CAT-tegories:

Jumaat, 17 Julai 2009

what makes GWeat da'ies gWeat?



Biasanya dalam siri-siri latihan saya terhadap para da’ie (pendakwah) baru, saya selalu berkata: “I’m not twaining you to be ordinawy da’ies.. I’m twaining you to be GWEAT da’ies!”


Maka timbul pula persoalan… Apakah yang dimaksudkan dengan “GWEAT da’ies?”

Atau..

“What makes GWEAT da’ies gweat?”

Pada pandangan saya, setiap orang mungkin mempunyai definisi gweat da’ies yang berbeza. Malah, takrif gweat da’ies juga mungkin berubah disebabkan oleh perubahan zaman.

Maka di sini saya cuba merumuskan bagaimana seseorang itu menjadi gweat da’ie menurut pandangan saya.


A GWEAT da’ie is an effective da’ie


Para pendakwah baru yang menjalani latihan dengan saya biasanya dilatih agar mencapai tahap-tahap (levels) berikut:

  1. Effective da’ie
  2. GWEAT da’ie

Ini digambarkan dalam pyramid di bawah.




What makes effective da’ies effective?


Terdapat 2 elemen yang menjadikan seseorang itu menjadi da’ie yang efektif.
  1. Penguasaan Ilmu (knowledge)
  2. Kemahiran penyampaian (delivewy)


  • Knowledge

Berpegang kepada fikrah Islam yang tulen.


Apabila kita ingin menjual sesuatu produk, kita perlu memastikan bahawa produk itu tulen (owiginal) dan berkualiti tinggi. Lalu barulah produk itu dapat dilihat oleh para pelanggan dari sudut kebaikan dan keperluan untuk membeli dan memilikinya.

Secara fitrahnya, Islam adalah agama yang indah, mudah dan berkualiti tinggi. Ia dibuat dengan sempurna oleh pembuat (manufactuwer) yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

"…Pada hari ini telah Aku (Tuhan)
sempurnakan
untuk kamu agamamu,
dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmatKu,
dan telah Aku redhai Islam
itu jadi agama bagimu."
(al-Maidah 5:3)

Sekiranya Islam yang dipromosikan itu tidak owiginal, samaada terdapat pengurangan atau penambahan atau penyelewengan dan sebagainya, maka fitrah ini juga akan tercemar! Islam tidak lagi dilihat indah dan mungkin akan dilihat sebagai agama yang susah.

Saya sering menggunakan makanan sebagai contoh. Suatu menu yang sedap sudah tentulah mempunyai ramuan yang secukup rasa, tidak ada yang terlebih dan tidak ada yang terkurang.



Begitulah juga halnya dengan Islam. Islam tidak memerlukan sebarang campur tangan manusia. Tuhan yang Maha Suci daripada sebarang kelemahan tidak tersilap meletakkan sesuatu dalam ajaranNya sehingga memerlukan pengurangan.

"Apakah kamu beriman dengan sebahagian daripada Kitab (al-Quran)
dan kamu kufur dengan sebahagian (yang lain)..."
(al-Baqarah 2:85)

Dia yang suci daripada sifat lupa tidak tertinggal apa-apa pun daripada ajaran yang sepatutnya terkandung dalam ajaran Islam.

"Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini..."
(al-An’aam 6 :38)

Resepi asal dan secukup rasa inilah yang menjadikan Islam sebuah agama yang indah serta mampu menarik manusia untuk menganutinya.

Selain itu, Islam yang telah tercemar sudah pastinya mempunyai banyak kelemahan dan tidak mungkin dapat dipertahankan apabila diserang.

Oleh demikian, seorang da’ie yang efektif mesti berpegang kepada fikrah Islam yang tulen.

Ia mestilah bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah yang sahih serta difahami berdasarkan kefahaman generasi awal umat Muhammad SAW, setelah agama ini disempurnakan.


Ilmu-ilmu lain yang berkaitan


Ada baiknya juga seseorang da’ie itu mengetahui ilmu-ilmu lain yang mampu memberikan impak yang lebih besar dalam dakwahnya. Ini termasuklah ilmu perbandingan agama, fakta-fakta saintifik yang penting, budaya pelbagai kaum, isu semasa dan sebagainya. Dengan ini, seseorang da’ie itu lebih mudah untuk meyakinkan mad’u (orang yang didakwah), memahami hujahnya serta mencari titik-titik persamaan yang boleh dijadikan ‘selling-point’ penting dalam dakwah.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai Ahli Kitab! Datanglah kepada kalimat-kalimat yang bersamaan antara kami dan kamu; (iaitu) kita tidak menyembah sesuatu selain Allah, kita tidak mensyirikkannya dengan suatu apa pun, dan kita tidak menjadikan sebahagian daripada kita sebagai sembahan selain Allah.” Sekiranya mereka berpaling (menolak), maka katakanlah: “Saksikanlah bahawa kami adalah golongan muslimin (menyerahkan diri kepada Allah).”
[Ali Imran 3:64]

  • Delivewy

Dalam perniagaan, kita sering mendengar orang berkata “Marketing is more important than your product.”

Adakalanya seseorang itu mempunyai produk yang baik. Namun, disebabkan oleh kegagalannya memasarkan produk itu dengan baik, dia mungkin gagal menjualkan produknya.

Begitu juga dengan hadiah. Adakalanya hadiah yang kita berikan kepada rakan kita tidaklah sehebat mana. Namun, disebabkan cara kita mempersembahkan hadiah itu sangat kreatif dan menarik, ia mungkin lebih dihargai berbanding hadiah yang jauh lebih bernilai.

Dalam dakwah, ‘content’ sangat-sangat penting. Namun ‘delivewy’ adalah penentu kepada penerimaan mad’u terhadap ‘content’ yang kita sampaikan.

Adakalanya, kita mempunyai ‘points’ yang hebat. Tetapi sekiranya ‘points’ tersebut tidak disampaikan dengan cara yang baik, ia mungkin akan ditolak.

“Jemputlah (mereka) ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan, dan nasihat yang baik dan berhujahlah dengan mereka dengan cara yang paling baik.”
[an-Nahl 16:125]

Dalam hal ini terdapat beberapa perkara penting dalam memastikan penyampaian dakwah itu menjadi efektif. Antaranya adalah:

  1. Memahami keadaan mad’u
  2. Bijak dalam memilih, menyusun dan menyampaikan hujah
  3. Sentiasa mencari jalan untuk memudahkan mad’u
  4. Bertindak berdasarkan awlawiyaat (keutamaan/pwiowity)
  5. Adaptive dengan perubahan semasa
  6. Bersinergi dengan individu, pihak atau entity lain bagi kepentingan dakwah secara keseluruhan
  7. Sentiasa mengutamakan kesempurnaan dalam kerja yang dilakukan

Memahami keadaan mad’u



Saya teringat sewaktu saya terlibat dalam penganjuran International Islamic Fair 2006 (IIF 2006) dahulu, terdapat salah seorang coordinator program yang merupakan seorang muslimah berbangsa Inggeris yang telah lama memeluk Islam.


