CAT-tegories:

Ahad, 18 Januari 2009

macam-macam Israel...


Semenjak serangan Israel ke atas Gaza beberapa minggu lalu, pelbagai isu telah dibahaskan di pelbagai forum, blog dan media lainnya. Alhamdulillah, ini telah membuktikan adanya sensitivity orang ramai terhadap isu ini.

Di sini saya ingin mengulas secara ringkas tentang isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini. Saya cuba untuk menggunakan bahasa yang mudah dan tidak terlalu teknikal bagi memudahkan kefahaman.


1. Yahudi dan Israel.




Ketika umat Islam di seluruh negara mengadakan demonstrasi membantah serangan Israel terhadap Gaza, kelihatan banyak pihak yang mengangkat sepanduk seperti..

“Hancur Yahudi!!”

“Jahanam Yahudi!!”

…dan sebagainya.

Kenyataan-kenyataan sebegini boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam. Non-muslim mungkin menganggap Islam sebagai agama perkauman.

Seseorang tidak boleh memilih dalam keturunan apa dia dilahirkan. Segalanya telah ditakdirkan oleh Tuhan. Tuhan tidak mengadili seseorang berdasarkan kaum atau bangsa keturunannya. Tetapi Tuhan mengadili seseorang berdasarkan pilihannya sendiri. Setiap orang bertanggungjawab terhadap apa yang diperbuatnya. Tuhan tidak menjadikan seseorang manusia itu baik atau jahat, bahkan manusia sendirilah yang membuat pilihan untuk melakukan kebaikan atau kejahatan, untuk mengikut hidayah atau kesesatan. Ia tiada kena-mengena dengan keturunan, kaum, bangsa, kewarganegaraan dsb.

Itulah sebabnya, kita tidak boleh membenci atau menentang Yahudi kerana bangsa mereka.

Ada di kalangan Yahudi yang beragama Islam. Ada di kalangan Yahudi yang menentang penjajahan dan pencerobohan tanah Palestin. Kita tidak bermusuh dengan golongan ini.


Di dalam al-Quran, apabila Allah mencela Yahudi, lafaz yang digunakan adalah khusus kepada golongan Yahudi tertentu yang melakukan penentangan terhadap Islam serta menyembunyikan kebenaran. Lafaz-lafaz perkataan ‘Yahudi’ yang digunakan, jika diterjemahkan akan membawa maksud ‘Yahudi itu atauthe Jews’, dan bukanlah lafaz yang umum yang merujuk kepada kesemua orang yang berketurunan Yahudi. Ini dapat difahami dengan merujuk kepada konteks setiap ayat tersebut.

Selain itu, hubungan kita dengan Yahudi yang tidak memusuhi Islam dan tidak melakukan kezaliman sepatutnya lebih baik daripada hubungan kita dengan golongan musyrik.

Ini kerana mereka tergolong di kalangan ahli Kitab. Sembelihan mereka halal dimakan oleh orang Islam. Perempuan-perempuan yang baik dari kalangan mereka juga halal dinikahi.

Kita bukanlah menentang Yahudi kerana mereka berketurunan Yahudi. Kita bukanlah menentang Yahudi kerana mereka beragama Yahudi. Sebaliknya, kita hanya menentang golongan-golongan Yahudi tertentu atau lebih spesifiknya, Zionis bersama konco-konco mereka yang bukan Yahudi yang melakukan pencerobohan dan kezaliman terhadap penduduk Palestin.

Itulah sebabnya saya kurang bersetuju sepanduk-sepanduk begini digunakan.

Mungkin ada baiknya perkataan ‘Yahudi’ itu digantikan dengan ‘Israel’ (yg merujuk kpd Negara Israel, bukan keturunan bani Israel) atau ‘Zionis’.


Bacaan lanjut: Not all Jews are Zionists oleh Ustaz Maszlee Malik


2. Solat hajat dan qunut nazilah


Terdapat juga perbahasan samaada perlu dilakukan solat hajat atau qunut nazilah.

Walaupun ada di kalangan mereka yang menolak amalan solat hajat kerana terdapatnya kelemahan pada hadis yang mengisyaratkan keharusan atau kewujudan amalan solat hajat, saya tidak mahu membahaskannya di saat ini.

Ia tidak seharusnya menjadi punca perpecahan dan pergaduhan di kalangan umat Islam. Di kala umat Islam ditindas dan dan berada dalam keadaan lemah ini, kita seharusnya mencari jalan untuk menumpukan kepada pembinaan kekuatan ummah melalui penyatuan dengan bersepakat di atas apa yang dipersetujui dan hormat-menghormati atas apa yang diperselisihkan, selagimana ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Namun, pada pandangan saya, adalah lebih baik kita menumpukan kepada apa yang ‘confirmed’ disunnahkan oleh Nabi SAW. Tiada amalan yang lebih baik daripada amalan yang dicontohkan oleh Nabi SAW., ‘technician’ yang diutuskan oleh Tuhan yang membuat syariat.

