CAT-tegories:

Khamis, 23 April 2009

Keutamaan dalam pengajian akidah




Keutamaan akidah berbanding hal-hal lain.


Apabila seseorang baru memeluk Islam, maka ramailah orang Islam di sekelilingnya yang menawarkan diri menjadi ‘ustaz’ dan mahu memberi tunjuk ajar kepadanya. Mereka merasakan diri mereka yang telah lama Islam sudah tentulah lebih mengetahui selok-belok agama jika dibandingkan dengan si muallaf itu.  

Namun, kebanyakan mereka ini tidak mengetahui apa yang disebutkan sebagai “awlawiyat” (keutamaan/priority) dalam agama.  

Ada di kalangan mereka yang sibuk menyuruh si muallaf itu belajar mengaji (recite) al-Quran. Sedangkan mempelajari bacaan (recitation) al-Quran hanyalah fardhu kifayah, kecuali bacaan surah al-Fatihah yang menjadi rukun dalam solat.  



Ada juga yang memberat-beratkan si muallaf dengan perkara-perkara fiqh tanpa mengambil kira keadaan muallaf yang baru sahaja cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai seorang muslim. Keadaan ini bukan sahaja memberi kejutan kepada muallaf tersebut, malah mengelirukan muallaf tentang konsep Islam yang sebenar.

Lebih teruk dari itu, muallaf yang memeluk Islam kerana hendak berkahwin pula disibukkan oleh pihak bakal mertua dengan urusan hantaran, persiapan perkahwinan, pendaftaran dsb. Akhirnya si muallaf tidak berkesempatan atau hilang minat untuk mempelajari asas-asas Islam. Maka tidak hairanlah jika terdapat muallaf yang ingin kembali ke agama asal setelah gagal dalam perkahwinan mereka.

Ini semua berlaku kerana masyarakat Islam kita lebih mengutamakan perkara-perkara fiqh berbanding akidah.  Jadi, apabila seorang muallaf memeluk Islam, mereka juga cuba membawa si muallaf itu ke arah cara pemikiran yang sama. 

Mereka perlu sedar bahawa dengan menguasai perkara-perkara fiqh semata-mata tidak menjamin seseorang itu – samaada muallaf atau mereka yang telah lama memeluk Islam – untuk kekal dalam akidah Islam. Menguasai bacaan al-Quran juga tidak menjamin seseorang itu kekal dalam Islam. Menghafaz ayat-ayat al-Quran tanpa memahami maknanya juga tidak menjamin seseorang itu tidak keluar dari Islam.



Perkara yang paling penting adalah menguasai akidah serta asas kepercayaan Islam. 

Mereka perlu diperjelaskan tentang apakah itu Islam, apakah bukti kebenaran Islam dan keunikan Islam sehingga terbina keyakinan yang kukuh dan mendalam terhadap Islam.  

Mereka perlu diperkenalkan dengan siapakah itu Tuhan dan apakah sifat-sifatNya, lalu membolehkan mereka mencintaiNya, taat dan patuh kepadaNya dengan sepenuh hati. 

Seandainya kita mengibaratkan Islam umpama sebuah bangunan, maka akidah adalah struktur asasnya.  Apalah gunanya sebuah bangunan yang tinggi dan tersergam indah, namun strukturnya lemah. Bangunan itu akan runtuh pada bila-bila masa.

Itulah sebabnya selama 13 tahun berdakwah di Makkah, RasuluLLah SAW hanya menumpukan kepada perkara-perkara akidah.  Setelah berhijrah ke Madinah, barulah diturunkan syariat dan hukum-hakam.  Itu pun berlaku secara berperingkat-peringkat.

Ini jelas sekali menunjukkan keutamaan akidah berbanding hal-hal lain.  Inilah juga sunnah yang perlu kita ikuti dalam mempelajari tentang Islam serta dalam mendidik orang yang baru berkenalan dengan Islam.


Keutamaan dalam isu-isu berkaitan akidah


Satu lagi masalah yang boleh didapati dalam masyarakat kita adalah kegagalan dalam menentukan keutamaan (priority) dalam isu-isu berkaitan akidah.