Sewaktu kami bersembang-sembang sambil berkenalan dengan beliau, seorang rakan saya telah bertanya satu soalan, “How old are you, sister?”


Mungkin bagi kita soalan ini adalah soalan biasa.


Namun dalam budaya masyarakat barat, bertanyakan umur kepada seseorang perempuan adalah dianggap tidak sopan!


Di dalam dakwah, adalah amat penting untuk kita memahami keadaan orang yang kita dakwah. Ini termasuklah budaya mereka, sensitivity mereka, tahap pemikiran mereka dsb. Adakalanya kita perlu membayangkan diri kita berada di tempat mereka, dan cuba berfikir samaada apa yang kita sampaikan kepada mereka boleh diterima atau tidak.

Mungkin ramai orang tahu bahawa ‘titik’ sensitive bagi masyarakat Cina adalah makanan. Seseorang itu boleh ditawan hatinya dengan makanan. Namun, tidak semua makanan yang kita anggap sedap adalah juga sedap bagi mereka. Itulah sebabnya kita perlu mengetahui serba sedikit tentang cara pemakanan mereka, restoran-restoran kegemaran mereka yang berhampiran untuk di’recommend’ kepada mereka, dsb.

Bagi orang India pula, ‘titik’ sensitive bagi mereka adalah tali kekeluargaan. Itulah sebabnya kita perlu banyakkan diskusi berkaitan dengan isu keluarga. Dalam kepercayaan agama Hindu, ibu adalah keutamaan yang paling tinggi. Ia mengikut susunan, ‘matha’ (ibu) - ‘pitha’ (bapa) - ‘guru’ (guru) - ‘dewa’ (Tuhan).


Selain itu, kaum India juga mudah untuk menghargai jasa orang yang berbuat baik kepada mereka, sehingga ke tahap orang itu boleh dianggap seperti ‘tuhan’. Mungkin itulah sebabnya baru-baru ini ada di kalangan mereka yang membina replica tokoh kegemaran mereka di Batu Caves. Itulah sebabnya membina hubungan persahabatan dan menghulurkan pertolongan kepada mereka adalah taktik dakwah yang sangat berkesan bagi masyarakat India.

Dari sudut bahasa pula, seboleh-bolehnya kita berkomunikasi dengan bahasa yang paling dekat dan mudah difahami oleh mereka. Gunakan bahasa yang mudah dan sesuai.

Sebagai contoh, adakalanya, bahasa Inggeris yang ‘kecinaan’ adalah lebih baik daripada bahasa yang ‘perfect’. Bagi orang asing atau ‘foreigner’ yang penguasaan bahasa Inggeris mereka agak kurang baik, maka perlu dipastikan bahasa dan perkataan yang kita gunakan mudah difahami oleh mereka.

“Kami tidak mengutus seorang rasulpun,
melainkan dengan bahasa kaumnya,
supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka..”
(Ibrahim 14:4)


Bentuk pendekatan dan kandungan dakwah juga perlu sesuai. Mungkin anda seorang yang hebat dalam berhujah, setanding dengan Sheikh Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik . Namun sekiranya pendekatan ini digunakan terhadap masyarakat Orang Asli atau masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak, mereka akan menjadi lebih keliru!

Ibnu Mas’ud r.a berkata,
“Tidaklah sekali-kali kamu berbicara
kepada sebahagian manusia dengan
kata-kata yang tidak sampai kepada otak mereka
kecuali hal itu hanya akan menjadi fitnah atas sebahagian mereka”
[Riwayat Bukhari, mauquf hingga Ibnu Mas’ud]

Mungkin Sheikh Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik adalah dua orang tokoh dakwah yang hebat dari sudut hujah. Mereka sangat berjaya dalam dakwah mereka. Namun pendekatan mereka tidaklah sesuai kepada semua orang. Adakalanya pendekatan Sheikh Yusuf Estes, Shaikh Khaled Yasin dan Sheikh Fadel Soliman adalah lebih sesuai bagi orang lain.

Malah, dalam banyak situasi, pendekatan debat yang digunakan oleh Dr. Zakir Naik dan Sheikh Ahmed Deedat adalah kurang sesuai dalam negara kita. Kita boleh belajar daripada mereka dan mencontohi mereka, tetapi tidak boleh dilaksanakan 100% di negara kita.

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab,
melainkan dengan cara yang paling baik..”
[al-Ankabut 29:46]

Seorang pendakwah itu ibarat seorang doktor. Dia memberikan penawar yang berbeza bagi penyakit yang berbeza. Jumlah dos juga berbeza bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa.



Itulah sebabnya kita perlu mengenali dan memahami orang yang hendak didakwah. Kita mungkin mempunyai banyak ‘points’ mengenai sesuatu perkara. Tetapi menyampaikan points yang terlalu banyak adakalanya boleh menyebabkan mad’u kita ‘overdosed’. Sometimes less is more and more is less.

Dalam perkara ini, kita perlu mengikuti apa yang dicontohkan kepada kita oleh Nabi SAW.

Baginda sering menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang berbeza-beza, mengikut keadaan orang yang bertanya.

Dari AbduLLah bin Mas’ud ra., dia berkata,
“Saya bertanya kepada RasuluLLah,
“Amal manakah yang paling Allah senangi?”

RasuluLLah menjawab,
“Solat tepat pada waktunya.”
Kemudian saya bertanya lagi,
“Lalu setelah itu?”

RasuluLLah menjawab,
“Berbuat baik kepada kedua orang tua.”

“Lalu apa lagi setelah itu?”
Tanyaku lagi.

RasuluLLah menjawab,
“Jihad di jalan Allah.”

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Seorang lelaki dari Khas’am berkata,
“Saya datang menemui RasuluLLah yang saat itu berada di tengah-tengah sejumlah sahabatnya.

Saya berkata,
“Bukankah engkau yang mengaku sebagai utusan Allah?”

RasuluLLah menjawab,
“Ya.”

Saya berkata,
“Amal apakah yang paling Allah senangi?”

RasuluLLah menjawab,
“Iman kepada Allah.”

“Lalu setelah itu apa?”,
Tanyaku lebih lanjut.

“Menyambung silaturrahmi,”
jawab RasuluLLah.

“Lalu setelah itu?”,
aku bertanya lebih lanjut.

“Kemudian menyuruh kepada kebajikan dan melarang kemungkaran,”
jawab RasuluLLah.”

[Riwayat Bukhari]

Daripada AbduLLah bin Umar,
dia menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada RasuluLLah lalu bertanya,
“Amal Islam apakah yang paling baik?”

RasuluLLah menjawab,
“Memberi makanan,
mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal
ataupun yang belum engkau kenal.”

[Riwayat Bukhari]


Daripada Abu Musa,
dia berkata,
RasuluLLah ditanya,
“Islam manakah yang paling baik wahai RasuluLLah?”

RasuluLLah menjawab,
“Orang yang menjadikan orang Muslim lainnya selamat
daripada kejahatan lisan dan tangannya.”

[Riwayat Bukhari]


Bijak dalam memilih, menyusun dan menyampaikan hujah.