Terdapat beberapa hadis yang sahih yang mengisyaratkan bahawa Nabi SAW melaksanakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam yang sedang ditindas.



Tapi malangnya amalan yang disunnahkan ini tidak diamalkan atau dilupakan atau tidak diketahui oleh masyarakat kita. Sedangkan, amalan qunut nazilah ini sudah tentulah lebih utama daripada solat hajat kerana ada dalil yang menyebut tentangnya. Ia juga jauh lebih utama berbanding apa yang disebutkan dalam sms berantai yang menyebutkan kononnya pemimpin Hizbullah menyeru umat Islam membacakan ayat-ayat tertentu bagi memastikan mereka menang dalam perjuangan mereka menentang Israel.

Di beberapa masjid pada hari Jumaat, imam tidak melakukan qunut nazilah ketika solat Jumaat, tetapi sebaliknya melakukan solat hajat selepas solat Jumaat. Sedangkan pada ketika itu ramai ahli jamaah yang terpaksa bergegas keluar kerana perlu pulang ke pejabat segera. Ada juga di kalangan mereka yang meletakkan kereta di tempat yang kurang sesuai yang memerlukan mereka keluar awal bagi mengelakkan berlakunya halangan terhadap kereta lain.

Sekiranya qunut nazilah dilakukan dalam solat Jumaat, sudah tentulah mereka juga boleh turut sama mendoakan penduduk Palestin dan para mujahidin yang berjuang menentang tentera Israel.

Bacaan lanjut:


3. Boikot


Sebenarnya idea boikot ini telah lama difatwakan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi sebelum ini. Namun, idea ini menjadi lebih ‘panas’ apabila ia dipromosi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun tidak semata-mata mengajak umat Islam memboikot produk US, tetapi turut menyeru penduduk dunia memboikot dolar Amerika.

Di sini saya lebih suka membincangkan tentang idea memboikot USD berbanding memboikot produk Amerika. Ini kerana saya mendapati telah ramai orang membincangkan tentang pemboikotan produk US.

Idea memboikot dolar Amerika ini telah pun dikeluarkan ketika Tun masih memegang jawatan Perdana Menteri lagi. Itulah sebabnya beliau mencadangkan negara-negara OIC menggunakan dinar emas. Ini adalah salah satu langkah yang diharapkan dapat melemahkan dolar Amerika selain untuk mengurangkan pergantungan Negara-negara Islam terhadap Amerika.

Malah ketika itu Malaysia telah pun menggunakan Euro dalam dagangan, dan bukan USD.

Sebenarnya agak sukar untuk menjelaskan secara ringkas bagaimana pemboikotan matawang ini berfungsi.

Suatu masa dahulu manusia menggunakan logam seperti emas dan perak sebagai matawang. Namun wang emas dan perak ini berat dan sukar dibawa ke mana-mana. Oleh itu, wang kertas diperkenalkan. Wang kertas ini mewakili jumlah emas yang terdapat dalam simpanan peti besi di bank.

Sebagai contoh, wang kertas pound sterling yang digunakan oleh England adalah bagi mewakili jumlah berat emas yang disimpan dalam peti besi yang diukur dalam unit ‘pound’.

Sistem ini telah gagal beberapa kali dalam sejarah. Kebanyakannya berlaku apabila jumlah kertas yang dicetak dalam pasaran lebih banyak daripada jumlah simpanan emas.

Bagi kes dolar US, pada asalnya ia mengikut system ini. Setiap dolar US terikat kepada nilai emas. Namun kemudiannya Presiden Richard Nixon telah memutuskan bahawa dolar US tidak lagi terikat kepada emas. Sebaliknya, ia ditentukan oleh “supply and demand” dalam pasaran.

Sekiranya permintaan adalah tinggi, maka tinggilah nilai dolar US. Sekiranya permintaan rendah, maka rendahlah nilai dolar US. Sekiranya tiada permintaan langsung, maka wang kertas Amerika samalah nilainya dengan kertas tisu tandas.

Itulah sebabnya dalam program ‘bail-out’ yang dilaksanakan oleh Amerika, mereka tidak perlu mempunyai wang untuk menyelamatkan syarikat-syarikat mereka. Apa yang mereka perlu buat hanyalah dengan mencetak lebih banyak wang kertas dolar US.

