CAT-tegories:

Jumaat, 30 Januari 2009

erdogan vs peres





Turkey's prime minister stalked off the stage at the World Economic Forum red-faced Thursday after reproaching Israel's president over the Gaza offensive by saying "You kill people."

The packed audience, as Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan and Israeli President Shimon Peres raised their voices and traded accusations.

Peres was passionate in his defense of Israel's 23-day offensive against Hamas militants, launched in reaction to eight years of rocket fire aimed at Israeli territory. As he spoke, Peres often turned toward Erdogan, who in his remarks had criticized the Israeli blockade of Gaza, saying it was an "open air prison, isolated from the rest of the world" and referred to the Palestinian death toll of about 1,300, more than half of those civilians. Thirteen Israelis also died.

The heated debate with Israel(Occupier of Palestine) and Turkey at the center was significant because of the key role Turkey has played as a moderator between Israel(Occupier of Palestine) and Syria. Erdogan appeared to express a sense of disappointment when he recounted how he had met with the Israeli Prime Minister Ehud Olmert just days before the offensive, and believed they were close to reaching terms for a face-to-face meeting with Syrian leaders.

Erdogan was angry when a panel moderator cut off his remarks in response to an impassioned monologue by Peres defending Israel's offensive against the Hamas rulers of Gaza.

"I find it very sad that people applaud what you said," Erdogan said. "You killed people. And I think that it is very wrong."
The angry exchange followed an hour-long debate at the forum attended by world leaders in Davos. Erdogan tried to rebut Peres as the discussion was ending, asking the moderator, Washington Post columnist David Ignatius, to let him speak once more."Only a minute," Ignatius replied."

Mr. Peres, you are older than me. Your voice is too loud," Erdogan told Peres, saying his emotion belied a guilty conscious.
"You kill people," Erdogan told the 85-year-old Israeli leader. "I remember the children who died on beaches. I remember two former prime ministers who said they felt very happy when they were able to enter Palestine on tanks."

When Erdogan was asked to stop, he angrily stalked off, leaving fellow panelists U.N. Secretary-General Ban-Ki Moon and Arab League Secretary Amr Moussa.

"When it comes to killing, you know it too well," the Turkish leader said.

"I remember two former prime ministers in your country who said they felt very happy when they were able to enter Palestine on tanks," Erdogan added.

When the moderator tried to cut short Erdogan's remarks, saying it was past time to adjourn for dinner, he answered in frustration, "Don't interrupt me. You are not allowing me to speak."

He then said: "I will not come to Davos again."

Ultimately, Erdogan stressed he left not because of a dispute with Peres but because he was not given time to respond to the Israeli leader's remarks. Erdogan also complained that Peres had 25 minutes while he was only given 12 minutes. 
"I did not target at all in any way the Israeli people, President Peres, or the Jewish people," Erdogan told a news conference afterward. 

"I am a prime minister, a leader who has specifically expressly stated that anti-Semitism is a crime against humanity," he said. 

Peres and Erdogan raised their voices. "Mr. Ergodan said what he wanted to say and then he left. That's all. He was right." Of Israel, he said, "They don't listen." 

Ergodan brushed past reporters outside the hall. His wife appeared upset. "All Peres said was a lie. It was unacceptable," she said, eyes glistening.


Jumaat, 23 Januari 2009

haram menikahi gadis satu kampung




JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 Februari tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram,sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!!

Rabu, 21 Januari 2009

credit crisis

katun ni dilukis oleh Bill Watterson sekitar 15 tahun lalu. kelihatan seolah2 dia tlah pun dpt melihat krisis yg sdg berlaku skrg pd wktu itu lg...

Isnin, 19 Januari 2009

British MP: we are authors of this tragedy

Powerful speech by British MP, George Galloway on Palestine...



Ahad, 18 Januari 2009

macam-macam Israel...


Semenjak serangan Israel ke atas Gaza beberapa minggu lalu, pelbagai isu telah dibahaskan di pelbagai forum, blog dan media lainnya. Alhamdulillah, ini telah membuktikan adanya sensitivity orang ramai terhadap isu ini.

Di sini saya ingin mengulas secara ringkas tentang isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini. Saya cuba untuk menggunakan bahasa yang mudah dan tidak terlalu teknikal bagi memudahkan kefahaman.