Setelah mengenali keadaan mad’u, seorang da’ie perlulah bijak memilih hujah yang hendak digunakan. Hujah saintifik tidak boleh digunakan kepada orang yang tidak berfikiran saintifik. Hujah ekonomi yang mendalam adalah kurang sesuai untuk digunakan terhadap orang yang bukan berlatarbelakangkan bidang ekonomi. Begitulah seterusnya…

Hujah yang digunakan perlulah mengikut kesesuaian si mad’u.

Namun begitu, hujah itu perlulah disusun dengan mengikut ‘flow’ yang sesuai bagi memudahkan si mad’u memahaminya. Adakalanya, kegagalan menyusun points dengan baik akan menyebabkan impak points yang hendak disampaikan tidak cukup kuat.

Kemudian, hendaklah points itu disampaikan dengan pendekatan yang paling baik untuk keadaan mad’u.


Sentiasa mencari jalan untuk memudahkan mad’u



“Permudahkan, jangan kamu susahkan; dan berilah khabar gembira dan jangan ditakut-takutkan (sehingga membuatkan orang lari)”
(Bukhari, Muslim)


Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis di atas menyebutkan:


“Maksud daripada hadis ini ialah permudahkanlah orang yang baru (mengenali) Islam dan tinggalkanlah semua bentuk yang memberatkan pada awal-awal keislamannya. Demikian juga halnya dalam larangan terhadap maksiat, hendaklah ia dilakukan secara lembut agar ia diterima, dan diajarkan ilmu secara berperingkat-peringkat. Ini kerana, sekiranya sesuatu itu mudah pada permulaannya, maka orang yang masuk ke dalamnya akan berasa senang dan akan menerimanya dengan lapang dan terbuka, dan hasilnya (ia) akan menambahkan kesukaan terhadap apa yang dia masuki. Maka tindakan yang sebaliknya juga akan menghasilkan hasil yang sebaliknya.”
[Fathul Bari, Kitabul ‘Ilm, hadis 69]

Namun, disebabkan oleh keumuman hadis ini, ia juga merupakan penekanan bagi orang-orang yang baru masuk dalam lingkaran Islam, iaitu orang yang baru mengenali Islam (di kalangan non-muslim), orang yang baru memeluk Islam, orang yang baru bertaubat dan baru berjinak-jinak kembali dengan Islam atau sesiapa sahaja yang memerlukan rukhsah (keringanan-keringanan) seperti orang yang sakit, orang tua dan orang yang memiliki kepentingan untuk mendapat rukhsah.

Inilah method yang perlu diambil oleh setiap da’ie, “taysir dan tabsyir” (mempermudahkan dan menggembirakan) bukan “ta’sir dan tanfir” (menyusahkan dan menakut-nakutkan (sehingga membuatkan orang lari bertempiaran)).

Kemudahan ini bukan sahaja merangkumi kaedah pengajaran, pemilihan fakta, dan penjagaan kebajikan semata-mata, malah ia juga turut merangkumi dari sudut fiqh.

Seorang da’ie yang efektif perlu menguasai kepelbagaian fiqh. Dengan ini, dia mampu memberikan pemahaman fiqh yang sesuai dengan kondisi mad’u. Para da’ie harus menumpukan perhatian kepada pandangan fiqh yang mudah, selagimana ia menepati al-Quran dan as-Sunnah, sesuai dengan fitrah Islam yang sememangnya mudah.


“Sesungguhnya kamu semua diutuskan untuk memudahkan, dan kamu semua tidak diutuskan untuk menyusahkan.”
(Bukhari)


Bertindak berdasarkan awlawiyaat (keutamaan/pwiowity)


Sebelum ini saya telah menggunakan analogi resepi masakan yang sedap bagi menjelaskan tentang ketulenan Islam.

Dengan analogi yang sama, saya ingin menjelaskan pentingnya turutan (sequence).

Katakan kita telah mendapat satu resepi nasi goreng yang paling sedap. Lalu, kita menyediakan ramuan-ramuan yang disebutkan dalam resepi itu secukupnya, tanpa ada yang terlebih atau terkurang.

Namun, katakan kita tidak mengikuti turutan resepi itu. Kita masukkan nasi dahulu, kemudian bawang, kemudian cili dan kemudian barulah dituang minyak dan dimasukkan bahan-bahan lain, lalu ditutup api. Akhir sekali, barulah dimasukkan ayam dan daging ke atas nasi goreng tersebut.


Adakah ia akan menjadi nasi goreng yang sedap? Tentulah tidak. Ini kerana, ia tidak mengikuti turutan resepi tersebut.

Dengan kata lain, sesuatu yang sepatutnya didahulukan perlulah didahulukan dan sesuatu yang perlu dikemudiankan perlulah dikemudiankan.

Islam adalah agama yang mementingkan keutamaan (pwiowity). Dalam Islam, ada turutan-turutan amal. Turutan-turutan amal inilah yang memelihara keseimbangan Islam.


Para sahabat suka bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, “Apakah (amalan) yang utama” atau “Apakah (amalan) Islam yang utama?” Nabi Muhammad SAW memberikan jawapan yang berbeza kepada penanya yang berbeza berdasarkan kepada keadaan dan tahap mereka yang berbeza.

Seseorang yang baru memeluk Islam tidak dibebankan untuk mengamalkan seluruh ajaran Islam secara drastic. Tetapi dia perlu mempelajari ilmu-ilmu asas Islam terlebih dahulu, mengenali Tuhan dan mengamalkan perkara-perkara rukun sebelum perkara-perkara lain. Apabila turutan ini tidak diikuti, Islam akan menjadi sukar untuk diamalkan kerana lemahnya perkara yang asas (foundation) dalam membina iman dalam diri seseorang.

Perkara ini berlaku dalam masyarakat kita. Para muallaf sering dibebankan dengan isu hukum-hakam terlebih dahulu berbanding isu akidah.

Masyarakat kita lebih suka mengutamakan isu tudung berbanding tauhid (Islamic monotheism), mengutamakan perkara furu’ (ranting) berbanding perkara pokok atau asas, mengutamakan tilawah (bacaan/wecitation) al-Quran berbanding memahami tafsir (interpwetation) atau isi kandungan al-Quran dan sebagainya.

Ada di sesetengah tempat yang mensyaratkan seseorang yang baru memeluk Islam untuk berkhatan terlebih dahulu.

Para muallaf yang mengenali Islam melalui jalan perkahwinan pula lebih disibukkan oleh keluarga bakal mertua dengan urusan majlis perkahwinan seperti kenduri, hantaran dan sebagainya berbanding urusan mempelajari asas-asas Islam. Lama-kelamaan semangatnya untuk mempelajari Islam makin pudar dan dia akan menjadi penganut Islam hanya di atas kertas. Apabila perkahwinannya gagal, dia bukan sahaja memohon untuk bercerai dengan pasangannya, malah dia juga memohon untuk bercerai daripada Islam!

Di sinilah pentingnya seseorang da’ie itu bertindak mengikut awlawiyat. Dia perlu tahu apa yang perlu didahulukan dan apa yang perlu dikemudiankan.


