Baru-baru ini rakan saya telah memberikan satu petikan kata-kata seorang cendiakawan melayu yang menentang undang-undang di Malaysia yang melarang golongan bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam. Ini termasuklah dengan mengedarkan risalah, buku, poster atau menyampaikan agama mereka secara lisan kepada umat Islam.
Menurut beliau, ini seolah-olah menunjukkan agama Islam bukanlah agama yang benar. Sekiranya ia agama yang benar, ia tidak memerlukan perlindungan undang-undang. Non-muslim mungkin akan menganggap agama Islam sebagai agama yang salah sehingga memerlukan undang-undang untuk melindunginya.
Saya bersetuju dengan beliau!
Islam tidak memerlukan perlindungan undang-undang. Islam adalah agama yang ditegakkan dengan hujah.
"Katakanlah:
"Inilah jalan (agama) ku,
aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu)
kepada Allah
dengan hujjah yang nyata,
Maha Suci Allah,
dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"."
(Yusuf 12:108)
"...Katakanlah:
"Tunjukkanlah
bukti
kebenaranmu
jika kamu adalah orang yang benar"."
(al-Baqarah 2:111)
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam);
sesungguhnya telah
jelas
jalan yang benar
daripada jalan yang sesat..."
(al-Baqarah 2:256)
Namun, sebahagian umat Islam memerlukan perlindungan ini.
Sebabnya mudah...
Katakan anda merupakan seorang pengetua sebuah sekolah swasta. Anda sedang menemuduga beberapa orang calon guru matematik untuk mengajar di sekolah anda.
Terdapat seorang calon yang mempunyai "kepercayaan" yang salah. Dia mempercayai bahawa 2+2=5!
Adakah anda akan membenarkannya mengajar di sekolah anda? Sudah tentulah tidak!
Adakah ini bermakna "kepercayaan" anda bahawa 2+2=4 adalah tidak benar? Adakah ini bermakna anda tidak mampu membuktikan bahawa 2+2=4 adalah benar? Sudah tentulah tidak!
"Kepercayaan" anda itu tidak perlu dilindungi undang-undang.
Namun, sebahagian murid-murid di sekolah anda yang baru berkenalan dengan matematik atau yang tidak mahir dengan matematik perlu dilindungi daripada dikelirukan oleh guru ini. Anda tidak mahu masa depan mereka dirosakkan dengan "kepercayaan" salah ini.
Begitulah juga dengan persoalan penyebaran agama lain terhadap umat Islam ini. Bukanlah Islam yang perlu dilindungi undang-undang. Namun, mereka yang baru mengenali Islam di kalangan para muallaf, kanak-kanak, atau umat Islam yang tidak mahir mengenai agama mereka memerlukan perlindungan ini. Mereka perlu dilindungi daripada dikelirukan.
Kita dapat lihat di kebanyakan tempat ramai para cendiakawan Islam, pendakwah dan ulama' menyertai debat-debat umum dengan tokoh-tokoh agama lain. Mereka cukup terbuka dalam menerima serangan-serangan terhadap Islam lalu menjawabnya dengan hujah-hujah yang bernas, logik dan meyakinkan.
Ini dilakukan selagimana keadaan atau situasi berlakunya debat itu adalah baik dan tidak mendatangkan mudarat yang besar seperti pergaduhan dan kekacauan dalam masyarakat.
"Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab,
melainkan dengan
cara yang paling baik..."
[al-Ankabut 29:46]
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu
dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan berdebatlah dengan mereka dengan
cara yang paling baik."
[An-Nahl: 125]
Islam bukanlah agama yang tertutup. Ia adalah agama yang terbuka. Namun, dalam masa yang sama, ia juga adalah agama yang praktikal!
Salam En. Firdaus. Lepas baca entri En. Firdaus ni sy teringat ttg ceramah Sheikh Yusuf Estes yg sy tonton di YouTube br2 ni. Kalau x silap sy katanya perbezaan antara agama Islam dgn Kristian ialah kristian dianuti dengan hanya berdasarkan kepercayaan (faith) semata2...ttp Islam bkn hanya terletak kpd kepercayaan malah disertakan bukti2 sekali.
BalasPadamEntri En. Firdaus ni menambahkan lg pemahaman sy ttg perkara ni...terima kasih.
ye, dlm agama lain faith is blind. tp keunikan Islam adlh faith is not blind. faith in Islam is based on conviction, based on proofs.
BalasPadamcumanya kdg2 cara pengajaran akidah dlm masyarakat kita lebih berbentuk 'brain-wash' atau membawa kpd konsep 'faith is blind'. Inilah yg sepatutnya dibetulkan. tambahan pula dgn serangan2 thdp islam yg semakin mencabar minda.
Berkenaan dgn kepercayaan kristian, sbnrnya kalau ikutkan bible juga menyuruh mereka mencari bukti. tp mereka x ikutlah...
cth:
"PROVE all things; hold fast that which is good."
(1 Thessalonians 5:21)
"And you shall love the Lord your God with all your heart, and with all your soul, and with all your MIND, and with all your strength: this is the first commandment."
(Mark 12:30)
betullah...sy rasa perkara ni x ditekankan langsung dlm masyarakat...hrp en. firdaus dpt perbykkan perbincangan ttg perkara ni sbb sy rasa topik ni sgt menarik.
BalasPadamanyway, sy suka la theme blog ni...creative...sy pun suka kucing..hehe...
keep up the good work...may Allah bless u n ur family...
insha Allah, sy akan tulis ttg pkr ni sekiranya berkelapangan.
BalasPadambyk nk tulis ni.. tp x tulis2.. hehe...
btw, kwn cik ani ye?
alamak kantoi...hehe...ya, sy kwn dia...
BalasPadamooo... saje teka..
BalasPadamsbb ada org tu minat tarabas...
sapa la org tu..sian kat dia..huhu..
BalasPadam