Kita dapat melihat ramai para ustaz yang menggunakan karangan-karangan hebat para ulama’ terdahulu dalam persoalan akidah.  Namun, kita perlu sedar bahawa ulama’ terdahulu banyak menumpukan perhatian pada masalah-masalah, isu-isu atau ancaman-ancaman yang berlaku di zaman mereka.



Sebagai contoh, golongan salaf tidak membicarakan isu-isu  taawil terhadap sifat-sifat Allah.  Ini kerana di zaman mereka belum lagi wujud golongan yang melakukan taawil.  Namun, di zaman kemudiannya, apabila munculnya golongan yang melakukan taawil terhadap sifat-sifat Allah, lalu muncullah penulisan-penulisan ulama’ yang membahaskan tentang isu ini.

Malangnya pada hari ini banyak  tempat  pengajian akidah yang mengutamakan perbincangan tentang isu taawil ini. Padahal, ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak pernah pun tahu apakah itu ‘taawil’.  Begitulah juga dengan isu-isu lain yang tidak seharusnya menjadi priority dalam perbincangan akidah dalam masyarakat.

Saya tidak menafikan tentang kepentingan membincangkan isu-isu sebegini. Namun, saya berpendapat ia tidaklah lebih penting daripada membincangkan masalah-masalah atau isu-isu ketuhanan yang sering dilontarkan oleh pihak-pihak bukan Islam, terutamanya daripada golongan missionaries atau golongan anti-Islam.  Isu ini jelas sekali mampu menggugat akidah umat Islam, seterusnya membawa mereka kepada gejala murtad.

Apabila berlakunya kes murtad, golongan agama sibuk menuding jari ke arah pihak lain, sedangkan kelemahan itu adakalanya terletak pada diri mereka sendiri.  Mereka tidak peka terhadap ancaman-ancaman semasa.  Lalu mereka leka membicarakan ancaman-ancaman di zaman ulama’ terdahulu dan lalai dalam menangani serangan-serangan semasa.



Serangan-serangan terhadap Islam semakin canggih.  Pihak-pihak mubaligh Kristian dan orientalis juga mengkaji al-Quran dan Hadis bagi tujuan mengelirukan umat Islam. Banyak laman-laman web yang dibuat khusus untuk menyerang Islam. Sebahagian daripada laman web ini telah pun menjadi “handbook” bagi sebahagian mubaligh Kristian dalam usaha mereka menarik umat Islam untuk memeluk agama Kristian.  Perkara ini saya alami sendiri ketika saya mempelajari agama Kristian di sebuah gereja suatu masa dahulu.

Sekali lagi, isu-isu sebegini sunyi daripada dibincangkan di kelas-kelas pengajian akidah. Malah, ramai ahli-ahli agama kita yang gagal memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap polemic yang dibangkitkan mereka. Lebih buruk lagi, ramai yang langsung tidak menyedari tentang wujudnya ancaman seperti ini. Mereka terus leka menumpukan perhatian terhadap isu-isu akidah yang tidak lagi menjadi masalah utama dalam masyarakat kita pada masa ini.

Saya teringat kata-kata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi:


“…Saya mengatakan kepada rakan-rakan ulama’ di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Arab Saudi, ketika saya mendengar bahawa sebahagian ulama’ kita telah melakukan diskusi dan polemic tentang masalah sifat-sifat Allah, yang timbul perbezaan  pendapat di antara ulama’-ulama’ salaf (terdahulu) dan ulama’-ulama’ kemudian, saya katakan kepada mereka:

“Pertempuran yang terjadi sekarang bukanlah pertempuran membela atau menyerang aliran Asy’ariah atau Matrudiah, bukan pula untuk melawan golongan Mu’tazilah atau Jahmiyah. Pertempuran dahsyat kita sekarang ini justeru untuk melawan kaum atheist yang engkar dan tidak percaya wujudnya Tuhan, para Rasul dan Kitab-kitab suci.

Pertempuran kita sekarang bukan melawan golongan yang mengatakan bahawa Allah tidak menempati ruang, tetapi pertempuran kita adalah melawan golongan yang mengatakan bahawa “Allah tidak wujud, maka Dia perlu diciptakan.”