Adaptive dengan perubahan semasa



Sebelum ini, saya telah pun mengkritik mereka yang sibuk menumpukan perhatian terhadap isu-isu akidah yang bukan menjadi masalah utama masyarakat kita kini. Sebaliknya, mereka sibuk membahaskan isu-isu yang merupakan ancaman silam, sepertimana ditulis oleh para ulama silam dalam kitab mereka. Sila rujuk sini.

Ancaman terhadap Islam berubah dari semasa ke semasa. Pemikiran masyarakat juga sentiasa berkembang. Sekiranya seseorang da’ie itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana semasa, dia akan dianggap lapok dan tidak lagi relevan. Dia juga mungkin akan hanya ‘syok sendiri’ dalam dakwahnya. Lebih buruk dari itu, masyarakat akan leka dengan masalah-masalah lampau dan tidak menyedari tentang kehadiran masalah semasa yang memerlukan perhatian segera sebelum ia merebak dengan teruk.

Oleh demikian, para da’ie perlulah mengikuti dan menyesuaikan diri perkembangan dan perubahan semasa. Dengan ini, dia akan sentiasa mampu menyediakan penawar bagi penyakit-penyakit baru dalam masyarakat.

Dia juga akan sentiasa menggunakan pendekatan dakwah yang moden dan terkini. Dengan cara ini, dia dapat bertarung dengan ancaman-ancaman semasa dengan pendekatan yang paling berkesan.


Bersinergi dengan individu, pihak atau entity lain bagi kepentingan dakwah secara keseluruhan


Da’ie efektif tidak bertindak bersendirian. Dia bekerjasama dengan individu, pihak, organisasi atau entity lain yang boleh membantu dakwah. Dengan ini, mereka boleh saling melengkapi antara satu sama lain.

“Adalah seorang mu’min itu dengan mu’min yang lainnya ibarat sebuah bangunan, satu bahagian menguatkan bahagian yang lainnya.”
(Hadis Muttafaqun ‘alayh daripada Abu Musa al-Asy’ari, al-Lu’lu’ wal Marjan, 1670)

Satu contoh yang kecil adalah sepertimana yang berlaku di Ampang. Dalam pengendalian muallaf, para muallaf yang memerlukan perlindungan dan tempat tinggal diuruskan oleh JIM Ampang. Para muallaf yang perlu mengikuti kelas asas-asas fardhu ain dihantar ke PERKIM Melawati. Manakala kes-kes muallaf yang memerlukan pengendalian secara perseorangan atau secara appointment pula diuruskan oleh pakar-pakar dari PERKIM Ampang.

Dengan cara ini, masing-masing menumpukan kepada kepakaran masing-masing. Maka, lebih sedikit individu diperlukan dan tiada pertindihan gerak kerja berlaku.

Sinergi seperti ini bukan sahaja boleh berlaku sesama umat Islam, malah ia juga boleh berlaku dengan non-muslim.

Sebagai contoh, pada International Islamic Fair 2006, pihak penganjur telah menjemput beberapa orang non-muslims yang berkongsi pendirian terhadap keganasan Israel, zionis, kekejaman Amerika dan penipuan tragedy 9/11. Antara mereka yang dijemput adalah seperti William Rodriguez (ketika itu beliau belum lagi memeluk Islam), Michael Collins Piper, Jimmy Walter dan Matthias Chang. Walaupun mereka adalah non-muslims, bersinergi dengan mereka dapat menguntungkan dakwah secara keseluruhan.



Da’ie yang bersinergi akan menghasilkan produk dakwah yang jauh lebih besar daripada yang dilakukannya secara bersendirian. Dia tidak penat melakukan kerja-kerja dakwahnya secara berseorangan. Dia tidak mengulangi aktiviti dakwah yang telah pun dilakukan oleh pihak lain. Sebaliknya dia mencipta “pasarannya” sendiri. Dia tidak perlu menguasai segala bentuk kemahiran dan kepakaran, tetapi hanya perlu menumpukan perhatian kepada kepakarannya dan bersinergi dengan mereka yang mahir dan pakar dalam bidang-bidang lain.

Dalam membahaskan tentang perbezaan pendapat di kalangan ummah, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, dalam bukunya “fiqh Ikhtilaf” tidak mendahulukan tentang persoalan mazhab, perbezaan fatwa dan perkara lainnya, tetapi sebaliknya mendahulukan tentang kepelbagaian gerakan dakwah. Dalam mukaddimah buku itu, beliau melahirkan kesedihannya apabila melihat satu gerakan Islam menjalankan konspirasi bagi mencincang gerakan Islam lainnya.

Perkara ini juga ada berlaku di Malaysia. Terdapat gerakan-gerakan dakwah yang bersaing antara satu sama lain. Sehinggakan, mereka melakukan aktiviti yang sama di tempat yang sama. Lalu umat Islam dilihat sebagai sebuah pasukan bola sepak yang mana kesemua 11 orang pemain menjadi penyerang dan cuba menjaringkan gol dalam satu masa.



Ada juga jamaah yang mengaku diri mereka sebagai yang terbaik. Mereka cuba mengatakan jamaah mereka syumul, sedangkan syumul itu adalah sifat Islam dan tidak mungkin dimiliki oleh sebuah organisasi umat Islam. Mereka cuba mengatakan jamaah mereka “perfect” sedangkan tiada yang maasum kecuali Nabi SAW.

Bukankah lebih baik sekiranya mereka berlapang dada, terbuka dalam berbeza pendapat, "agree to disagree" dan bersinergi dalam perkara-perkara yang mereka sepakati? Dengan ini, mereka tidak merugikan masa dengan hanya bertarung sesama mereka tetapi sebaliknya cuba lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Mereka juga boleh memainkan peranan masing-masing yang menjadi kepakaran mereka, tanpa berlaku sebarang pertindihan yang merugikan masa, tenaga dan wang. Mereka boleh menjadi seperti sebuah pasukan bola sepak, yang mana sebahagian menjadi penyerang, pemain tengah, pemain pertahanan, sayap kiri dan kanan dan penjaga gol.


Oleh itu, da’ie yang efektif tidak bersaing antara satu sama lain, sebaliknya mereka bersinergi dan “memainkan posisi" masing-masing.

Dengan cara ini, mereka dapat mencetuskan aktiviti dakwah yang tersusun dalam masyarakat walaupun mereka tidak duduk di bawah satu organisasi yang sama. Apa yang penting, mesej dakwah dapat disampaikan dengan berkesan ke dalam masyarakat.


Sentiasa mengutamakan kesempurnaan dalam setiap kerja yang dilakukan


"Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan, kesempurnaan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih."
(Riwayat Muslim, 3/1548)

“Sesiapa yang dapat membunuh cicak dengan sekali pukul, maka ia akan mendapat ganjaran 100 kebaikan; dan sesiapa yang dengan dua kali (pukul), maka mendapat ganjaran yang kurang dan yang tiga kali (pukul), mendapat ganjaran yang sedikit lagi.”
(Hadis riwayat Muslim, Ahmad b. Hanbal, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah, daripada Abu Hurairah r.a., Sahih al-Jami’ as-Saghir no. 2460)

Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi SAW menyeru umatnya untuk melakukan sesuatu amal perbuatan itu dengan sempurna. Arahan ini bukanlah ke atas perkara-perkara besar semata-mata, tetapi termasuk juga dalam perkara-perkara kecil seperti membunuh cicak!