1. Yahudi dan Israel.




Ketika umat Islam di seluruh negara mengadakan demonstrasi membantah serangan Israel terhadap Gaza, kelihatan banyak pihak yang mengangkat sepanduk seperti..

“Hancur Yahudi!!”

“Jahanam Yahudi!!”

…dan sebagainya.

Kenyataan-kenyataan sebegini boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam. Non-muslim mungkin menganggap Islam sebagai agama perkauman.

Seseorang tidak boleh memilih dalam keturunan apa dia dilahirkan. Segalanya telah ditakdirkan oleh Tuhan. Tuhan tidak mengadili seseorang berdasarkan kaum atau bangsa keturunannya. Tetapi Tuhan mengadili seseorang berdasarkan pilihannya sendiri. Setiap orang bertanggungjawab terhadap apa yang diperbuatnya. Tuhan tidak menjadikan seseorang manusia itu baik atau jahat, bahkan manusia sendirilah yang membuat pilihan untuk melakukan kebaikan atau kejahatan, untuk mengikut hidayah atau kesesatan. Ia tiada kena-mengena dengan keturunan, kaum, bangsa, kewarganegaraan dsb.

Itulah sebabnya, kita tidak boleh membenci atau menentang Yahudi kerana bangsa mereka.

Ada di kalangan Yahudi yang beragama Islam. Ada di kalangan Yahudi yang menentang penjajahan dan pencerobohan tanah Palestin. Kita tidak bermusuh dengan golongan ini.


Di dalam al-Quran, apabila Allah mencela Yahudi, lafaz yang digunakan adalah khusus kepada golongan Yahudi tertentu yang melakukan penentangan terhadap Islam serta menyembunyikan kebenaran. Lafaz-lafaz perkataan ‘Yahudi’ yang digunakan, jika diterjemahkan akan membawa maksud ‘Yahudi itu atauthe Jews’, dan bukanlah lafaz yang umum yang merujuk kepada kesemua orang yang berketurunan Yahudi. Ini dapat difahami dengan merujuk kepada konteks setiap ayat tersebut.

Selain itu, hubungan kita dengan Yahudi yang tidak memusuhi Islam dan tidak melakukan kezaliman sepatutnya lebih baik daripada hubungan kita dengan golongan musyrik.

Ini kerana mereka tergolong di kalangan ahli Kitab. Sembelihan mereka halal dimakan oleh orang Islam. Perempuan-perempuan yang baik dari kalangan mereka juga halal dinikahi.

Kita bukanlah menentang Yahudi kerana mereka berketurunan Yahudi. Kita bukanlah menentang Yahudi kerana mereka beragama Yahudi. Sebaliknya, kita hanya menentang golongan-golongan Yahudi tertentu atau lebih spesifiknya, Zionis bersama konco-konco mereka yang bukan Yahudi yang melakukan pencerobohan dan kezaliman terhadap penduduk Palestin.

Itulah sebabnya saya kurang bersetuju sepanduk-sepanduk begini digunakan.

Mungkin ada baiknya perkataan ‘Yahudi’ itu digantikan dengan ‘Israel’ (yg merujuk kpd Negara Israel, bukan keturunan bani Israel) atau ‘Zionis’.


Bacaan lanjut: Not all Jews are Zionists oleh Ustaz Maszlee Malik


2. Solat hajat dan qunut nazilah


Terdapat juga perbahasan samaada perlu dilakukan solat hajat atau qunut nazilah.

Walaupun ada di kalangan mereka yang menolak amalan solat hajat kerana terdapatnya kelemahan pada hadis yang mengisyaratkan keharusan atau kewujudan amalan solat hajat, saya tidak mahu membahaskannya di saat ini.

Ia tidak seharusnya menjadi punca perpecahan dan pergaduhan di kalangan umat Islam. Di kala umat Islam ditindas dan dan berada dalam keadaan lemah ini, kita seharusnya mencari jalan untuk menumpukan kepada pembinaan kekuatan ummah melalui penyatuan dengan bersepakat di atas apa yang dipersetujui dan hormat-menghormati atas apa yang diperselisihkan, selagimana ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Namun, pada pandangan saya, adalah lebih baik kita menumpukan kepada apa yang ‘confirmed’ disunnahkan oleh Nabi SAW. Tiada amalan yang lebih baik daripada amalan yang dicontohkan oleh Nabi SAW., ‘technician’ yang diutuskan oleh Tuhan yang membuat syariat.

