnti nk test kefahaman.. :)
wah, panjang nye..
BalasPadamhurm, nape senyap je kt FCD smlm?
igtkn ade soklan2 berbisa..
hehehe..
bile bole jmpa ya?
kali ni mmg ade pkara nk bincg..
mmg best la gmbr meow kne gigit ngn anjing tu...
macam CATDOG.. haha..
-agree to disagree-
:D
"wah, panjang nye.."saje wat pjg skit.. bleh wat teks usrah.
BalasPadamlg 1, nk test owang baca x artikel yg pjg2 ni.. or just tgk kucing ja..
hehe..
[xla pjg sgt pun..]
"hurm, nape senyap je kt FCD smlm?
igtkn ade soklan2 berbisa..
hehehe.."...diam tanda setuju.. hehe..
"bile bole jmpa ya?
kali ni mmg ade pkara nk bincg.."nk try dtg kl next week.. kalo dpt la..
"mmg best la gmbr meow kne gigit ngn anjing tu...
macam CATDOG.. haha.."itulah serangan semasa thdp Islam yg perlu ditangani.. hehe..
:p
hmm..umat Islam diasak dari pelbagai mcm isu,isu atheis,isu misionari kristian,isu islam liberal dan juga isu umat yang memang tidak peduli pd agama.
BalasPadamhebat cabaran diakhir zaman.
BalasPadamBro Firdaus, taawil dlm bhs layman apa yek...blh bg cth/huraian? Sori ye menyusahkan jer...huhu..
BalasPadamSy biasa dgr ttg ancaman kristian, islam liberal..pluralist...tp krg pulak didedahkan psl golongan atheis ni...hmmm...
to ibnyaacob:
BalasPadamancaman2 itu sentiasa berlaku do sepanjang zaman, dari zaman awal umat Muhammad SAW lg. Tp ulama' terdahulu amat tangkas dlm menangkis ancaman2 di zaman mereka.
itulah sebabnya perkara yg paling saya tekankan adalah kenapa golongan pendakwah dan ahli agama perlu 'adaptive' dlm dakwah mereka especially dlm menangani ancaman2 dan isu2 semasa. mereka x bleh leka dgn hanya membincangkn ancaman2 zaman lampau, tanpa mengambil langkah sewajarnya untuk menangani masalah semasa.
to Siti R:
BalasPadamx tau taawil tu apa? bagus la.. at least u've got my point.. ramai org xtau pn taawil tu apa. tp org dok sibuk bincang.
scr ringkasnya, taawil dlm pkr akidah ni bkaitan dgn ayat2 dlm Quran yg menyebut "tangan Allah", "wajah Allah" dan sebagainya.
generasi awal umat Muhammad SAW mengambil sikap berdiam diri thdp ayat2 ini dan hanya beriman dgnnya, tanpa cuba melakukan 'taawil' (iaitu dgn menjelaskan mksud) thdp pkataan "tangan" atau "wajah" Allah itu.
tp kemudiannya ada golongan yg memberikan sifat makhluk kpd Allah, iaitu dgn mengatakan bhw Allah scr literal mempunyai tangan dan wajah.
lalu muncul golongan lain yg melakukan 'taawil' thdp ayat2 dgn menyatakan bhw pkataan2 wajah, tangan dsb ini tidak membawa mksud scr literal. sebaliknya membawa mksud lain spt kebesaran, kekuasaan Allah.
pandangan ini juga dibantah. kerana bercanggah dgn amalan generasi awal umat Muhammad SAW, atau disebut sbg generasi salaf.
perkara ini menimbulkn perdebatan yg hangat di kalangan para ulama' Islam.
begitulah serba sedikit ttg taawil.
spt sy sbutkn di atas, kita x dpt rasa lg bahang kebangkitan atheism ini. tp x mustahil ia akan menjadi ancaman baru thdp umat Islam negara kita 1 masa nnti.
kristian dh x dpt cari mkn lg di barat, sbb org di sana dh makin rasional dan saintifik. so diorg dtg ke asia, especially di negara2 miskin.
golongan islam liberal dan pluralist ni byk dh org bincang, sbb ia dtg dr kalangan umat Islam sdiri, tp masih krg ditekankan dlm kelas2 pengajian akidah.
kesemua ancaman ini perlu ditangani dgn sebaik mungkin. kesemua ini perlu diberi keutamaan utk dibincangkn dlm pengajaran akidah. krn sume ini adalah ancaman semasa.
Skrg br sy jelas & faham...makasih byk2...
BalasPadamRasanya dulu majalah mastika ada cover isu atheism di kalangan org melayu malaysia ni...tp nampaknya isu ni masih dipandang sblh mata jer...
golongan atheist ni biasanya golongan yg rasional. diorg ni bfikir scr logik dan saintifik.
BalasPadamdi barat skrg org2 kristian x dpt nk lwn scr rasional dgn org2 atheist ni. yelah, agama mereka bkn didirikan atas kepercayaan yg rasional.
itulah sbbnya ramai org meninggalkn agama di barat.
kita sbnrnya mampu utk lwn mereka scr rasional dan saintifik. tp suara kita agak tenggelam. kalau di malaysia, sy rase ramai pendakwah dan ahli agama yg blum ready utk berdialog dan melawan hujah2 rasional dan saintifik diorg.
nice article indeed..
BalasPadamskrg ni, ramai org argue masalah2 kecil. dan mengetengahkan pada masyarakat pun masalah2 kecil. sedangakan pada hakikatnya, even ummah Islam sendiri pun bab2 akidah goyah lagi.. bukan yg cabang2..
malah, untuk sedar dan percaya benar2 bhawa Allah sentiasa ada melihat kita di mana2 pun, xramai yg sedar. yg lebih teruk.. masih ramai yg belum jelas tentang matlamat hidup mereka di dunia ni, yg menganggap life is just to enjoy..
sekadar lontaran idea..