Dalam dakwah, ramai da’ie yang tidak melakukan kerja dengan sempurna dan professional. Apabila mengendalikan kes orang yang memeluk Islam, mereka suka memberat-beratkan. Apabila berdakwah, wajah mereka sangat masam, bengis dan kedekut untuk menyedekahkan senyuman. Bahasa yang digunakan juga kadang-kadang agak kasar dan adakalanya sukar difahami oleh non-muslim yang kurang mahir dalam bahasa melayu pasar.

Bukankah elok sekiranya mereka ini bersikap seperti staf-staf “customer service” di syarikat swasta? Mereka sentiasa menghadiahkan senyuman, menjaga penampilan diri agar senang diterima oleh pelanggan, bersikap terbuka, lemah-lembut, menggunakan bahasa yang baik dan tersusun, dan sentiasa berusaha untuk memudahkan dan menyelesaikan masalah pelanggan mereka.


Ramai juga da’ie yang suka membuat kerja sekerat jalan. Banyak dakwah yang dibuat tiada tindakan susulan. Muallaf yang baru memeluk Islam pula ramai yang terbiar. Mereka menganggap apabila seseorang itu memeluk Islam, segala-galanya telah berakhir. Sedangkan ketika itu cabaran baru bermula. Para muallaf biasanya menghadapi banyak cabaran dan tekanan. Mereka memerlukan banyak pertolongan samaada dari sudut emosi, fizikal, kewangan dan moral. Di sinilah di mana komitmen para da’ie benar-benar teruji. Ramai da’ie tidak sanggup melayan segala masalah mereka. Akhirnya, mereka terbiar sendirian.

Inilah yang sering dikatakan oleh Brother Lim Jooi Soon, “Orang Islam… lepas sales, takde service! Lepas orang masuk Islam, tak tau jaga…!”


Banyak lagi perkara yang boleh saya sentuh berkenaan isu ini. Ini termasuklah berkaitan dengan aktiviti, program, kelas, perancangan, pengurusan, kepimpinan dan sebagainya. Banyak badan-badan atau organisasi Islam yang gagal melaksanakan tugas-tugas mereka dengan sempurna.

Disebabkan ini, dakwah gagal sampai ke dalam masyarakat dengan berkesan dan sempurna.

Namun, saya tidak mahu mengulasnya dengan panjang lebar di sini. Cukuplah sekadar menyebutnya secara umum.


How effective da’ies become GWEAT da’ies?


Seperti disebutkan di awal penulisan ini, setiap orang mempunyai idea yang berbeza tentang ciri-ciri seorang GWEAT da’ie.

Tetapi bagi saya, saya melihat GWEAT da’ie itu dari sudut yang besar.

Ciri-ciri seorang effective da’ie mungkin hanya berkisar pada peringkat individu atau kumpulan kecil. Seorang GWEAT da’ie pula mempunyai ciri-ciri yang mampu mengarusperdanakan dakwah dalam scope yang lebih besar.

Seorang effective da’ie mungkin mampu mencipta “ripple” dalam masyarakat, tetapi GWEAT da’ie mencipta TSUNAMI DAKWAH.

Saya juga cuba membezakan di antara GWEAT da’ie dengan “GWEAT dakwah manager.” Ramai sahaja dalam masyarakat kita yang mengaku diri mereka sebagai da’ie, tetapi sebenarnya mereka hanyalah dakwah manager. Mereka tidak berdakwah, tetapi mereka hanya menguruskan program-program dakwah. Mereka mungkin mampu menguruskan bahkan memimpin sebuah organisasi dakwah dengan baik, tetapi mereka tidak mampu berdakwah. Oleh itu, saya tidak menggolongkan mereka sebagai da’ie, apatah lagi GWEAT da’ies.

Inilah antara beberapa perkara yang saya fikirkan sebelum saya menggariskan beberapa ciri yang perlu ada pada seorang GWEAT da’ie.

Berikut adalah ciri-ciri yang saya fikirkan setakat ini:


  1. Inspire orang lain menjadi da’ie yang sama sepertinya atau lebih hebat daripadanya
  2. Mampu melihat, berfikir dan berdakwah secara multi-dimensional



Inspire orang lain menjadi da’ie yang sama sepertinya atau lebih hebat daripadanya


Sheikh Ahmed Deedat merupakan seorang tokoh da’ie hebat suatu ketika masa dahulu. Beliau telah berjaya menundukkan ramai tokoh agama kristian di atas pentas-pentas debat serta menarik puluhan ribu orang ke arah memeluk Islam di seluruh dunia.

Beliau juga telah berjaya melahirkan ramai da’ie lain yang menjadi aktivis dakwah di serata dunia. Mereka ini lahir hasil inspirasi daripada beliau.

Antaranya adalah Dr. Zakir Naik. Walaupun Dr. Zakir Naik tidak pernah sempat menghadiri latihan dakwah Sheikh Ahmed Deedat, beliau telah berjaya menjadi seorang da’ie yang lebih hebat daripada Sheikh Ahmed Deedat.

Pada tahun 1994, Sheikh Ahmed Deedat menggelar beliau sebagai “Deedat Plus”. Beliau juga pernah berkata kepada Dr. Zakir Naik, "Son, what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish..”



Video ketika Dr. Zakir Naik menziarahi Sheikh Ahmed Deedat ketika terlantar di atas katil dan hilang kemampuan bertutur. Dalam video ini Sheikh Ahmed Deedat berkata kepada Dr. Zakir Naik dengan menggunakan isyarat mata, "Son, what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish..” Ini adalah petikan daripada video Dr. Zakir Naik yang bertajuk "How Deedat made me daaee"

Inilah hasil inspirasi daripada Sheikh Ahmed Deedat.

Pada 3 Mei 1996, Sheikh Ahmed Deedat telah diserang angin ahmar dan telah menjadi lumpuh dan hilang kemampuan bertutur.

Sekalipun begitu, dakwahnya masih tetap berjalan. Para daie hasil inspirasi beliau giat berdakwah dan melatih para da’ie baru di seluruh dunia.

Pada 8 Ogos 2005, beliau meninggal dunia. Namun, dakwahnya masih lagi hidup. Islam telah menjadi agama yang paling pantas berkembang di negaranya, iaitu Afrika Selatan. Para da’ie yang terhasil daripada inspirasi beliau telah menggerakkan dakwah di serata dunia termasuk di Malaysia sehingga ke hari ini.

Inilah da’ie yang hebat. Dakwahnya masih berjalan walaupun beliau tidak lagi ‘bekerja’!

RasuluLLah SAW. bersabda:

“Barang siapa yang bersunnah (memulakan suatu amalan) dalam Islam dengan sunnah yang baik, maka baginya pahalanya (amalannya itu) dan pahala orang yang mengikuti amalannya selepas itu, tanpa dikurangi pahala mereka walau sedikit pun.”
[Riwayat Muslim, Nasai, Tirmidzi dan Ibnu Majah. Yang dimaksudkan dengan “memulakan suatu amalan” itu bukanlah membuat suatu amalan atau ajaran atau ibadah baru dalam Islam, tetapi menghidupkan amalan yang sememangnya telah pun wujud dalam Islam, lalu orang lain mengikutinya selepas itu.]