Jadi, idea memboikot dolar US ini sebenarnya adalah untuk mengurangkan ‘demand’. Dengan ini, nilai dolar US akan merudum.



Pada pandangan saya, idea boikot ini, samaada matawang mahupun produk tidak akan dapat menjejaskan pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin dan juga negara-negara lain. Ia hanyalah suatu bentuk tekanan supaya suara kita didengari.

Sekalipun, kita dapat menjatuhkan ekonomi Amerika, rakyat Amerika mungkin menderita. Penduduk negara-negara lain yang bergantung kepada ekonomi Amerika juga akan terjejas. Namun, saya tidak fikir ia menjejaskan mereka yang bertanggungjawab secara langsung ke atas kezaliman ini.

Sistem di Amerika membolehkan golongan-golongan tertentu mengaut keuntungan semasa ekonomi kukuh mahupun ketika gawat.

Sebagai contoh, ketika kejatuhan teruk Wall Street pada tahun 1927, seorang pedagang terkenal, Jesse Lauriston Livermore telah berjaya mengaut USD 100 juta! Bayangkan nilai USD 100 juta ketika itu!!

Ini kerana, pasaran di sana membenarkan jualan singkat atau ‘short-selling’. Ia membolehkan seseorang membuat keuntungan daripada kejatuhan pasaran. Amalan short-selling yang berleluasa akan menyebabkan pasaran sukar untuk bangkit daripada kegawatan. Itulah sebabnya Malaysia telah mengharamkan amalan ‘short-selling’ dalam pasaran KLSE.

Sistem ini membenarkan golongan-golongan tertentu dari kalangan speculator membuat keuntungan di atas kesusahan orang lain. Golongan inilah yang sebenarnya menguasai kekayaan dunia sekarang. Nama mereka tidak tersenarai dalam senarai orang terkaya di dunia. Tetapi pada hakikatnya merekalah yang menentukan naik turunnya pasaran. Merekalah juga yang mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap system ini. Sudah pastinya mereka jauh lebih kaya daripada orang yang tersenarai dalam senarai orang yang terkaya di dunia.

Merekalah yang sebenarnya mencatur kerosakan demi kerosakan yang berlaku di muka bumi sekarang. Malahan, mereka mengaut keuntungan melalui kerosakan-kerosakan ini.

Penduduk dunia telah lama ditipu dengan sistem ini. Ia membolehkan ekonomi sesebuah negara dihancurkan oleh beberapa orang. Ia juga membolehkan seseorang itu menjadi lebih kaya daripada sesebuah negara. Malah, ada juga yang menyebutkan bahawa 99% kekayaan dunia dimiliki oleh 1% manusia, manakala 99% manusia berkongsi 1% kekayaan dunia.

Inilah “economic terrorism” yang juga sedang berlaku dalam dunia masa kini.

Sistem inilah yang menjadi punca kepada kegawatan ekonomi dunia sekarang.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi baru-baru ini menyeru agar negara-negara Islam mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan sistem kewangan Islam. [rujuk sini] Tidak kurang juga mereka yang terkejut apabila idea ini juga turut dipromosi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menyeru agar dunia mempertimbangkan sistem kewangan yang lain, termasuk sistem kewangan Islam. [rujuk point 14 dari artikel di sini]

Inilah yang perlu disedari oleh umat Islam. Selagimana ekonomi kita menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh “economic terrorists” ini, kita bermain dengan rentak mereka. Maka sudah tentulah mereka yang menguasai rentak dan permainan ini. Walaupun kita cuba menyerang mereka secara ekonomi, mereka akan tetap mengaut keuntungan. Malah, serangan kita mungkin akan tersasar kepada penduduk biasa yang tidak terlibat langsung dengan kejahatan mereka.

**nota: Short-selling adalah haram di sisi Islam.


4. Penglibatan non-muslim


Mungkin menjadi suatu kesilapan bagi masyarakat Islam di Malaysia yang menjadikan isu ini sebagai isu umat Islam semata-mata. Berbanding di negara-negara luar, penentangan terhadap Israel turut disertai oleh non-muslim.

Kita tidak menyokong Palestin kerana mereka adalah muslim. Kita tidak menentang Israel kerana mereka Yahudi.

Sebagai umat Islam, kita membela orang yang ditindas tanpa mengira latar-belakang agama mereka. Kita menentang mereka yang melakukan kezaliman sekalipun mereka adalah muslim. Kita tidak boleh menyokong kezaliman yang dilakukan oleh saudara kita, kerana itu adalah asabiyyah.

Itulah sebabnya isu ini tidak seharusnya menjadi isu Islam-Israel semata-mata. Ia adalah juga isu kemanusiaan dan keamanan sejagat. Sekiranya kezaliman mereka ini dibiarkan, mungkin satu masa nanti Negara lain juga akan menjadi mangsa mereka seterusnya.