Terdapat beberapa hadis yang sahih yang mengisyaratkan bahawa Nabi SAW melaksanakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam yang sedang ditindas.



Tapi malangnya amalan yang disunnahkan ini tidak diamalkan atau dilupakan atau tidak diketahui oleh masyarakat kita. Sedangkan, amalan qunut nazilah ini sudah tentulah lebih utama daripada solat hajat kerana ada dalil yang menyebut tentangnya. Ia juga jauh lebih utama berbanding apa yang disebutkan dalam sms berantai yang menyebutkan kononnya pemimpin Hizbullah menyeru umat Islam membacakan ayat-ayat tertentu bagi memastikan mereka menang dalam perjuangan mereka menentang Israel.

Di beberapa masjid pada hari Jumaat, imam tidak melakukan qunut nazilah ketika solat Jumaat, tetapi sebaliknya melakukan solat hajat selepas solat Jumaat. Sedangkan pada ketika itu ramai ahli jamaah yang terpaksa bergegas keluar kerana perlu pulang ke pejabat segera. Ada juga di kalangan mereka yang meletakkan kereta di tempat yang kurang sesuai yang memerlukan mereka keluar awal bagi mengelakkan berlakunya halangan terhadap kereta lain.

Sekiranya qunut nazilah dilakukan dalam solat Jumaat, sudah tentulah mereka juga boleh turut sama mendoakan penduduk Palestin dan para mujahidin yang berjuang menentang tentera Israel.

Bacaan lanjut:


3. Boikot


Sebenarnya idea boikot ini telah lama difatwakan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi sebelum ini. Namun, idea ini menjadi lebih ‘panas’ apabila ia dipromosi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun tidak semata-mata mengajak umat Islam memboikot produk US, tetapi turut menyeru penduduk dunia memboikot dolar Amerika.

Di sini saya lebih suka membincangkan tentang idea memboikot USD berbanding memboikot produk Amerika. Ini kerana saya mendapati telah ramai orang membincangkan tentang pemboikotan produk US.

Idea memboikot dolar Amerika ini telah pun dikeluarkan ketika Tun masih memegang jawatan Perdana Menteri lagi. Itulah sebabnya beliau mencadangkan negara-negara OIC menggunakan dinar emas. Ini adalah salah satu langkah yang diharapkan dapat melemahkan dolar Amerika selain untuk mengurangkan pergantungan Negara-negara Islam terhadap Amerika.

Malah ketika itu Malaysia telah pun menggunakan Euro dalam dagangan, dan bukan USD.

Sebenarnya agak sukar untuk menjelaskan secara ringkas bagaimana pemboikotan matawang ini berfungsi.

Suatu masa dahulu manusia menggunakan logam seperti emas dan perak sebagai matawang. Namun wang emas dan perak ini berat dan sukar dibawa ke mana-mana. Oleh itu, wang kertas diperkenalkan. Wang kertas ini mewakili jumlah emas yang terdapat dalam simpanan peti besi di bank.

Sebagai contoh, wang kertas pound sterling yang digunakan oleh England adalah bagi mewakili jumlah berat emas yang disimpan dalam peti besi yang diukur dalam unit ‘pound’.

Sistem ini telah gagal beberapa kali dalam sejarah. Kebanyakannya berlaku apabila jumlah kertas yang dicetak dalam pasaran lebih banyak daripada jumlah simpanan emas.

Bagi kes dolar US, pada asalnya ia mengikut system ini. Setiap dolar US terikat kepada nilai emas. Namun kemudiannya Presiden Richard Nixon telah memutuskan bahawa dolar US tidak lagi terikat kepada emas. Sebaliknya, ia ditentukan oleh “supply and demand” dalam pasaran.

Sekiranya permintaan adalah tinggi, maka tinggilah nilai dolar US. Sekiranya permintaan rendah, maka rendahlah nilai dolar US. Sekiranya tiada permintaan langsung, maka wang kertas Amerika samalah nilainya dengan kertas tisu tandas.

