CAT-tegories:

Selasa, 6 Januari 2009

Nabi Isa adalah Nabi terakhir?




Soalan:


Nabi Isa adlh nabi akhir zaman kerana Nabi Isa masih hidup dan diangkat ke langit dan akan diturunkan ke bumi ketika kiamat dan bukannya nabi Muhammad s.a.w

http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/331

Jawapan:


1. Nabi Isa masih hidup. Tetapi ini tidak menjadikan beliau nabi terakhir.


Sekiranya kita ambil contoh sebuah keluarga yang ada 3 orang adik-beradik A, B dan C. A adalah yang sulung, C adalah yang bungsu dan B adalah yang tengah. B pergi menyambung pelajaran di luar negara. Dalam tempoh tersebut, C meninggal dunia. Beberapa tahun setelah C meninggal dunia, B pulang ke tanah air. Adakah ini menjadikan beliau anak yang bungsu? Jawapannya tidak. Dia masih lagi dikira sebagai anak tengah walaupun dia masih hidup dan C telah meninggal dunia.


2. Nabi Isa AS adalah satu-satunya nabi yang diangkat ke langit hidup-hidup.



Di dalam al-Quran disebutkan bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati:

"Setiap jiwa pasti merasai mati."
(al-Ankabut 29:7)

"Setiap yang berada di atasnya (dunia) akan musnah."
(Arrahman 55:26)

Mesej yang sama juga disebutkan di banyak tempat-tempat lain dalam al-Quran. Nabi Isa akan turun ke bumi untuk 'fulfill' perkara ini.


3. Nabi Isa AS adalah satu-satunya nabi yang telah disalahanggap sebagai Tuhan.




Nabi Isa AS. adalah satu-satunya nabi yang disalahanggap sebagai Tuhan. Bagi membetulkan salahfahaman ini, nabi Isa perlu turun semula. Ini juga disebutkan di dalam bible:

Many will say to me on that Day, "LORD, LORD, did we not preach IN YOUR NAME and IN YOUR NAME cast out demons and IN YOUR NAME do many wonderful works?" Then will I frankly say to them, "I never knew you. Get away from me you evil workers."
(Matthew 7:21-23)

Kalau kita lihat pada hari ini, siapakah yang berdoa, melakukan kerja-kerja amal dsb dengan menyebut IN THE NAME OF JESUS? Hindu? Buddhist? Muslim? Tidak! Orang Kristian! Menurut bible, Jesus datang untuk membetulkan orang-orang kristian.


4. Nabi Isa AS bukan datang dengan syariat yang baru.


Pada akhir zaman, Nabi Isa akan datang dengan memakai syariat Nabi Muhammad SAW, bukan membawa satu syariat yang baru. Beliau akan membawa manusia kepada kebenaran, menyelamatkan mereka dari kesesatan dengan syariat Nabi Muhammad SAW yang telah sempurna ini.

"Pada hari ini telah disempurnakan bagi kamu agama kamu..."
(Al-Maidah 5:3)

***ilustrasi di atas tidaklah mencerminkan pendirian Islam terhadap rupa bentuk Jesus atau Isa AS. Ia diletakkan hanya untuk memaparkan bagaimana gambaran yang diberikan oleh penganut Kristian terhadap Jesus menurut imaginasi mereka.

1 ulasan: