CAT-tegories:

Selasa, 10 Februari 2009

holy water


Pada hari ini sekiranya ditanya orang-orang melayu di malaysia "apakah itu holy water," nescaya majoriti mereka akan menjawab ianya satu jenis air yang digunakan oleh mubaligh2 kristian untuk memurtadkan orang2 Islam.

Mereka yang meminum atau terminum holy water akan kelu lidah dan tidak boleh mengucapkan 2 kalimah syahadah.

Kisah ini kelihatan seolah2 "mutawatir" kerana ia disebarkan di merata-rata termasuk di internet, sms, dan di masjid2 dan surau2.  Ini menyebabkan majoriti masyarakat melayu menganggap ianya benar, sedangkan kisah ini tidak diketahui dari mana sumber asalnya.

Malah terdapat juga email2 yg disebarkan yg mengatakan  mineral water berjenama ***** mengandungi holy water... ia seolah2 menjadi satu strategi untuk mensabotaj perniagaan orang2 tertentu.

Suatu masa dahulu, saya dan rakan2 selalu ke gereja untuk menghadiri "usrah" agama kristian.  Hampir setiap minggu kami ke sana.  Kami telah makan dan minum segala yang dihidangkan selagimana pada zahirnya makanan2 tersebut adalah halal.  

Namun, kami masih lagi kekal dalam akidah Islam.  Kami merasa lebih menghargai keindahan dan 'kelogikan' agama Islam jika dibandingkan dengan agama lain.  Malah, kehadiran kami di sana cukup memeningkan kepala pihak mereka yang sedang berusaha dengan cukup gigih untuk mengkristiankan kami.

Mungkin mereka 'terlupa' memasukkan holy water dalam makanan dan minuman kami.


Upacara pembaptisan menggunakan holy water


Pada hari ini kita dapat melihat seolah-olah masyarakat kita dididik untuk percaya kepada khabar angin.  Kemudian khabar angin itu disebarkan sehingga setiap orang memperkatakan tentang khabar angin tersebut.  Lalu, masyarakat menganggapnya seolah-olah "mutawatir" sedangkan khabar itu datang dari hanya satu sumber, atau tidak diketahui dari mana sumbernya.

Ini berlaku dalam pelbagai isu termasuk isu agama, politik, isu semasa, hiburan dan sebagainya.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mendidik diri kita untuk kritikal terhadap setiap maklumat yang kita terima.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
[al-Hujurat 49:6]

Dalam isu holy water ini, cuba kita berfikir secara kritikal...


1)  Adakah Allah tidak adil?  

Seseorang hanya boleh murtad hanya kerana terminum holy water, lalu diazab oleh Allah di neraka.  Ini bercanggah dengan ajaran Islam.  Firman Allah:

Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Qur'an) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu".
(Yunus 10:108)


2)  Holy water hanya ada di Malaysia?

Kisah gerakan kristian bagi memurtadkan orang2 Islam dengan menggunakan holy water ini hanya boleh didengari di Malaysia sahaja.  

Malaysia bukanlah negara besar.  Sekiranya cara ini efektif, mengapa ia tidak digunakan di negara2 lain?  Mengapa kisah ini hanya tersebar di sini?  


3)  Amerika tidak perlu bom Iraq.

Amerika telah membelanjakan bertrillion USD bagi menakluk Iraq dan Afghanistan.  

Sepatutnya, mereka tidak perlu melakukan semua itu.  Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah memasukkan holy water dalam empangan2 di Iraq, lalu semua tentera, rakyat dan pemimpin Iraq memeluk agama kristian.  Oleh itu, tentera2 amerika boleh masuk ke dalam Iraq dengan aman.


4)  Orang Kristian tidak cerdik

Kisah2 orang yang murtad disebabkan oleh holy water yang tersebar hanyalah berkisar tentang orang2 Islam biasa.  

