CAT-tegories:

Rabu, 1 April 2009

ATTENTION!!!! senarai non-halal foods...Tlg fwd laju2 to our muslim friends!!




Saya sering menerima email yang menyenaraikan kononnya produk-produk tertentu termasuk produk makanan yang mengandungi bahan-bahan yang diharamkan.

Baru-baru ini, saya terima lagi. berikut adalah sedutan email tersebut...



"BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. *****, UNIVERSITI *****, PERSATUAN ***** , MAJLIS **** & JABATAN *****. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA ***, ***, ***, **, ***, & ***.


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI:

1. *****
2. *****
3. *****

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) :

1. *****
2. *****
3. *****
4. *****

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL ):

1. ****
2. ****
3. *****
4. *****

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA:

1. *****
2. *****
3. *****
4. *****
5. ******

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - **** ****** chips- tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

TOP URGENT...... .. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward this to your pork-free muslim friends. Beware of what you eat."


Lalu saya memberikan respons berikut...


"sy sbnrnya krg setuju dgn pkr ni....

1) adakah kandungan email ini authentic? mknanya adakah ia benar2 dtg drp sumber yg dikatakan. sy x nmpk apa2 bukti yg mengatakan ia authentic.

2) dlm quran ada sbut, "bila ada seorang fasiq membawa berita kepada kamu periksalah ia dgn teliti, kerana ditakuti kamu akan memusibahkan sstu kaum dsbbkn oleh kejahilan kamu..." [al-hujurat 49:6]

3) dlm 1 hadis, “Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)” [Sahih Muslim, 5]

4) mknanya, email ini x bleh disebarkan kerana x bleh dipastikan kebenarannya.

5) kita takut email ni bleh jd 1 perang saraf bg mensabotaj penjualan produk2 tertentu. dsbbkn oleh kekhuatiran ni, akhirnya org xnk beli produk2 ni.

6) yg plg kita takut email2 sebegini akhirnya merosakkan imej Islam. org lain akan ingt umat Islam ni xde keje lain. dh la x pandai bisnes, tau nk fitnah org je. produk sdiri x laku, so sabotaj produk org lain. akhirnya imej Islam yg tercalar.



7) tmbhn plak, sbhg drp produk2 yg dnyatakan ni dimiliki oleh org Islam sdiri.

8) dr segi hukum, kita x dpertanggungjawabkn utk periksa sstu produk tu dgn teliti. kita bleh guna or mkn sstu yg pd zahirnya halal. tanggungjawab memeriksa ini hanyalah tanggungjawab pihak berkuasa.



sekalipun sstu itu pada zahirnya halal tp pd hakikatnya tidak, kita x dpertanggungjawabkn. malah, kita dlarang utk tlalu byk bertanya. krn dtakuti ia akan menyusahkn kita. ada tanda halal, cukup la...

9) para sahabat Rasulullah SAW makan mknn nonmuslim yg pd zahirnya halal.

10) ttg alkohol plak, ia haram diminum. tp x bmkna ia najis. sbhg ulama mengatakan ia najis, tp ramai juga yg mengatakan ia bkn najis. sy lbh bpndangan ia bkn najis.. [ada la hujah2nya]. so bg sy, xde prob klu perfume ada alkohol.

WaLLahu a'alam."

p/s: sorry dah lama x update blog. busy skit akhir2 ni..

note: saya telah pun menulis dengan lebih detail tentang isu makanan ini beserta dalil dan pandangan para ulama'. Sila rujuk entri yang bertajuk: "Makan, termakan dan cari makan."


16 ulasan:

  1. meow mkn apa tu? ada tanda halal ke? hehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. sekurang-kurangya penjelasan saudara mengukuhkan lg ape yang bermain di fikiran saya... byk sgt fatwa dan kajian yang konon2nya produk2 kat pasaran Malaysia nie halal n x halal.. smpey menyusahkan pengguna. thanks again..

    BalasPadam
  3. bila d pk2 mmg btul per yg dibaca ni..cam nak sebotaj jer...xkan begitu byk brg....musykil2

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..terima kasih sbb tulis entri ni. sy pn sllu sgt dpt emel2 cmtu. tpi tgk cm semuanya xleh mkn. sbb tu sy xforward pn..izin kan sy emel balik kt org tuh awk nye entri ni erk? syukran (^_^)

    BalasPadam
  5. cik eny: x halal kot.. tu sbb dia tolak makanan tu.. haha..

    cik coklat: sama2. mmg byk pun.. mereka dakwa ia dr sumber skian2, tp kt website pihak yg didakwa tu x tulis apa2 pun..

    cik mazura: tu la.. kita takut scr x sengaja, kita memusibahkan pihak2 tertentu dsbbkn kita x periksa dulu mklmt yg kita terima sblm dforwardkn kpd org lain.. mcm dlm surah hujurat 49:6 yg sbut kt atas.

    cik shahadah: sama2. ye, reply la blk kt diorg. sy dulu slalu gak reply. tp dh byk kali terima, penat la plak nk reply. tp skrg ni sy dh blog, sng skit. pasni sy just refer diorg ke blog ni. penat sbnrnya nk handle karenah masyarakat kita ni..