Kita juga perlu ingat bahawa apa yang mereka lakukan ini mendatangkan kesan kepada seluruh dunia.

Sebagai contoh, apabila Amerika menyerang Iraq dahulu, berlaku kenaikan kepada harga minyak dunia. Ini sudah tentu mendatangkan kesan kepada seluruh penduduk dunia.

Mungkin sukar untuk kita mencari non-muslim di Malaysia seperti Matthias Chang yang gigih menentang dan membongkarkan kejahatan, kezaliman dan kerosakan yang dibuat oleh Zionist dan sekutu mereka.


Mungkinkah ini disebabkan oleh kegagalan kita mewujudkan kesedaran ini? Atau mungkinkah non-muslim di Malaysia sememangnya selfish, dan hanya mementingkan kekayaan dan nasib diri sendiri berbanding nasib yang dialami orang lain?

Ini perlu kita fikirkan. Umat Islam tidak boleh bergerak bersendirian. Penentangan perlu dilakukan oleh pelbagai pihak, bukan dari kalangan umat Islam semata-mata.

WaLLahu a’alam.

17 ulasan:

  1. setuju sgt2 idea tun, tp kepentingan politik melebihi segalanya. semua cadangan tun tak diambil perhatian. kita yg marhein ni je yg sokong. kat blog tun pun dah byk kali dia tulis pasal dinar emas. dah lama dia usahakan. hmm...

    BalasPadam
  2. the root of this problem is capitalism. slagimana dunia menganut capitalism, zionists akan sentiasa menang... x kiralah apa bentuk serangan ekonomi kita thdp mereka pun... mereka akan stil untung.

    dinar emas 1 idea yg bagus, walaupun mungkin bleh manipulated jugak... tp 1 lg capitalism juga perlu dihapuskan.

    kita bleh boikot produk US atau USD.. US might collapse, but the jews always make huge profits.. yg suffer adalah rakyat biasa. kerana sistem ini adalah sistem mereka. kita bermain dgn rentak mereka.

    1 lg, kalau ekonomi US collapse, ekonomi seluruh dunia yg bgantung dgn US jugak akan collapse.

    tu sbb dlm isu ni, kite berada dlm dilema.

    sy bercakap ni sbg org yg mengikuti pasaran capital. tp sape la yg nk dgr ckp sy... hehe...

    tun selalu marah hedge funds kerana merosakkan ekonomi negara lain. sy mmg fhm sgt la.. salah seorang mentor saya dulu adlh seorang hedge fund manager.. hehe..

    BalasPadam
  3. ala.. awk ckp la di tempat yg org ramai dapat dengar..
    wat la blog khas ke.. spesifik ttg ni.

    baru la org dgr.. walaupun x smestinya deorg ikut, tp deorg dengar..

    BalasPadam
  4. xnk lah...

    nnti ramai org tau.. hahaha!!

    BalasPadam
  5. xde lah...

    saje nk menyembunyikan kebenaran..

    BalasPadam
  6. hahaha..
    oo..
    nk wat cmna..
    kurg deria rasa..

    BalasPadam
  7. lor hai, tak sangka ek. ada 'perang' rupanya kat sini. hehe....
    pakai missile buatan mana tu? hehe

    BalasPadam
  8. ish...ish...kroni israel rupanya.
    lillah, moh kita boikot dia plak.
    hehe, jgn marah ye tuan umah...nnti kita anta meow lg ye

    BalasPadam
  9. manada kroni.. kite curi dari diorg..
    xnk bg diorg guna utk serang palestin..

    BalasPadam
  10. Tuan Kucing,hope tak jauh tertinggal untuk celahan:)
    "1 lg, kalau ekonomi US collapse, ekonomi seluruh dunia yg bgantung dgn US jugak akan collapse"
    Sekarang dah patut cari alternatif untuk transaksi eksport dan import. Agaknya boleh juga dipertimbangkan cara kuno; sistem barter.Macam Venezuela buat kat Cuba, beli barang guna minyak :)
    Lagi,kena perkukuhkan balik hubungan negara2 islam, juga antara negara2 ketiga. Kita banyak aset, dah boleh hidup sendiri dah pun. Tapi, kita selalu tak perasan potensi sendiri(dan selalu kurang keyakinan)
    Kejatuhan US akan bagi impak besar kepada ekonomi dunia, tapi alternatif yang ada sekarang jauh lebih teruk.Bukan ke kata Muhammad "apabila bertemu dua hal yang buruk, maka pilihlah yang paling ringan keburukannya?":)

    BalasPadam