GWEAT da’ies tidak semata-mata menjadi hero, tetapi menghasilkan lebih ramai heroes yang setanding atau lebih hebat daripadanya. Mereka sentiasa memastikan bahawa adanya pelapis yang bakal menyambung mata rantai dakwah mereka, walaupun adakalanya perkara ini hanya terhasil selepas kematian mereka.


Mampu melihat, berfikir dan berdakwah secara multi-dimensional


GWEAT da’ies tidak melihat dakwah hanya pada ceramah, forum, seminar, usrah, penulisan dan sebagainya semata-mata. Tetapi, dia juga mampu melihat dari sudut-sudut, aspek-aspek serta dimensi-dimensi yang berbeza.


Dia tidak melihat dakwah hanya dari sudut teknikal, tapi juga dari sudut conceptual. Dia tidak semata-mata berdakwah secara taktikal, tapi juga secara strategic. Dia tidak disempitkan fikirannya dengan perkara yang bersifat juz’i (sebahagian-sebahagian/partial) semata-mata tetapi juga berfikir dari sudut kulli (keseluruhan). Begitulah seterusnya dengan dimensi-dimensi lain.

Dengan pemikiran da’ie sebegini, dakwah akan sampai kepada masyarakat daripada pelbagai sudut, aspek dan dimensi. Dakwah juga akan menjadi lebih tajam dan precise. Sekatan-sekatan terhadap dakwah juga mampu ditangani dengan cukup berkesan.

Selain itu, serangan-serangan dan ancaman-ancaman terhadap Islam juga datang dari pelbagai dimensi . Ia bukan hanya bersifat serangan hujah dan pemikiran semata-mata. Sebagai contoh, banyak serangan yang dibuat secara “psy-war” atau “perception management” melalui propaganda-propaganda. Menangani isu ini dengan forum, ceramah, seminar, penulisan dan sebagainya sahaja tidak cukup untuk menangani impak serangan ini. Kita juga perlu mengatur bentuk “PROPER-ganda” yang sesuai dan terancang yang mengambil kira pelbagai sudut dan dimensi.


Kesimpulan


[Kesimpulan ini dibuat oleh makcik Shaabana]

Dakwah adalah tugas setiap Muslim. Kita perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang disebutkan di atas agar dapat menjadi dai’e yang efektif.

Dai’e bukan saja berperanan untuk menarik orang lain kembali mengamalkan agama dengan betul sahaja, tetapi dia juga perlu menjadi sumber inspirasi dalam melahirkan lebih ramai dai’e lagi. Inilah antara ciri dai’e yang hebat.

Semoga tugas dakwah ini akan sentiasa dirancakkan oleh dai'e-dai'e yang hebat.

WaLLahu a'alam.

Khamis, 18 Jun 2009

Camana nak explain pasal solat kat non-muslim?



Baru2 ni sy sempat menggeledah email2 sy yg lama. Byk juga email2 sy bkaitan dgn dakwah yg saya temui, termasuk ketika saya baru lagi menceburi bidang dakwah.

Rasa kelakar la plak bila baca balik tulisan2 sy masa 'muda2' dulu. tp mcmana pn sy rasa tulisan2 ini masih ada manfaatnya, walaupun sy telah jauh ber'evolusi' dari segi teknik, pendekatan, idea dan pemikiran dakwah saya.

Berikut adalah satu email saya kepada seorang penanya pada tahun 2004...


**************

Soalan:


Assalamualaikum.

Kat sini saya ada beberapa soalan daripada non muslim:

  1. Saya percaya pada tuhan saya dan awak percaya pada tuhan awak. Macam mana awak tahu yang tuhan awak tu wujud atau tidak?
  2. Islam percaya yang manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Tapi kenapa manusia yang baik dimasukkan ke dalam syurga? Sedangkan manusia itu sendiri adalah sebaik-baik ciptaan. Adakah syurga itu lebih baik penciptaannya daripada manusia?
  3. Camana nak explain pasal solat kat non-muslim?
Harap boleh membantu. Terima kasih.


Jawapan:


***soalan ini saya jawab dalam 2 email berbeza. Di sini saya hanya kopi pes email saya yang menjawab soalan no. 3.


Panjang ceritanya...


1) Dos and donts dalam Islam


Bila org tanya kita soalan ttg dos and donts (hukum-hakam), first sekali yg kita kena jelaskan adalah, Islam bukanlah agama dos and don'ts. Dos and don'ts dalam Islam ni sikit je.. yang lain semuanya harus.

Keduanya, kita kena jelaskan kat dia bhw Tuhan Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil. So, apa yg Allah suruh kita buat, mesti ada kebaikannnya pada kita walaupun kita x tau. Apa yang Tuhan suruh kita tinggalkan, mesti ada kemudaratannya pada kita walaupun kita x tau.

Sebagai contoh, seorang bapa yang PENYAYANG x akan benarkan anak dia main dengan api walaupun pada pandangan anak dia, main dgn api ni best sbb dia tak tau.. tp bapa dia lebih tau. Bapa tu jugak akan paksa anak dia pegi sekolah walaupun pada pandangan anak dia, main lagi best.. tapi bapa ni lebih tahu drp anak dia tadi.. tu sbb dia wat camtu.



Begitulah juga kita dgn Tuhan. Tuhan jauh lebih mengetahui drp kita. Tu sbb dlm persoalan hukum-hakam, org2 Islam blindly follow God's commandments.. sami'na wa atho'na (kami dengar dan kami taat).. walaupun kita x tau apa hikmah di sebalik kewajipan dan pengharaman tu.

Tetapi dalam perkara yang berkait dgn pegangan (aqidah) dan kepercayaan kita, kita memang memerlukan kepada pembuktian kerana kita tak percaya kpd blind faith.. In fact, di antara perkara yg membezakan di antara org Islam dgn agama2 lain adalah konsep Iman yg jelas. Iman bukanlah bermaksud kepercayaan semata2 ttp conviction (keyakinan). Bagaimana keyakinan ini dapat terbina tanpa pembuktian?

Bila kita dah tau bukti kesahihan pegangan kita, iaitu al-Quran, automatically segala2 yg diperintahkan dlm al-Quran tu adalah benar.

Sebagai contoh, dlm mana2 mahkamah, bila seorang saksi tu dipercayai dari sudut kesaksiannya, segala2 kenyataan dia adalah diterima.. dan apabila kesaksian seseorang saksi tu boleh kita pertikai, segala2 kenyataan dia boleh kita tolak..


2) Maksud solat


Sebenarnya solat itu bukanlah bermaksud prayer (doa) sptmana yg selalu diterjemahkan.. krn solat itu lebih lagi drp prayer.. Ada sbhg yg kata solat ini adalah programming.. sbb melalui solat yg betul, kita dpt programme diri kita ke arah righteousness.


