CAT-tegories:

Jumaat, 20 Februari 2009

kegawatan politik vs demam ekonomi


Semenjak pilihanraya umum ke-12 lepas, kita dapat melihat seolah-olah masyarakat kita dilanda wabak demam politik.  Kita dapat melihat orang bercakap tentang politik di mana-mana. 

Kita juga dapat menemui ramai penganalisis politik tidak bertauliah muncul ke hadapan mengeluarkan analisis-analisis mereka di blog-blog, laman-laman web, forum-forum, kedai-kedai kopi dan sebagainya.  Ramai juga yang tidak pernah menyertai politik atau baru 'dengar-dengar'  tentang politik sibuk menulis tentang politik.  Ada yang logik, ada yang rasional, ada yang bersifat emosi, ada yang merapu, ada yang penuh dengan penyebaran skandal politik, ada yang sibuk meng'engineer' 'conspiracy theories', ada yang menjadi agen penyebar khabar angin dsb.

Pada pemerhatian saya, kebanyakan mereka yang terlibat dengan perkara ini adalah di kalangan orang-orang beragama Islam, atau lebih tepat bangsa melayu. 

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengulas tentang isu politik dalam blog ini.

Cuma dalam penulisan kali ini saya ingin mengalihkan perhatian kepada isu utama yang seharusnya menjadi perhatian masyarakat di negara ini, terutamanya di kalangan orang-orang muslim.

Baru-baru ini, saya agak terkejut dengan satu presentation oleh seorang penganalisis kewangan yang menjawat jawatan besar dalam salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia dalam sebuah perjumpaan tertutup.  Beliau sebelum ini meramalkan bahawa Bursa Malaysia akan jatuh kira-kira 45%.  Ini telah pun berlaku.  Sebelum ini Bursa Malaysia berada di paras 1500 mata.  Kini ia berada di antara 800-900 mata.

Kali ini beliau meramalkan bahawa Bursa Malaysia akan meningkat ke paras 1000 mata dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan seterusnya akan 'collapse' sehingga ke paras 450!  

Beliau juga menyasarkan bahawa Dow akan jatuh ke paras 1500!!  Ini akan menyaingi "The Great Depression" yang berlaku pada tahun 1929.

Ada beberapa hujah dan teori yang beliau gunakan untuk menyokong pandangan ini.  Namun, tidak perlulah saya kemukakannya di sini. 

Sekiranya ini benar, kita sebenarnya akan menghadapi kegawatan ekonomi yang cukup serius.  Lebih teruk lagi, berbanding dengan tahun 1997, kegawatan ekonomi kali ini berlaku di peringkat global, bukan hanya di Malaysia.

Tapi malangnya masyarakat kita masih lagi leka.  Ramai yang masih berbelanja mewah, sibuk membeli-belah dan tidak bersedia menghadapi situasi ini.  Ini lebih-lebih lagi berlaku di kalangan orang-orang Islam.

Kita dapat lihat "orang lain" telah pun serba-sedikit bersedia.  Namun, orang-orang Islam masih leka dengan isu-isu politik atau lebih teruk lagi sibuk 'enjoy'.

Pelaburan emas yang dikatakan sebagai strategi yang baik bagi melindungi kekayaan sewaktu berlakunya krisis kewangan hanya laris di kalangan orang-orang bukan Islam, terutamanya di kalangan masyarakat cina.  Tanyalah staf-staf di bank-bank yang menawarkan pelaburan emas seperti Kijang Emas dan Gold Savings Account.  Mereka pasti akan mengatakan sambutannya hangat hanya di kalangan bukan melayu.



Impak kegawatan ekonomi amatlah besar.

Sekarang kita mendengar puluhan ribu pekerja hilang pekerjaan terutamanya di kalangan mereka yang bekerja di kilang-kilang.  Sekiranya keadaan ini semakin buruk, tidak mustahil ramai lagi akan dibuang kerja termasuk dari kalangan profesional!  Para graduan juga akan gagal mendapatkan pekerjaan.  Ramai orang akan jadi penganggur.



Apabila pengangguran meningkat, kadar jenayah juga akan meningkat.  Ini telah pun dapat dilihat sekarang.  Kita mungkin tidak dapat hidup dengan aman lagi.  Risiko untuk dirompak, disamun, diragut dan sebagainya akan meningkat.



Itulah sebabnya pada pandangan saya, isu ekonomi perlu lebih diberi perhatian berbanding isu politik.

"Orang lain" telah lama bersedia.  Umat Islam di negara ini masih lagi dilekakan dengan isu-isu politik.  Lebih teruk dari itu, kita sibuk-sibuk bergaduh, "orang lain" juga yang untung..

2 ulasan:

  1. eh
    takotnye
    so solution skrg beli gold byk2??
    tp kalau ade RM500 je dlm bank leh beli gold bape miligram je :-s

    BalasPadam
  2. skrg ni 1 gram lbh krg RM120. bleh check kt sini.

    tp kna hati2 skit. sbb pelaburan emas ni byk jugak yg scam. nk selamat, beli kt maybank. ada 2 cara:

    1. beli kijang emas. tp paling murah pun dekat RM 1000 sekeping.

    2. bukak gold savings account. tp minimum utk bukak, kna beli 5g.

    Dari segi hal ehwal hukum, bleh check kt sini.

    selain drp emas, ada bbrp lg investment lain. tp malas nk sebut kt sini.. hehe..

    ..dan x semua halal. tp mmg bleh wat untung gile2.. hehe

    BalasPadam