CAT-tegories:

Khamis, 4 Jun 2009

doa yg sunnah yg jarang diketahui



Kita telah biasa mendengar pelbagai doa yang dibacakan oleh para Imam, penceramah, ustaz dsb. Doa-doa ini ada yang diambil daripada al-Quran, daripada as-Sunnah dan juga daripada karangan ulama', Imam atau individu-individu lain. 

Doa-doa daripada al-Quran adalah doa-doa yang
diajar sendiri oleh Allah SWT. dan juga doa-doa orang yang soleh terdahulu yang dirakamkan di dalam al-Quran. 

Doa-doa daripada as-Sunnah pula adalah doa-doa yang diajarkan oleh RasuluLLah SAW - manusia yang paling mengenali Allah dan paling mengetahui apakah yang sepatutnya diminta oleh umatnya.

Manakala doa-doa lain adalah karangan individu-individu yang tidak ma'sum. Itulah sebabnya sebahagian daripada doa-doa tersebut menerima kritikan daripada ulama' lainnya kerana terdapat kandungan doa itu yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada salahnya mengamalkan doa-doa yang bukan daripada al-Quran dan as-Sunnah, dengan syarat kandungannya
tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, ia juga boleh diamalkan selagimana ia tidak dikhususkan pada waktu-waktu tertentu atau ibadah-ibadah tertentu.

Namun, adalah lebih baik kita menumpukan perhatian kepada doa-doa yang sunnah (yang diajarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah). Doa-doa ini terlalu banyak untuk kita amalkan sehingga kita dapat merasakan seperti kita tidak sempat lagi mencari doa-doa lain. 

Selain itu, kita khuatir sekiranya kita lebih banyak menumpukan kepada doa-doa yang tidak sunnah, secara tidak langsung kita
"mematikan" doa-doa yang sunnah. 

Berikut adalah contoh doa yang indah daripada as-Sunnah yang jarang diketahui oleh masyarakat kita. Doa ini disunnahkan untuk dibaca selepas tasyahud akhir, sebelum salam..


"Ya Allah, dengan ilmuMu atas yang ghaib 
dan dengan kekuasaanMu atas seluruh makhluk, 

panjangkanlah hidupku apabila Engkau mengetahui 
bahwa kehidupan selanjutnya lebih baik bagiku. 

Dan matikan aku dengan segera, 
bila Engkau mengetahui bahwa kematian lebih baik bagiku. 

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu agar 
aku takut kepadaMu 
dalam keadaan sembunyi (sepi) atau dipersaksikan (orang ramai). 

Aku mohon kepadaMu, 
agar dapat berpegang dengan kalimat hak 
di waktu redha atau marah. 

Aku minta kepadaMu, 
agar aku dapat melaksanakan kesederhanaan 
dalam keadaan kaya atau fakir, 

aku mohon kepadaMu agar diberi nikmat 
yang tidak habis dan 

aku minta kepadaMu, 
agar diberi penyejuk mata yang tak putus. 

Aku mohon kepadaMu agar aku dapat redha 
setelah qadhaMu (turun pada kehidupanku). 

Aku mohon kepadaMu kehidupan 
yang menyenangkan setelah aku meninggal dunia. 

Aku mohon kepadaMu 
kenikmatan memandang wajahMu (di Surga), 
rindu bertemu denganMu 
tanpa penderitaan yang membahayakan 
dan fitnah yang menyesatkan. 

Ya Allah, hiasilah kami dengan keimanan 
dan jadikanlah ia bagi kami 
sebagai penunjuk jalan (lurus) 
yang memperoleh bimbingan dariMu."

[Hadis Riwayat An-Nasai 3/54-55 dan Ahmad 4/364. Dinyatakan "shahih" oleh Al-Albani dalam Shahih An-Nasai 1/281.]

4 ulasan:

  1. ha.. dlu masa kecik2 pernah la cikgu suruh hafal doa ni.. tpi xigt sangat. jazakallah postkan di sini..

    BalasPadam
  2. ini saya tanya dari seorg kwn say yg covert kpd Islam masa dia umur 18tahun..dia ckp..kalo nk explain pasal solat kat non-muslim..jgn ckp solat itu apa secara direct..tapi ckp apa solat itu dr segi scientific...cnthnya knapa solat itu 5kali je???ada kajian saintifik blh prove tak??knapa solat subuh 2..zuhur 4 asar 4 n seterusnya...explain more on scientific point of view..kalo kite just ckp solat itu adalah tnggungjwb kite pd Tuhan, sure dia akan gelak coz setiap agama pon ada kewajipan..
    yg pasti, mereka nak tahu sesuatu yg concrete and proven...not just by giving them theory...
    cubalah encik ustaz..ini khas dr pesanan kwn sy itu..
    smg brjaya dlm dakwah...

    BalasPadam
  3. to areque:

    ni komen utk artikel camana nk explain pasal solat kt nonmuslim tu kan? silap tempat.. hehe..

    anyway, thanks sbb bg komen.

    1. tiap org berbeza. maka approach pn kna berbeza.

    2. cara kite deliver points itu juga penting. kdg2 2 org deliver point yg sama, tp seorang meyakinkan dan seorang lg x meyakinkan. tu sbbnya konsep "obedience is blind" kalau dibawa dgn cara dan explaination yg baik, ia juga akan meyakinkan.

    3. apabila kita explain ttg perkara2 hukum, adlh krg baik utk kita mendahulukn reasons. tp lbh baik kita jelaskan konsep ta'abbud itu dahulu. ini krn, kita x melaksanakan sstu ibadah itu krn hikmah atau reasons yg tdpt pd sstu ibadah itu. tp krn patuh kpd perintah Allah. pkr ini sdiri pn ada logiknya sendiri. mungkin akan didiskas dgn detail kemudian.

    4. kita kena berhati2 apabila menggunakan fakta2 saintifik ini. byk laman2 web atau email yg dsebarkan bkenaan dgn hikmah d sebalik sstu ibadah dr sudut saintifik yg kita x ketahui dr mana sumbernya. kita x pasti samaada ia adlh suatu established scientific facts atau tidak. sekiranya kita gagal buktikan bhw ia adalah established scientific facts, mungkin nonmuslim biasa bleh terima, tp nonmuslim yg scientific akan ketawakan kita.

    5. skrg ni ada dijual buku ttg hikmah solat dr sudut saintifik yg dikuarkn oleh jabatan kejuruteraan bioperubatan UM. Ia adalah hasil kajian yg dibuat oleh rakan2 saya yg berdasarkan eksperimen2 yg boleh diterimapakai. boleh cari dlm pasaran.

    6. yg plg penting skali dlm kite memberi reasons ttg apa2 soalan ttg Islam, kita perlu dahulukn reasons yg diberikan oleh al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri. Ini kerana, ia adalah reasons yg pasti, yg dkhabarkan oleh Allah sendiri.

    7. Kebanyakan jwpn2 yg sy berikan dlm blog ini adalah hasil drp pengalaman saya dan rakan2 dalam mengendalikan pelbagai kes revert dan dialog dgn nonmuslims. Selalunya berkesan. tp mcm sy kata di awal td, setiap org dkendalikan dgn cara yg berbeza dan bentuk jwpn yg berbeza.

    8. terima kasih atas komen dan cadangan.

    WaLLahu A'alam.

    BalasPadam