>> ps: lama xdengar khabar ye? baru2 ni sibuk dgn exam finals.. sebab tu senyap jer blog saya tu..
ye, betul. umat kita krg teliti dlm menentukan priorities/awlawiyaat dlm hidup mereka.
BalasPadamitulah sebabnya mereka lebih menumpukan kpd pkr cabang berbanding perkara pokok, isu lampau berbanding isu semasa etc.
byk kerja yg perlu dilakukan. bkn shj umat Islam awam shj perlu diislah. malah, golongan pendakwah juga perlu diislah pemikiran dan pendekatan mereka.
tq atas lontaran idea.
'apakah itu Islam, apakah bukti kebenaran Islam dan keunikan Islam'
BalasPadamTepat pada sasaran. Itulah yang menyebabkan saya memeluk Islam.
Setelah lebih 2 minggu artikel ini dipostkan, baru harini saya dapat membacanya secara keseluruhan.hahahah
BalasPadamjangan marah ye sifu~ hehe
Hakikatnya kini, kita melihat ramai orang yang beragama tanpa mengenali Tuhan. Bersolat, kerana ianya memang dah jadi rutin harian, menutup aurat dengan nama fesyen, atau dengan alasan "inilah caraku", puasa..zakat..haji..semuanya bersebabkan atas nilaian manusia lain, dasar peraturan semasa dan kebiasaan rutin kehidupan.
Islam, hanya pada nama dengan tidak memahami sebab mengapa KITA berbeza dari YANG LAIN.
kalau kita tengok sekarang, ramai manusia yang dah mula lari dari agama. Adakah mereka dan mula rasa agama itu menyusahkan lalu mereka mahukan kebebasan?
Ramai dari kita yang melaungkan,islam itu mudah. Semudah mana? adakah ianya sekadar iklan untuk melariskan produk atau benar2 kita bersungguh menzahirkan kemudahannya?
ya, free-thinkers kini dapat kita lihat dengan jelas pada masyarakat cina terutamanya. Teringat dulu, semasa di ting5(2003), saya pernah menanyakan soalan kepada seorang rakan cina, "awak agama apa?", "entahla, saya x pasti la.." lalu dia juga menyatakan hampir semua
kawan2nya pun begitu..
Adakah gejala ini juga bakal berlaku pada masyarakat melayu tidak lama lagi?(baca:melayu islam)
islam hanya PADA I/C..
tidak kenal Allah dan tidak faham kepada kebenaran islam, merupakan barah realiti umat kini. Ditambah dengan gerakan2 yang semangnya mahu menyesat org2 islam dengan pelbagai cara yang KREATIF telah memburukkan lagi keadaan. Malah LEBIH MALANG lagi, TIADA tindakan yang pantas dan EFEKTIF dari golongan yang sepatutnya berada dibarisan HADAPAN telah menyebabkan masalah ini seolah2 dibiarkan, tanpa penyelesaian.
wallahua'lam
salam.. entry yang menarik..mintak izin utk copy paste kat blog saya... thankieu.. :)
BalasPadamto ahong:
BalasPadambiasanya begitulah... especially mereka yg memeluk Islam bkn dr jalan perkahwinan..
tp malangnya pkr2 ini amat kurang dibincangkan dan diberi perhatian utama oleh masyarakat Islam kita.
to nemo:
BalasPadamamboi.. pjgnya komen..
"kalau kita tengok sekarang, ramai manusia yang dah mula lari dari agama. Adakah mereka dan mula rasa agama itu menyusahkan lalu mereka mahukan kebebasan?"
teringat kata2 Rib’i bin ‘Amir di hadapan Panglima AngkatanTentera Parsi:
“Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendakiNya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat”. (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/48, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).
Islam dtg utk membebaskan manusia!
"Ramai dari kita yang melaungkan,islam itu mudah. Semudah mana? adakah ianya sekadar iklan untuk melariskan produk atau benar2 kita bersungguh menzahirkan kemudahannya?"
ingat lg x artikel saya psl Islam itu mudah? kita bkn sekadar kata Islam itu mudah, tetapi kita membuktikan bahawa Islam itu mudah.
"tidak kenal Allah dan tidak faham kepada kebenaran islam, merupakan barah realiti umat kini. Ditambah dengan gerakan2 yang semangnya mahu menyesat org2 islam dengan pelbagai cara yang KREATIF telah memburukkan lagi keadaan. Malah LEBIH MALANG lagi, TIADA tindakan yang pantas dan EFEKTIF dari golongan yang sepatutnya berada dibarisan HADAPAN telah menyebabkan masalah ini seolah2 dibiarkan, tanpa penyelesaian."
itulah sbbnya dlm hal ini, kita perlu bersikap proaktif. kita tidak boleh menyelesaikan apa2 masalah dengan hanya menuding jari thdp pihak lain. melainkan, kita sendiri perlu bertindak dlm ruang lingkup kemampuan kita. kita x bleh tunggu org lain yg lakukan, tp kitalah yg perlu lakukan sesuatu. kita sendiri perlu bertindak membangkitkan kesedaran di kalangan ummah. kita sendiri yg perlu berbuat sesuatu agar pihak2 yg seharusnya berada di barisan hadapan melakukan tindakan yg sepatutnya.
WaLLahu a'alam.
to moja de guevara:
BalasPadambkn dh kopi pes dh pn kan? siap ada komen lg kan? hehe....