    BalasPadam
  6. Saya setuju mmg kita kena periksa dulu apa yang di cat egorikan tak halal oleh kengkawan.. kadang2 tu rasa2 macam ikut syok sendiri aje..asal ada lapuran mengatakan benda tu haram..tu dah cukup untuk di cat egorikan sebagai haram sampai menyebabkan kesangsian dan was-was...tapi baru2 ni dalam byk2 info di taman2syurga ada info dan url yang mengatakan produk2 Masterfood UK seperti cokelat bar MARS dll menggunakan rennet dari usus lembu, dulunya pakai vegetarian rennet..dan di akui sendiri oleh Masterfood UK di BBC news article.. Kalau dah terang macam tu sahlah haramnya.
    Alkohol pulak ada 2 major cat egori: yang tak boleh diminum (chemical nomenclature nya memang alcohol)kalau minum juga..tu yang kadang jumpa hindu k.o. tepi2 jalan atau jadi buta. Masa kat uni dulu kami guna alcohol ni kadang2 untuk cuci test tubes bagi kering betul2 kering ..dan yang satu lagi chemical formulanya selamat untuk diminum dan dah di dilute dan boleh di telan oleh kaki2 botol..i.e. boleh di jadikan minuman harian mereka seperti todi, wine, champagne, beer dll..alkohol yang digunakan dalam perfume2 ataupun industrial products biasanya jenis yang tak boleh diminum.

    BalasPadam
  7. ye, betul. dlm kes sebegini, kita dpt sahkan keharamannya dr pihak yg pertama. jd seeloknya perkara sebegini dilaporkan kpd pihak berkuasa ie. jakim supaya tndkn bleh diambil.

    berkenaan dgn alkohol pula, ada 2 isu..

    1) produk2 makanan/minuman yg mengandungi alkohol.

    ini jelas haram dimakan/diminum.

    2)produk2 kosmetik yg digunakan scr luaran. meaning, x dimakan/dminum sebaliknya sbg semburan atau sapuan. cth: perfume, deodorant, ubat sapu etc.

    dlm hal ini, isunya adalah kenajisan alkohol itu sndiri. sekiranya alkohol itu najis, maka ia x bleh dbawa solat. klu x bawa solat, xpe.

    tp sbnrnya tdpt perbezaan pndpt d kalangan ulama' ttg kenajisan arak. ada yg mengatakannya najis, dan ada yg mengatakan bhw ia bkn najis.

    sy telah meneliti hujah kedua2 pandangan ini. dan sy lbh cenderung kpd pandangan yg mengatakan arak bknlah najis.

    maka perfume atau deodorant atau ubat sapu yg mengandungi alkohol bleh dibawa solat.

    WaLLahu a'alam.

    BalasPadam
  8. salam, perkataan dan maklumat ni dah lama saya terima apa yang penting kita kena berhati hati dan periksa dulu jangan main fowrd aje nanti menyusahkan semua orang islam yang nak membeli atau memakan benda2 yang dikatakan Haram tu ....
    sila semak di bahagiaan JAKIM lagi baik..
    Kalau tuan puan pernah ke sabah atau sarawak di bahagian pedalaman kesemua keperluan makanan daripada kedai2 runcit semuanya takde cop HALAL apa yang penting bergantung dengan diri sendiri nak beli ke atau tak payah kalau macam barang2 asas keperluan macam beras ikan garam tepung tu boleh belilah tapi mcm kicap sos tomato daging ayam yang copnye daripada luarnegara memang was2 so tak payah beli...ataupun kalau tuanpuan pernah ke singapura jiran terdekat kat sana Kfc tak boleh makan sebab non halal tapi kat Malaysia ni Insyaallah semuanya Halal saya seminggu sekali bawa semua kawan2 gi makan Kfc.tak de rasa was2 pun terpulanglah dengan tuan puan punya citarasa ya......
    wallahu'alam...

    BalasPadam
  9. 1)setuju. menyusahkan tu 1 isu. yg jd isu lbh utama adlh masy kita x tau bhw memforwardkn mklumat yg x dpt dpastikan kebenarannya adalah satu dosa.

    2) kalau yakin, mkn. kalau x, jgn mkn.

    3) sy teringat masa sy kt cambodia dulu. d sana lembu2 seluruh negara disembelih oleh org2 Islam. sbbnya klu org Islam semelih, sume org bleh mkn. klu nonmuslim semelih, org Islam x bleh mkn. tu sbb kt cambodia, wlaupn bkn negara Islam bleh sediakan daging halal d mana2. jd, org2 Islam kt sana tmsk imam, kadi & mufti bleh pesan nasi goreng daging kt restoran non-muslim..no problem!