3) Kita menerima guidance dalam solat


Di dalam solat, kita bukan semata-mata berdoa kepada Tuhan, ttp jugak menerima guidance drpNya. Sebagai contoh, dalam solat kita membaca sebahagian drp ayat2 al-Quran.. cth:

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang seluas langit dan bumi, yg disediakan bagi org2 yg bertaqwa. (Iaitu) mereka yg memberikan (infaq) harta mereka ketika senang dan ketika susah dan menahahan kemarahan mereka dan memaafkan sesama manusia; dan Tuhan mengasihi orang yang berbuat kebaikan."
(Ali Imran 3:133-134).

Apa yg akan berlaku pada masyarakat kita kalau semua org bersikap camni.. menolong org ketika sng dan susah, menahan marah, saling memafkan.. lebih baik atau sebaliknya?

Secara x langsung, melalui solat kita berdialog dgn Tuhan.. seolah2 kita bertanya kpd Tuhan: "God, what should I do? What did I do wrong? Please guide me.." Kita mendapat guidance melalui bacaan kita tadi.

Jadi, kita jugak boleh kata solat ini ibarat kita tengok map.

Katakan kita nak pergi ke suatu tempat yang kita tak pernah pergi sebelum ni. Adakah dgn melihat map sekali shj, kita boleh sampai terus ke tempat yg kita tuju? Tentulah tidak. So, kita mesti tgk map kita berulang2 kali supaya kita dapat check samaada jalan yg kita lalui itu betul ataupun tidak. Itulah sebabnya kita solat 5 kali sehari.. supaya kita dpt check dari semasa ke semasa samaada amalan dan cara hidup kita sehari2 betul membolehkan kita sampai kepada Tuhan atau tidak.

Tu sebab dlm al-Quran disebutkan:

"Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar."
(Ankabut 29:45.)

4) Mengingati Tuhan


Dalam surah Taha 20:14, ada disebutkan:

"..dan dirikanlah solat utk mengingati Aku."

Selalunya saya buat camni.. saya tanya dia (nonmuslim tu) soalan..

"Kalau saya bagi awak RM1 juta, apa perasaan awak?"

Jawapan yg mesti diberikan:"Mestilah suka!"

So saya tanya lagi, "apa yg awak akan buat lps tu bila setiap kali jumpa saya?"

Dia jawab, "Mestilah saya berterima kasih sangat2 kat awak."

Kali ni saya tanya dia lagi "kalau saya bagi RM 1 juta kat awak.. tapi dengan 1 syarat.. keluarkan kedua2 biji mata awak.. nak tak?"

Jawapan yg confirm diberikan, "mana boleh!"

Saya offer dia lagi, "Kalau saya tambah lagi jadi RM 2 juta camna?"

Jawapan dia mesti: "Tak boleh!"

So, saya reply balik, "Maknanya mata awak ni lebih bernilai drp RM 2 juta.. Siapa yang beri awak mata? siapa yg beri awak telinga? siapa yg beri awak mulut? siapa yang beri awak rezeki? siapa yg beri awak ilmu? siapa yg beri awak oksigen utk bernafas?"

Jawapan dia, "Tuhan."

Saya sambung lagi, "Kalaulah saya bg awak RM 1 juta tadi, awak dah nak terima kasih kat saya banyak2, ni kan pulak Tuhan yg berikan awak segala2 yg jauh lebih bernilai drp itu.. cukupkah dgn hanya 5 kali sehari kita ingat Dia.. sedangkan kita terima nikmat Tuhan yang x ternilai harganya tiap2 hari..?? sepatutnya x cukup.."




5) Kehidupan seharian muslim


Dalam kehidupan seharian seorang Muslim, celik2 mata je, dah solat.. ingat Tuhan.. kemudian dia terus bekerja cam biasa.. dan mungkin waktu tu dia dah melakukan macam2 perkara yg x baik.. so bila sampai je waktu tengahari, dia solat lagi.. kembali kepada Tuhan.. kemudian sesudah tu, dia kembali bekerja balik.. sampai je waktu petang, dia solat lagi.. pastu dia buat aktiviti petang.. sampai je matahari terbenam, dia solat lagi.. ingat Tuhan. kemudian last sekali waktu malam dia solat lagi. Jadi secara kesimpulannya, kehidupan seseorang muslim dalam sehari dipenuhi dengan mengingati Tuhan.. apa akan jadi kalau seseorang tu sentiasa ingat pd Tuhan?? Semakin baik atau jahat??

Therefore be patient with what they say, and celebrate (constantly) the praises of thy Lord, before the rising of the sun, and before its setting; yea, celebrate them for part of the hours of the night, and at the sides of the day: that thou mayest have (spiritual) joy.
[Taha 20:130]

Establish regular prayers - at the sun's decline till the darkness of the night, and the morning prayer and reading: for the prayer and reading in the morning carry their testimony.
[Isra' 17:78]


6) Part yang paling best dalam solat



Part yang paling best sekali dalam solat adalah sujud.. iaitu meletakkan bahagian anggota badan yang paling tinggi sekali iaitu kepala ke atas lantai. Sujud disebut sebanyak 92 kali dalam al-Quran. Antaranya:

"O Mary! worship Thy Lord devoutly: Prostrate thyself, and bow down (in prayer) with those who bow down."
[Ali Imran 3:43]

O ye who believe! bow down, prostrate yourselves, and adore your Lord; and do good; that ye may prosper.
[Hajj 22:77]

Menurut ahli psikologi, to humble your mind, you have to humble your body. Dan cara yg terbaik utk humble kita punya body adalah dgn sujud.

So, dalam Islam, x kira awak siapa.. raja, hamba, kaya, miskin, hitam, putih, melayu, cina, india, arab, orang asli, iban, jepun, kadazan..?? di hadapan Tuhan, kita semua sama.. kepala di atas lantai.. merendah diri kepadaNya.


7) Solat jamaah



Dalam Islam jugak, kita digalakkan utk menunaikan solat secara berjamaah.

Dalam sebuah hadis dlm sahih bukhari 1:75:692 ada menyebutkan bahawa para sahabat apabila mereka bersolat jamaah, mereka merapatkan di antara bahu dengan bahu, kaki dengan kaki mereka.

Dalam Abu Dawood 1:245:666, Nabi menyuruh agar para sahabat merapatkan bahu-bahu mereka kerana dikhuatiri syaitan akan lalu di celah2 mereka.

Apa yang dimaksudkan oleh Nabi berkaitan dengan syaitan ini mungkin bukanlah syaitan secara literal, tp bermaksud jurang2 seperti kekastaan, perkauman dan sebagainya.

Dalam solat jamaah, x kira siapa.. raja, hamba, kaya, miskin, hitam, putih, x kira apa bangsa sekalipun.. kita semua sama.. rapatkan bahu ke bahu, kaki ke kaki.. inilah dia universal brotherhood dalam Islam.

Saya rasa cukup kot.. stkt ni.. penatnya menaip.. lain kalilah kalau terlintas idea nak tambah lagi..

Harap menjawab soalan tu..

meow!

************

**saya rasa sbhg points saya di atas saya dah x guna dah masa saya handle kes2 reverts dan kes2 nonmuslims yg nk tau pasal Islam. tp stil bleh dipakai. mungkin sbb skrg sy lebih suka jwpn yg lebih simple tp efektif.

purrr...