Itulah sebabnya dalam program ‘bail-out’ yang dilaksanakan oleh Amerika, mereka tidak perlu mempunyai wang untuk menyelamatkan syarikat-syarikat mereka. Apa yang mereka perlu buat hanyalah dengan mencetak lebih banyak wang kertas dolar US.

Jadi, idea memboikot dolar US ini sebenarnya adalah untuk mengurangkan ‘demand’. Dengan ini, nilai dolar US akan merudum.



Pada pandangan saya, idea boikot ini, samaada matawang mahupun produk tidak akan dapat menjejaskan pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin dan juga negara-negara lain. Ia hanyalah suatu bentuk tekanan supaya suara kita didengari.

Sekalipun, kita dapat menjatuhkan ekonomi Amerika, rakyat Amerika mungkin menderita. Penduduk negara-negara lain yang bergantung kepada ekonomi Amerika juga akan terjejas. Namun, saya tidak fikir ia menjejaskan mereka yang bertanggungjawab secara langsung ke atas kezaliman ini.

Sistem di Amerika membolehkan golongan-golongan tertentu mengaut keuntungan semasa ekonomi kukuh mahupun ketika gawat.

Sebagai contoh, ketika kejatuhan teruk Wall Street pada tahun 1927, seorang pedagang terkenal, Jesse Lauriston Livermore telah berjaya mengaut USD 100 juta! Bayangkan nilai USD 100 juta ketika itu!!

Ini kerana, pasaran di sana membenarkan jualan singkat atau ‘short-selling’. Ia membolehkan seseorang membuat keuntungan daripada kejatuhan pasaran. Amalan short-selling yang berleluasa akan menyebabkan pasaran sukar untuk bangkit daripada kegawatan. Itulah sebabnya Malaysia telah mengharamkan amalan ‘short-selling’ dalam pasaran KLSE.

Sistem ini membenarkan golongan-golongan tertentu dari kalangan speculator membuat keuntungan di atas kesusahan orang lain. Golongan inilah yang sebenarnya menguasai kekayaan dunia sekarang. Nama mereka tidak tersenarai dalam senarai orang terkaya di dunia. Tetapi pada hakikatnya merekalah yang menentukan naik turunnya pasaran. Merekalah juga yang mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap system ini. Sudah pastinya mereka jauh lebih kaya daripada orang yang tersenarai dalam senarai orang yang terkaya di dunia.

Merekalah yang sebenarnya mencatur kerosakan demi kerosakan yang berlaku di muka bumi sekarang. Malahan, mereka mengaut keuntungan melalui kerosakan-kerosakan ini.

Penduduk dunia telah lama ditipu dengan sistem ini. Ia membolehkan ekonomi sesebuah negara dihancurkan oleh beberapa orang. Ia juga membolehkan seseorang itu menjadi lebih kaya daripada sesebuah negara. Malah, ada juga yang menyebutkan bahawa 99% kekayaan dunia dimiliki oleh 1% manusia, manakala 99% manusia berkongsi 1% kekayaan dunia.

Inilah “economic terrorism” yang juga sedang berlaku dalam dunia masa kini.

Sistem inilah yang menjadi punca kepada kegawatan ekonomi dunia sekarang.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi baru-baru ini menyeru agar negara-negara Islam mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan sistem kewangan Islam. [rujuk sini] Tidak kurang juga mereka yang terkejut apabila idea ini juga turut dipromosi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menyeru agar dunia mempertimbangkan sistem kewangan yang lain, termasuk sistem kewangan Islam. [rujuk point 14 dari artikel di sini]

Inilah yang perlu disedari oleh umat Islam. Selagimana ekonomi kita menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh “economic terrorists” ini, kita bermain dengan rentak mereka. Maka sudah tentulah mereka yang menguasai rentak dan permainan ini. Walaupun kita cuba menyerang mereka secara ekonomi, mereka akan tetap mengaut keuntungan. Malah, serangan kita mungkin akan tersasar kepada penduduk biasa yang tidak terlibat langsung dengan kejahatan mereka.

**nota: Short-selling adalah haram di sisi Islam.


4. Penglibatan non-muslim


Mungkin menjadi suatu kesilapan bagi masyarakat Islam di Malaysia yang menjadikan isu ini sebagai isu umat Islam semata-mata. Berbanding di negara-negara luar, penentangan terhadap Israel turut disertai oleh non-muslim.