Bukan pula melawan orang-orang yang memberikan ‘taawil’ (interpretasi alegorik) terhadap sifat-sifat Allah, melainkan melawan orang-orang yang mengingkari Allah secara mutlak.””

[Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, dalam kitab “WujuduLLah”]


Kebangkitan atheism

Saya amat bersetuju dengan kata-kata Sheikh Yusuf al-Qaradhawi itu.  Selain daripada ancaman-ancaman yang saya sebutkan di atas, kita juga sedang menghadapi ancaman daripada golongan atheist. Di negara-negara barat sekarang, semakin ramai rakyat mereka telah meninggalkan agama.  Ramai di kalangan mereka yang menjadi  "free-thinkers" atau "agnostics"atau "atheists".  Mereka tidak lagi percaya kepada Tuhan.  

Peningkatan ini berlaku dengan cukup mendadak.  

Kita sering berbicara tentang kebangkitan Islam. Kita juga sering menyebutkan bahawa Islam adalah agama yang paling pantas berkembang di dunia.

Namun, kita juga harus sedar bahawa dunia juga sedang mengalami satu lagi kebangkitan; iaitu kebangkitan atheism. Ramai penduduk barat yang telah meninggalkan agama Kristian. Sebahagian mereka memeluk Islam.  Tetapi, sebahagian yang lain menjadi golongan yang tidak percaya kepada Tuhan.

Suatu masa dahulu, tokoh perbandingan agama seperti Sheikh Ahmed Deedat mungkin dianggap wira oleh masyarakat Islam dunia kerana mampu menundukkan jaguh-jaguh dari agama Kristian di pentas-pentas debat.




Namun pada hari ini, saingan utama kita bukan lagi daripada penganut Kristian, sebaliknya adalah daripada golongan Atheist.

Mungkin kita belum lagi merasai kebangkitan ini di negara kita. Akan tetapi, dengan teknologi maklumat yang sebegitu canggih, adalah tidak mustahil bahawa wabak ini juga akan merebak ke negara kita tidak lama lagi.  



Benih-benihnya telah pun dapat dilihat sekarang.  Ramai di kalangan non-muslim di Malaysia, terutamanya dari kalangan masyarakat Cina yang telah pun menjadi free-thinkers.  Mungkin perkembangannya tidak begitu pesat seperti di Barat. Namun, apa yang pasti, pekembangannya sedang berlaku.

Banyak buku-buku ‘hebat’ yang ditulis oleh golongan atheists boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai buku ternama tempatan.  Ini termasuklah buku “The God Delusion”  oleh Richard Dawkins, “God is Not Great: How Religion Poisons Everything” oleh Christopher Hitchens dan “The End of Faith: Religion, Terror, and the Future of Reason” oleh Sam Harris.


Buku "The God Delusion" hasil karya Richard Dawkins
[ada kesilapan ejaan pada buku :p]

Buku-buku ini menolak kewujudan Tuhan serta menyerang kesemua agama dengan hujah-hujah yang ‘logic’,  ‘saintifik’ dan ‘akademik’.


Sudahkah kita bersedia?



Maka di sini timbul satu persoalan… 

Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi kesemua serangan mereka ini?


Pemerkasaan akidah



Itulah sebabnya akidah umat Islam perlu diperkasa. 

Metodologi pengajian akidah perlu diperkukuhkan dan diperbaharui. Ia perlulah dipersembahkan dalam bentuk yang segar, sesuai dengan peredaran zaman. Bukanlah akidah itu yang perlu diubah, tetapi pendekatan itu yang harus berubah.  

Keutamaan perlu diberikan terhadap isu-isu dan ancaman-ancaman semasa dan setempat, bukan isu-isu lampau dan isu-isu negara Timur Tengah. 

Akidah perlu dibina atas keyakinan yang diasaskan oleh hujah dan bukti yang kukuh. Ia tidak harus berdasarkan kepercayaan yang dibina secara ‘brain-wash’ atau membuta tuli. 

Firman Allah:

"Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, 
aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah 
dengan 
hujjah yang nyata, 
Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"."  
(Yusuf 12:108)


WaLLahu a'alam.