Seharusnya orang2 kristian mensasarkan kepada orang2 Islam yang besar, terutama dari kalangan para ulama.  Mungkin mereka hanya perlu memasukkan holy water ke dalam minuman atau makanan Yusuf al-Qaradhawi, Said Ramadhan al-Buti, Wahbah a-Zuhaily, Harussani dsb, kemudian berkata "Tengok... you punye scholars pun dah masuk kristian.. you bila lagi??"


5)  Bagaimana pula paderi2 yang memeluk Islam?

Sebagaimana yang kita ketahui, terdapat ramai bekas2 paderi kristian telah memeluk Islam.  Mereka telah pun minum bergelen-gelen holy water.  

Namun, lidah mereka masih lagi tidak kelu mengucapkan 2 kalimah syahadah.  Malah, tidak kurang juga dari kalangan mereka yang telah menjadi pendakwah2 Islam yang hebat!


Banyak lagi kecelaruan dalam kisah holy water ini.  

Saya berasa sangat kecewa kerana sehingga hari ini saya masih lagi menerima email2 tentang dakyah holy water ini.

Berhati-hatilah sebelum memforwardkan email yang anda terima.  Mungkin niat anda baik. Tapi ingatlah hadis Nabi SAW berikut:

“Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang
yang menceritakan segala yang dia dengari
(tanpa mengkaji benar atau tidak)”
[Sahih Muslim, 5]


15 ulasan:

  1. bagaimana 'usrah'agama kristian? ada temu janji atau hari tertentu?

    BalasPadam
  2. mcm usrah biasa la.. 1 group ada maximum 3 org anak usrah dan 2 org naqib.. 1 naqib senior, 1 naqib junior.

    actually usrah tu conducted for non-christians. kalau ikutkan, diorg dlarang utk bdkwah kpd muslims. tp kitorang yg mintak.

    best.. tiap ahad pegi church.. skrg bila dh pegi, rase jiwa ni mcm 'kekosongan'.. hehe..

    x ramai muslims yg dpt pengalaman cmni. kalau church katolik tu biasa la. ni church protestant.

    seronok.. dikelilingi oleh puluhan christian missionaries yg nk mengkristiankan saya.. bagus la diorg...

    kdg2 rase gi church lg best drp gi masjid. sbb nmpk islam di church tp x nmpk islam d masjid.

    grrr...

    BalasPadam
  3. Ah, ulasan yg bagus. Org Islam M'sia memang mudah percaya khabar angin & emel forward tanpa usul periksa. Firdaus pernah ke christian fellowship? Benar, keramahan mereka tidak sama spt yg didapati dlm kalangan org Islam sendiri

    BalasPadam
  4. Ye, saya pernah join.

    Saya melihat akhlak mereka, keramahan mereka, kesungguhan mereka dalam berdakwah jauh lebih baik daripada orang2 Islam di masjid2.

    Malah, mereka sgt bersabar dgn karenah kami yang banyak bertanya soalan2 'maut' yang memeningkan kepala mereka. Namun, mereka masih melayan kami dengan baik, dan cuba sedaya-upaya menjawab soalan kami. Mereka tidak menjawab dengan emosi.

    Saya rasa, kalau perkara yang sama dilakukan di masjid, sudah tentu kami dah dihambat dgn penyapu. Ini jauh bertentangan dgn cara Nabi SAW melayan non-muslim yang tidak melakukan kezaliman terhadap orang2 Islam.

    Itu sbbnya saya kata "nmpk Islam di church tp x nmpk Islam d masjid."

    Kalau saya x tau kebenaran Islam dan x tau kebatilan kristian, mungkin saya telah pun tertarik ke agama kristian, hanya kerana akhlak mereka... na'udzubiLLah..

    BalasPadam
  5. a great info!
    besh jea baca yang ni..
    dulu pala otak fara agak rabak pasai holi water nieh

    :D

    BalasPadam
  6. tHANKS FOR THE INFO.. SYOK LA BACE BLOG MEOOOWW2 NIE... SELALU GAK TERIMA EMAIL2 CAMNIE.. KDG2 TU XTAU NAK WAT APE NGN EMAIL2 TU... SEBAB KITER SENDIRI XTAU KESAHIHAN EMAIL TU.. JD TINDAKAN SY UTK TIDAK MEMFOWARDKAN EMAIL TU TIDAK LAH SALAH YE... ME KACIH SEKALI LG...