Kita tidak menyokong Palestin kerana mereka adalah muslim. Kita tidak menentang Israel kerana mereka Yahudi.

Sebagai umat Islam, kita membela orang yang ditindas tanpa mengira latar-belakang agama mereka. Kita menentang mereka yang melakukan kezaliman sekalipun mereka adalah muslim. Kita tidak boleh menyokong kezaliman yang dilakukan oleh saudara kita, kerana itu adalah asabiyyah.

Itulah sebabnya isu ini tidak seharusnya menjadi isu Islam-Israel semata-mata. Ia adalah juga isu kemanusiaan dan keamanan sejagat. Sekiranya kezaliman mereka ini dibiarkan, mungkin satu masa nanti Negara lain juga akan menjadi mangsa mereka seterusnya.

Kita juga perlu ingat bahawa apa yang mereka lakukan ini mendatangkan kesan kepada seluruh dunia.

Sebagai contoh, apabila Amerika menyerang Iraq dahulu, berlaku kenaikan kepada harga minyak dunia. Ini sudah tentu mendatangkan kesan kepada seluruh penduduk dunia.

Mungkin sukar untuk kita mencari non-muslim di Malaysia seperti Matthias Chang yang gigih menentang dan membongkarkan kejahatan, kezaliman dan kerosakan yang dibuat oleh Zionist dan sekutu mereka.


Mungkinkah ini disebabkan oleh kegagalan kita mewujudkan kesedaran ini? Atau mungkinkah non-muslim di Malaysia sememangnya selfish, dan hanya mementingkan kekayaan dan nasib diri sendiri berbanding nasib yang dialami orang lain?

Ini perlu kita fikirkan. Umat Islam tidak boleh bergerak bersendirian. Penentangan perlu dilakukan oleh pelbagai pihak, bukan dari kalangan umat Islam semata-mata.

WaLLahu a’alam.

Jumaat, 9 Januari 2009

serangan israel ke atas gaza bagus?


Baru2 ini saya terjumpa seorang pelabur yang membuat kenyataan berikut..

"I dunno why anybody would complain bout Israel attacking Gaza. If not because of Israel attacking Gaza, our KLSE CI would be <850, now our CI is 920! Ever since Israel start attacking Gaza, our market (and other global markets) has been up up and up. Remember when Israel started attacking Gaza, our CI +14points. Then when Israel killed a senior Hamas leader, our CI +18points! Now when Israel started ground attacks on Gaza, our CI +26points! Thanks to Israel our CI is now 920. Isreal attacking Gaza has been the best thing for our markets."


Mungkin bagi orang ini, mengaut keuntungan adalah lebih utama berbanding nyawa wanita, kanak2, org tua, org awam yg terkorban dlm serangan tersebut.

Adakah ini bermakna tidak salah kita menyokong pembunuhan yang tidak sepatutnya kerana ia mendatangkan keuntungan kpd kita dari sudut kewangan?

Mungkin dia berkata begini kerana dia x fikir bagaimana kalau perkara yang sama berlaku ke atas keluarganya.


Kita patut sedar, sistem ekonomi skrg dimanipulasi oleh Yahudi. kenaikan harga pasaran saham global apabila Israel menyerang gaza bukanlah perkara pelik.

pasaran saham mmg boleh dimanipulasi.

Sbg cth, apabila Pak Lah mengumumkan calon2 BN utk PRU 12 lepas, ramai pelabur tidak suka calon2 tersebut, lalu mereka menarik keluar pelaburan mereka dari pasaran saham. Maka, berlakulah kejatuhan KLCI. Apabila Pak Lah mengumumkan pelbagai langkah memulihkan ekonomi negara dalam belanjawan lepas, para pelabur menyambut baik pelan tersebut, lalu berlaku sedikit kenaikan dalam KLCI.

Pasaran saham dipengaruhi oleh sentimen.

Maka, tidaklah hairan mengapa pasaran dunia meningkat apabila Israel menyerang Gaza. Kebanyakan pasaran saham dunia dipengaruhi oleh pasaran US. sbg cth, sekiranya pasaran US ditutup rendah, maka pasaran Malaysia akan dibuka rendah. begitulah sebaliknya.