Rabu, 22 April 2009

international fWiendly cWitical discussion (fcd3): "tafsiWan al-baqarah 2:62"



tema:
tafsir ayat 62 surah al-baqarah.


latarbelakang:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." 
[al-Baqarah 2:62]

Terdapat sesetengah pihak yang menjadikan ayat di atas sebagai hujah bahawa non-muslim di kalangan Yahudi, Kristian dan sebagainya juga boleh mendapat keselamatan (salvation) daripada Allah, selagimana mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat serta melakukan amal soleh. Oleh demikian, mereka berhujah bahawa seseorang itu tidak perlu memeluk Islam untuk mendapat keselamatan daripada azab Allah.


panel 1:

Dr. Moqsith Ghazali
[jaringan islam liberal]
(universitas paramadina)

panel 2:

"the audience"

moderator:

Xifu Abd. Naser

Tarikh: 
23 April 2009 (Khamis).

Masa: 
8.00 - 10.30 malam.

Lokasi:
No 1-5-2, Prima Peninsula
Jalan Setiawangsa 11,Taman Setiawangsa
54200,Kuala Lumpur
Tel : 03-42604160


Semua dijemput menjadi panel 2.



Khamis, 16 April 2009

Kriteria isteri-isteri idaman


Kriteria isteri-isteri idaman adalah:


1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.


2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting.


3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.


4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin.....


5. Tapi yang paling penting adalah keempat-empat isteri tersebut tidak mengenali satu sama lain... Huhuhu!!

*dikopi & pes dari email


Rabu, 15 April 2009

fWiendly cWitical discussion (FCD): adakah semua agama sama?



Objektif: 
Membincang dan bertukar-tukar hujah serta pandangan dalam persoalan adakah semua agama-agama di dunia masa kini adalah sama. 

Tema Debat: 
Adakah Semua Agama Sama?

Pendebat 1: 



Pendebat 2: 



Moderator: 

Xifu Abd. Naser

Format:

Sesi 1:
Moderator akan mengemukakan soalan yang sama kepada kedua-dua pendebat. 

Sesi 2: 
Para hadirin akan mengemukakan soalan kepada seorang atau kedua-dua ahli debat yang dipilihnya.

Tarikh: 
16 April 2009 (Khamis).

Masa: 
8.00 - 10.30 malam.

Lokasi:
No 1-5-2, Prima Peninsula
Jalan Setiawangsa 11,Taman Setiawangsa
54200,Kuala Lumpur
Tel : 03-42604160


Semua dijemput hadir.


Isnin, 13 April 2009

dA'WAH tWAINING: fWiendly compaWative Weligon course (FCR)


Kursus Asas Intensif Dakwah kepada Bukan Islam
(Dalam Bahasa Melayu)

TARIKH:
18&19 April 2009
(Sabtu & Ahad)
 
OBJEKTIF PROGRAM:
  • Untuk berkongsi maklumat dan memahami pelbagai agama di Malaysia.
  • Untuk mempromosi kesedaran tentang perlunya menyampaikan da’wa Islam.
  • Memperkenalkan fakta penting yang bersesuaian dengan suasana dan kumpulan tertentu.
  • Menanam kesedaran umum tentang perlunya metodologi da’wah yang berkesan.

TAJUK-TAJUK CERAMAH:
  • KEWAJIPAN BERDAKWAH
  • SEJARAH AGAMA KRISTIAN
  • ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
  • KEPERCAYAAN & PERAYAAN KAUM CINA
  • AGAMA HINDU
  • SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
  • PENGALAMAN BERSAMA PADERI KRISTIAN DAN GEREJA
  • QURAN DAN SAINS MODEN

PENCERAMAH:

1) Bro. Shah Kirit

  • Bekas penganut Hindu, memeluk agama Islam pada thn 1996.
  • Menyertai kursus intensif perbandingan agama “International Da’wah Training Program” di IRF Mumbai, India dikelolakan oleh Presiden Islamic Research Foundation (IRF), Dr. Zakir Abdul Karim Naik.
  • Menyertai kursus “Training the Trainer”, dikelolakan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo daripada Islamic Education Trust, Nigeria.
  • Menganjurkan dan mengendalikan kelas perbandingan agama untuk pelajar-pelajar universiti dan orang awam di IIS.
  • Terlibat dalam Forum & Dialog Perbandingan Agama.
  • Penceramah Jemputan untuk Jabatan Agama Islam, sektor-sektor Kerajaan & Swasta, Universiti dan Gereja.
  • Ketua Pegawai Da’wah, IIS.
  • Pengurus, Saba Islamic Media, Maju Junction.