    BalasPadam
  7. sama2 skali lg..

    tu la.. byk sgt email2 sebegini. tu sbb sy ckp masyarakat kita seolah2 dididik dgn khabar angin, dan dibiasakan utk pcaya khabar angin.

    dlm media hiburan, byk gosip2 dsebarkan tanpa bukti dan d'mutawatir'kan sehingga masyarakat menganggapnya benar. sdgkn, tidak kesemuanya adlh benar.

    dlm media2 politik juga begitu. tlalu byk tuduhan2, kisah2 atau cerita2 yg dsebarkn dgn cukup 'terperinci', tanpa sebarang bukti kukuh, lalu di'mutawatir'kan sehingga masyarakat menganggapnya benar seolah2 merekalah saksi sstu kejadian itu.

    yg plg menyedihkn, dlm hal2 berkaitan dgn agama juga begitu. kisah2 spt holy water, mknn2 yg dkatakn x halal dsb dsebarkan scr meluas. pd hari ini kalau kita tanya masyarakat kita ttg dakyah holy water ni, hampir kesemua org percaya! sbbnya kisah ini tersebar dgn meluas sehingga ia dianggap 'mutawatir'.

    mungkin khabar2 ini dilihat seolah2 mutawatir. tp hakikatnya ia dtg dr hanya 1 sumber shj, kemudian dsebarkan scr meluas.

    jelas skali masyarakat kita telah dididik utk percaya kpd khabar angin. ini sgt bahaya. masyarakat kita bleh druntuhkn hanya dgn fitnah, lalu mereka akan percaya dan trus berpecah-belah. maka akan ada 'pihak lain' mengambil kesempatan d sebalik perpecahan itu.

    grrr...

    BalasPadam
  8. terima kasih kerana mencatatkan artikel pasal perkara2x yang menyempitkan pemikiran orang seperti saya...
    now..i got better view..thanks bro.

    BalasPadam
  9. Salam bro Firdaus. Terima kasih di atas penulisan yang sangat bernas ini. Minta izin untuk saya copy ke dalam blog saya dan dijadikan sebagai cited reference. Link kepada topik ini akan disertakan. May Allah bless you bro.

    BalasPadam
  10. salam bro Izat Ezwan. silakan copy..

    BalasPadam
  11. blog ni masih aktifkan?....sy terbaca entry ni bila mencari fakta mengenai holy water...sy cuma nak tau pengalaman encik dan tujuan encik minta untuk join usrah tu...blh citer kan...

    BalasPadam
  12. owh, sy join usrah tu untuk mempelajari agama kristian dari perspektif org kristian sendiri. Sy dan kwn2 merupakan well-trained da'ies yg menguasai ilmu perbandingan agama. Selain itu, kami ingin melihat teknik yg mereka gunakan utk menarik bukan kristian memeluk kristian. Dgn kata lain, kami seolah2 mengumpan diri masing2 utk dimurtadkan. tp kehadiran kami cukup memeningkan kepala mereka krn kami menghujani mereka dgn soalan2 sukar ttg agama kristian menggunakan kitab mereka sdiri. alhamdulillah, ia merupakan pengalaman yg sgt berharga.

    BalasPadam
  13. Menariknya cerita awk. Agak terkejut apabila baca tentang pengalaman awk join usrah tu. Nauzubillah. Iman sy mmg x cukup kuat untuk menghadapi mereka.

    Btw, pengalaman awk tu besar harganya. *thumbs up*

    =)

    BalasPadam
  14. owh, tiada siapa boleh menilai iman kecuali Allah.. Mungkin shj kita berhadapan dgn mereka dgn kekuatan akal, bkn dgn kekuatan iman..

    BalasPadam
  15. betul dan bagaimana pendapat saudara mengenai melarang umat kristian menggunakan "allah" sedangkan kristian arab dan juga sabah sarawak telah lebih 300thn menggunakannya.

    BalasPadam