Dlm kes ini, sudah tentulah para pelabur Yahudi menyukai serangan Israel ke atas Gaza. Sbg golongan yg memanipulasi pasaran US, sudah tentulah mereka juga mampu menaikkan harga pasaran di sana. Ini seterusnya mempengaruhi pasaran negara lain.

Dlm masa sama, kita juga perlu sedar bahawa kegawatan ekonomi dunia skrg juga adalah disebabkan oleh sistem yg dibuat oleh mereka. Sistem ini juga telah menyebabkan pelbagai pihak mengambil kesempatan membuat keuntungan dengan merosakkan ekonomi orang lain, sepertimana yang berlaku ke atas negara kita pada tahun 1997.

Jadi, 'hadiah' mereka ini langsung tidak setimpal dengan apa yang berlaku kpd ekonomi dunia sekarang.

Apalah sgt 26 points berbanding beratus-ratus points yg telah hilang. Kita perlu ingat pasaran kita sebelum ini berada pada >1500 points. skrg hanya 900+!!

Selasa, 6 Januari 2009

vice president-elect of the US is a zionist

Vice President-elect of the US, Joe Biden openly claimed himself to be a zionist...








Nabi Isa adalah Nabi terakhir?




Soalan:


Nabi Isa adlh nabi akhir zaman kerana Nabi Isa masih hidup dan diangkat ke langit dan akan diturunkan ke bumi ketika kiamat dan bukannya nabi Muhammad s.a.w

http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/331

Jawapan:


1. Nabi Isa masih hidup. Tetapi ini tidak menjadikan beliau nabi terakhir.


Sekiranya kita ambil contoh sebuah keluarga yang ada 3 orang adik-beradik A, B dan C. A adalah yang sulung, C adalah yang bungsu dan B adalah yang tengah. B pergi menyambung pelajaran di luar negara. Dalam tempoh tersebut, C meninggal dunia. Beberapa tahun setelah C meninggal dunia, B pulang ke tanah air. Adakah ini menjadikan beliau anak yang bungsu? Jawapannya tidak. Dia masih lagi dikira sebagai anak tengah walaupun dia masih hidup dan C telah meninggal dunia.


2. Nabi Isa AS adalah satu-satunya nabi yang diangkat ke langit hidup-hidup.



Di dalam al-Quran disebutkan bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati:

"Setiap jiwa pasti merasai mati."
(al-Ankabut 29:7)

"Setiap yang berada di atasnya (dunia) akan musnah."
(Arrahman 55:26)

Mesej yang sama juga disebutkan di banyak tempat-tempat lain dalam al-Quran. Nabi Isa akan turun ke bumi untuk 'fulfill' perkara ini.


3. Nabi Isa AS adalah satu-satunya nabi yang telah disalahanggap sebagai Tuhan.




Nabi Isa AS. adalah satu-satunya nabi yang disalahanggap sebagai Tuhan. Bagi membetulkan salahfahaman ini, nabi Isa perlu turun semula. Ini juga disebutkan di dalam bible:

Many will say to me on that Day, "LORD, LORD, did we not preach IN YOUR NAME and IN YOUR NAME cast out demons and IN YOUR NAME do many wonderful works?" Then will I frankly say to them, "I never knew you. Get away from me you evil workers."
(Matthew 7:21-23)

Kalau kita lihat pada hari ini, siapakah yang berdoa, melakukan kerja-kerja amal dsb dengan menyebut IN THE NAME OF JESUS? Hindu? Buddhist? Muslim? Tidak! Orang Kristian! Menurut bible, Jesus datang untuk membetulkan orang-orang kristian.


4. Nabi Isa AS bukan datang dengan syariat yang baru.


Pada akhir zaman, Nabi Isa akan datang dengan memakai syariat Nabi Muhammad SAW, bukan membawa satu syariat yang baru. Beliau akan membawa manusia kepada kebenaran, menyelamatkan mereka dari kesesatan dengan syariat Nabi Muhammad SAW yang telah sempurna ini.

"Pada hari ini telah disempurnakan bagi kamu agama kamu..."
(Al-Maidah 5:3)

***ilustrasi di atas tidaklah mencerminkan pendirian Islam terhadap rupa bentuk Jesus atau Isa AS. Ia diletakkan hanya untuk memaparkan bagaimana gambaran yang diberikan oleh penganut Kristian terhadap Jesus menurut imaginasi mereka.