2) Bro. Engku Fauzi

  • Ketua Da’wah, Persatuan Pengislaman Darul Fitrah, Terengganu.
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Da’wah Kerajaan Negeri Terengganu.
  • Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Negeri Terengganu.
  • Fasilitator untuk Kelas Perbandingan Agama.
  • Pegawai Da’wah Bebas, Islamic Information & Services (IIS).
  • Penyelidik & pelajar Bible.
  • Terlibat dalam Forum & Dialog Perbandingan Agama.
  • Penceramah Jemputan untuk Jabatan Agama Islam, sektor-sektor Kerajaan & Swasta dan Universiti.
  • Pegawai Dakwah IIS.
  • Pengarah, DMATEZ Industrial Gas, Terengganu.

TEMPAT:
Dewan IIS,
1-5-2 Prima Peninsula,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur.

MASA:
8.30 pagi hingga 5.30 petang
 
YURAN:
RM120 (termasuk bahan-bahan latihan seperti bible dan buku-buku yang bernilai lebih RM 60)
Hanya RM100 bagi pelajar dan mahasiswa. 

Hubungi:
IIS: 603-42604160
Bro. Mas Yuri: 013-6159030


Ahad, 12 April 2009

Al-Quran lebih memuliakan Jesus berbanding Muhammad?


Soalan: 


di dalam Al-Quran hanya menyebut tentang Nabi Muhammad sebanyak 5x shj tp Nabi Isa sebyk 25x, jd disini mereka (orang2 kristian) katakan Nabi Isa lebih hebat ..



Jawapan: 


1) Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. 


Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita jarang sekali menyebut nama orang tersebut. Kita akan lebih menggunakan kata ganti nama kedua seperti 'awak,' 'anda,' 'you,' 'kamu,' dan sebagainya. Tetapi apabila kita bercakap berkaitan dengan pihak ketiga, kita akan lebih menggunakan nama orang tersebut. 

Dalam kes ini, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Itulah sebabnya nama Nabi Muhammad kurang digunakan. Tetapi banyak kata ganti nama kedua seperti 'kamu' yang merujuk kepada Nabi Muhammad. Apabila Allah bercakap tentang Nabi Isa AS, nama baginda digunakan kerana beliau adalah pihak yang ketiga.


2) Adakah syaitan lebih hebat?? 


Di dalam al-Quran dan juga bible, syaitan lebih banyak kali disebut/diulang jika dibandingkan dengan nabi Isa AS. Adakah ini bermakna syaitan lebih hebat??

Sebenarnya logik ini tidak boleh dipakai. Bilangan ulangan (repetition) nama seseorang tidak menunjukkan siapa yang lebih hebat. 


**ilustrasi di atas tidaklah mencerminkan pendirian Islam terhadap rupa bentuk Jesus atau Isa AS. Ia diletakkan hanya untuk memaparkan bagaimana gambaran yang diberikan oleh penganut Kristian terhadap Jesus menurut imaginasi mereka.

p/s: sorry, x sempat nk taruh byk kucing..

Jumaat, 3 April 2009

iNTERACTIVE dAKWAH tRAINING (idt) - perkim ampang



TARIKH:
11&12 April 2009
(Sabtu & Ahad)
OBJEKTIF PROGRAM:
  1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
  2. MELATIH PENDAKWAH MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
  3. MELATIH PENDAKWAH YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

TAJUK-TAJUK CERAMAH:
  •       KEWAJIPAN BERDAKWAH
  •       SEJARAH AGAMA KRISTIAN
  •       ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
  •       KEPERCAYAAN ORANG CINA
  •       KEPERCAYAAN ORANG HINDU
  •       SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
  •       QURAN, BIBLE DAN SAINS
  •       PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIAN
PENCERAMAH:
  1. Lim Jooi Soon (Bekas Mubaligh Kristian)
  2. Muhammad Amin Yaacob (Pengarang buku perbandingan agama)

Bro. Lim Jooi Soon

TEMPAT:
Masjid Bukit Indah,
Bukit Indah,
68000 Ampang,
Selangor.

