CAT-tegories:

Ahad, 12 April 2009

Al-Quran lebih memuliakan Jesus berbanding Muhammad?


Soalan: 


di dalam Al-Quran hanya menyebut tentang Nabi Muhammad sebanyak 5x shj tp Nabi Isa sebyk 25x, jd disini mereka (orang2 kristian) katakan Nabi Isa lebih hebat ..



Jawapan: 


1) Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. 


Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita jarang sekali menyebut nama orang tersebut. Kita akan lebih menggunakan kata ganti nama kedua seperti 'awak,' 'anda,' 'you,' 'kamu,' dan sebagainya. Tetapi apabila kita bercakap berkaitan dengan pihak ketiga, kita akan lebih menggunakan nama orang tersebut. 

Dalam kes ini, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Itulah sebabnya nama Nabi Muhammad kurang digunakan. Tetapi banyak kata ganti nama kedua seperti 'kamu' yang merujuk kepada Nabi Muhammad. Apabila Allah bercakap tentang Nabi Isa AS, nama baginda digunakan kerana beliau adalah pihak yang ketiga.


2) Adakah syaitan lebih hebat?? 


Di dalam al-Quran dan juga bible, syaitan lebih banyak kali disebut/diulang jika dibandingkan dengan nabi Isa AS. Adakah ini bermakna syaitan lebih hebat??

Sebenarnya logik ini tidak boleh dipakai. Bilangan ulangan (repetition) nama seseorang tidak menunjukkan siapa yang lebih hebat. 


**ilustrasi di atas tidaklah mencerminkan pendirian Islam terhadap rupa bentuk Jesus atau Isa AS. Ia diletakkan hanya untuk memaparkan bagaimana gambaran yang diberikan oleh penganut Kristian terhadap Jesus menurut imaginasi mereka.

p/s: sorry, x sempat nk taruh byk kucing..

5 ulasan:

  1. slalu dgr soaln cmtu.tp xtrfkir jwapan yg mcm tu, yg sepatutnya..nways,thanks..:p

    BalasPadam
  2. ..kemusykilan..
    macam mana penganut kristian boleh dapat gambaran rupa bentuk jesus yang mcm tu??
    hmmmm

    BalasPadam
  3. imaginasi diorg je... xde asas pun. mungkin sbb ada org yg mulakan lukis cmtu, pastu org lain pn ikut sama.

    yg peliknya, Jesus tu berbangsa Yahudi. tp gmbrn yg diorg buat sume mcm org putih westerners.

    hmmmm...

    BalasPadam
  4. CHANGE WORD "BELIAU" TO BAGINDA LA~

    BalasPadam