Khamis, 4 Jun 2009

doa yg sunnah yg jarang diketahui



Kita telah biasa mendengar pelbagai doa yang dibacakan oleh para Imam, penceramah, ustaz dsb. Doa-doa ini ada yang diambil daripada al-Quran, daripada as-Sunnah dan juga daripada karangan ulama', Imam atau individu-individu lain. 

Doa-doa daripada al-Quran adalah doa-doa yang
diajar sendiri oleh Allah SWT. dan juga doa-doa orang yang soleh terdahulu yang dirakamkan di dalam al-Quran. 

Doa-doa daripada as-Sunnah pula adalah doa-doa yang diajarkan oleh RasuluLLah SAW - manusia yang paling mengenali Allah dan paling mengetahui apakah yang sepatutnya diminta oleh umatnya.

Manakala doa-doa lain adalah karangan individu-individu yang tidak ma'sum. Itulah sebabnya sebahagian daripada doa-doa tersebut menerima kritikan daripada ulama' lainnya kerana terdapat kandungan doa itu yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada salahnya mengamalkan doa-doa yang bukan daripada al-Quran dan as-Sunnah, dengan syarat kandungannya
tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, ia juga boleh diamalkan selagimana ia tidak dikhususkan pada waktu-waktu tertentu atau ibadah-ibadah tertentu.

Namun, adalah lebih baik kita menumpukan perhatian kepada doa-doa yang sunnah (yang diajarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah). Doa-doa ini terlalu banyak untuk kita amalkan sehingga kita dapat merasakan seperti kita tidak sempat lagi mencari doa-doa lain. 

Selain itu, kita khuatir sekiranya kita lebih banyak menumpukan kepada doa-doa yang tidak sunnah, secara tidak langsung kita
"mematikan" doa-doa yang sunnah. 

Berikut adalah contoh doa yang indah daripada as-Sunnah yang jarang diketahui oleh masyarakat kita. Doa ini disunnahkan untuk dibaca selepas tasyahud akhir, sebelum salam..


"Ya Allah, dengan ilmuMu atas yang ghaib 
dan dengan kekuasaanMu atas seluruh makhluk, 

panjangkanlah hidupku apabila Engkau mengetahui 
bahwa kehidupan selanjutnya lebih baik bagiku. 

Dan matikan aku dengan segera, 
bila Engkau mengetahui bahwa kematian lebih baik bagiku. 

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu agar 
aku takut kepadaMu 
dalam keadaan sembunyi (sepi) atau dipersaksikan (orang ramai). 

Aku mohon kepadaMu, 
agar dapat berpegang dengan kalimat hak 
di waktu redha atau marah. 

Aku minta kepadaMu, 
agar aku dapat melaksanakan kesederhanaan 
dalam keadaan kaya atau fakir, 

aku mohon kepadaMu agar diberi nikmat 
yang tidak habis dan 

aku minta kepadaMu, 
agar diberi penyejuk mata yang tak putus. 

Aku mohon kepadaMu agar aku dapat redha 
setelah qadhaMu (turun pada kehidupanku). 

Aku mohon kepadaMu kehidupan 
yang menyenangkan setelah aku meninggal dunia. 

Aku mohon kepadaMu 
kenikmatan memandang wajahMu (di Surga), 
rindu bertemu denganMu 
tanpa penderitaan yang membahayakan 
dan fitnah yang menyesatkan. 

Ya Allah, hiasilah kami dengan keimanan 
dan jadikanlah ia bagi kami 
sebagai penunjuk jalan (lurus) 
yang memperoleh bimbingan dariMu."

[Hadis Riwayat An-Nasai 3/54-55 dan Ahmad 4/364. Dinyatakan "shahih" oleh Al-Albani dalam Shahih An-Nasai 1/281.]

Selasa, 2 Jun 2009

chin peng, komunisme dan kUCING


Bila media sibuk bcakap ttg komunis, saya tewingat ungkapan 1 pemimpin tkemuka Parti Komunis China yang bernama Deng Xiaoping...

"buguan baimao heimao, zhuazhao laoshu jiushi haomao"

maksudnya:

"tak kisah la kucing putih or kucing hitam.. asalkan dia tangkap tikus punya kucing.. dia bagus punya kucing.." 
[first time dgr ungkapan ni drp seowang cina. so, camni la cara dia twanslate.. :p]

dlm english:

"It doesn't matter whether it is white cat or black cat, it's a good cat so long as it catches mice."

Kata2 ini sgt terkenal dan telah membawa reformasi besar dalam ekonomi negara China suatu ketika masa dahulu.. yg mana ia telah membawa China, sebuah negara ideologi komunis boleh membuka pintu kepada polisi2 yg lebih bersifat kapitalis.


***[tiada kaitan dgn chin peng..]***


isu cadangan membawa pulang Chin Peng yang merupakan pemimpin parti komunis malaya suatu ketika masa dahulu telah menjadi diskusi hangat di kesemua media tempatan. Ada pihak yang bersetuju dia dibawa pulang dan ada pula pihak yang menentang habis2an.

tp saya tertarik dgn cadangan bks mufti perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dlm kenyataannya bertajuk, "Bawa Pulang Chin Peng Jika Ada Ruang Dia Dibicara."

berikut adlh kopi pes drp blog beliau:

"Saya fikir jika sokongan membawa pulang Chin Peng ini dibuat dalam keadaan masyarakat kita rasional dan tiada emosi politik, tentu semua pihak terutama umat Islam akan sensitif.
Perjuangan komunis bukan sahaja belot kepada negara, bagi orang Islam ia adalah perjuangan menentang Tuhan secara terbuka. Dalam konteks negara kita, komunisme tidak sama dengan nasionalisme, komunisme jauh lebih buruk dari segi inti kandungan ajaran dan sejarahnya. Dunia menyaksikan keburukan ideologi tersebut dan hitamnya sejarah perjuangan mereka.

Dari segi falsafah, semua ideologi cuba dihiasi dengan bahasa-bahasa indah, termasuk komunisme. Tetapi sejarah membuktikan kekejaman komunis dan kerakusan mereka di seluruh dunia. Memang sebahagian keburukan komunis itu kadang-kala ditokok tambah oleh Perang Dingin Amerika-Soviet dulu, namun realiti juga sukar menafikan hal tersebut.

Di negara kita, komunis telah mengorbankan rakyat, khususnya umat Islam. Bukti kekejaman mereka bukan sahaja kita baca melalui sejarah, tetapi juga melalui ‘bukti hidup’ yang masih wujud. Pendapat saya; boleh membawa pulang Chin Peng tetapi dengan syarat ada peruntukan untuk jenayahnya dibicarakan. Supaya kita membuka semula sejarah dan memberitahu rakyat siapakah yang mempertahankan negara, siapakah yang mengancamnya dan bayangkan jika perjuangan komunis itu berjaya, apa yang terjadi kepada kita sekarang?"

hmmm.. nmpk cam best...

tp pwoblemnya.. mahukah chin peng balik kalau dia tau yang dia dbawa pulang utk dbicawakan??