 MASA:
8.30 pagi hingga 5.30 petang
YURAN:
RM120 (termasuk bahan-bahan latihan seperti bible dan buku-buku yang bernilai lebih RM 60)
Hanya RM100 bagi pelajar dan mahasiswa. 

Hubungi:
Bro Lim Jooi Soon: 012-366 11 21
Bro. Yusry: 014-231 1856


Rabu, 1 April 2009

ATTENTION!!!! senarai non-halal foods...Tlg fwd laju2 to our muslim friends!!




Saya sering menerima email yang menyenaraikan kononnya produk-produk tertentu termasuk produk makanan yang mengandungi bahan-bahan yang diharamkan.

Baru-baru ini, saya terima lagi. berikut adalah sedutan email tersebut...



"BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. *****, UNIVERSITI *****, PERSATUAN ***** , MAJLIS **** & JABATAN *****. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA ***, ***, ***, **, ***, & ***.


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI:

1. *****
2. *****
3. *****

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) :

1. *****
2. *****
3. *****
4. *****

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL ):

1. ****
2. ****
3. *****
4. *****

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA:

1. *****
2. *****
3. *****
4. *****
5. ******

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - **** ****** chips- tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

TOP URGENT...... .. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward this to your pork-free muslim friends. Beware of what you eat."


Lalu saya memberikan respons berikut...


"sy sbnrnya krg setuju dgn pkr ni....

1) adakah kandungan email ini authentic? mknanya adakah ia benar2 dtg drp sumber yg dikatakan. sy x nmpk apa2 bukti yg mengatakan ia authentic.

2) dlm quran ada sbut, "bila ada seorang fasiq membawa berita kepada kamu periksalah ia dgn teliti, kerana ditakuti kamu akan memusibahkan sstu kaum dsbbkn oleh kejahilan kamu..." [al-hujurat 49:6]

3) dlm 1 hadis, “Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)” [Sahih Muslim, 5]

4) mknanya, email ini x bleh disebarkan kerana x bleh dipastikan kebenarannya.

5) kita takut email ni bleh jd 1 perang saraf bg mensabotaj penjualan produk2 tertentu. dsbbkn oleh kekhuatiran ni, akhirnya org xnk beli produk2 ni.

6) yg plg kita takut email2 sebegini akhirnya merosakkan imej Islam. org lain akan ingt umat Islam ni xde keje lain. dh la x pandai bisnes, tau nk fitnah org je. produk sdiri x laku, so sabotaj produk org lain. akhirnya imej Islam yg tercalar.



7) tmbhn plak, sbhg drp produk2 yg dnyatakan ni dimiliki oleh org Islam sdiri.

8) dr segi hukum, kita x dpertanggungjawabkn utk periksa sstu produk tu dgn teliti. kita bleh guna or mkn sstu yg pd zahirnya halal. tanggungjawab memeriksa ini hanyalah tanggungjawab pihak berkuasa.



sekalipun sstu itu pada zahirnya halal tp pd hakikatnya tidak, kita x dpertanggungjawabkn. malah, kita dlarang utk tlalu byk bertanya. krn dtakuti ia akan menyusahkn kita. ada tanda halal, cukup la...

9) para sahabat Rasulullah SAW makan mknn nonmuslim yg pd zahirnya halal.

10) ttg alkohol plak, ia haram diminum. tp x bmkna ia najis. sbhg ulama mengatakan ia najis, tp ramai juga yg mengatakan ia bkn najis. sy lbh bpndangan ia bkn najis.. [ada la hujah2nya]. so bg sy, xde prob klu perfume ada alkohol.

WaLLahu a'alam."

p/s: sorry dah lama x update blog. busy skit akhir2 ni..

note: saya telah pun menulis dengan lebih detail tentang isu makanan ini beserta dalil dan pandangan para ulama'. Sila rujuk entri yang bertajuk: "Makan, termakan dan cari makan."