    4) klu ikutkn, dlm email yg sy terima ni, ramuan kfc juga pn dikatakan x halal. mana sumber dia sy pn xtau. sdgkn jakim sahkan kehalalannya. klu dia ada mklmt lain, sepatutnya dia confirmkn dgn jakim. bkn main forward je.. lg 1, kfc malaysia dimiliki oleh org Islam.

    BalasPadam
  10. tentang alkohol tu..saya ada dgr pendapat bahawa alkohol dalam minyak wangi tu merupakan bahan kimia yang dimana sering digunakan dalam perubatan (kalau xsilap) bukan alkohol yang datang dr arak..ia xmemabukkan so boleh la digunakan untuk solat..WA
    -perbetulkan kalau salah

    BalasPadam
  11. bg sy, apa jenis alkohol pun xde masalah. yg penting, ia bkn najis dan boleh dibawa solat.

    segala yg najis adlh haram dmakan tetapi tidak semua yg haram dimakan adalah najis.

    mmg terdapat ulama' yg menajiskan arak. ini berdasarkan ayat berikut:

    "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, menilik nasib dengan panah adalah "rijs" (kotor) daripada amalan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung." (al-Maidah 5:90)

    Pendapat ini agak masyhur.

    Namun ada pendapat lain yang menafsirkan bahawa perkataan "rijs" itu tidak bermaksud secara fizikal tetapi ma'nawi atau metaphoric. Dengan kata lain, perbuatan-perbuatan tersebut adalah keji. Pandangan ini adalah kuat kerana perkataan-perkataan selain daripada "arak" dalam ayat di atas adalah merujuk kepada perbuatan (menilik nasib, berkorban untuk berhala), bukannya objek. Maka ia adalah najis metaphorically, bukan physically.

    BalasPadam
  12. EN.Firdaus..tnggungjawab memeriksa bukanlah tnggungjawab pihak brkuasa shj tetapi ia adalah tnggungjawab setiap umat islam.tidak ada yg terkecuali!paham baik-baik!cuba En.Firdaus keluarkn nas-nas yg berkaitan dgn ulasan no.9 tu termasuk perawi dan juga nama kitab.jangan pakai hentam je En.Firdaus...boleh jadi sesat org lain!

    BalasPadam
  13. Salaam,

    Kat Malaysia ni, mmg diketahui umum bahawa JAKIM adalah badan yang diamanahkan untuk membuat keputusan ttg kehalalan sesuatu produk makanan. Jadi, mmg tanggungjawab JAKIM untuk periksa satu makanan atau minuman satu halal atau x. Dan apabila sudah ada cop Halal dari JAKIM, kita sebagai orang awam boleh taqlid dgn cop tu. Kita x mampu nak siasat kehalalan SEMUA makanan.

    Dan dalam kaedah usul fiqh, sememangnya tidak diwajibkan untuk kita selidiki sesuatu yang tidak mungkin dapat diketahui hakikat asal-usulnya.

    Prof Dr Yusuf Qaradhawi telah menulis dalam Hadyu Islam: Fatwa al-Mua'shirah, ms 812, beliau berkata, "Yang tidak kita ketahui tidak kita tanyakan dan kita tidak perlu bertanya mengenai sesuatu yang bukan urusan kita. Hanya sahaja apabila kita ketahui bahawa makanan tersebut berasal dari orang Ahli Kitab maka pada saat kita hendak memakannya kita sebut sahaja nama Allah."


    Islam agama yang mudah. Jadi, mudahkanlah. Asasnya, hukum dasar segala sesuatu adalah halal. Kita memutuskan hukum berdasarkan bentuk zahirnya, sedangkan masalah yang tersembunyi menjadi urusan Allah. Apa yg zahirnya halal, maka ia halal.Hukum awal yang ditetapkan berdasarkan keyakinan tidak akan berubah hukumnya hanya dengan rasa syak (keraguan).

    Lagi pula, ini bukan isu aqidah. Ini masalah fiqh. Tak pernah lagi org jadi sesat sbb masalah fiqh.

    Allahua'lam.

    BalasPadam
  14. betul tuh balqis..islam tidak meminta sesuatu yang mudah dirumitkan (was2)..sedangkan rasulullah memakan makanan orang kafir pada zahirnya adalah halal..so jikalau kita ragu2, tinggalkan..kerana sifat was2 itu dtgny dr bisikan syaitan..WA

    BalasPadam
  15. jika ingin saya ingatkan apabila kita dikhabarkan sesuatu berita yang tidak menyenangkan (menceritakan sesuatu keburukan)..janganlah terus percaya, siasatlah terlebih dahulu kerana sesungguhnya FITNAH itu lebih BESAR dari MEMBUNUH!!

    BalasPadam
  16. saya telah pun menulis dengan lebih detail tentang isu makanan ini beserta dalil dan pandangan para ulama'. Sila rujuk entri yang bertajuk: "Makan, termakan dan cari makan."

    BalasPadam