CAT-tegories:

Ahad, 21 Disember 2008

membuktikan kewujudan Tuhan dengan penampar??


Saya pernah cuba menimbulkan perbincangan di beberapa buah forum online tentang bukti kewujudan Tuhan.

Ramai di kalangan ahli-ahli forum tersebut yang mengemukakan kisah seorang ulama' yang 'membuktikan' kewujudan Tuhan dengan menampar orang yang bertanya.

Kisahnya lebih kurang begini....


Seorang lelaki datang bertemu dengan seorang ulama', lalu bertanya 3 soalan. salah satu soalan itu adalah.. "Kita tidak dapat melihat Tuhan, bagaimana kita tahu Tuhan itu wujud?"

Ulama' itu terus menampar muka lelaki itu. Kemudian ulama' itu bertanya, "Kamu rasa sakit tak?"

"Sakit," jawab lelaki itu.

"Kamu nampak tak sakit tu?"

"tak.."

"Begitu juga dengan Tuhan, kita tak nampak Tuhan, tapi Dia wujud..."



Begitulah lebih kurang ceritanya.


kisah ini kelihatan seperti logik. Namun, pd pandangan saya, ada beberapa kekurangannya...


1) Saya tidak pasti sejauh mana kesahihan kisah ini. Adakah ia benar-benar berlaku atau hanyalah suatu cerita rekaan semata-mata?

2) Memberikan jawapan dengan penampar bukanlah suatu hikmah dalam berdakwah. sekiranya kita melihat kisah ini dari perspektif non-muslim, mungkin kisah ini akan menimbulkan suatu bentuk persepsi negatif terhadap Islam. tambahan pula, kisah ini dikaitkan dengan suatu watak yang membawa title 'ulama''.

3) Sebahagian drp hujah ini benar, iaitu sesuatu yang tidak dapat dilihat tidak semestinya tidak wujud. Namun, ada kelemahan dari bahagian yang lain. Kelemahan inilah yang ingin saya sentuh..


Dalam kisah ini, lelaki itu ditanya, "kamu nampak tak sakit tu?"

Hujah ini kelihatan logik. tapi ramai orang terlepas pandang.. mata adalah deria penglihatan, bukan deria merasai kesakitan..

Hujah ini boleh dipatahkan dengan mudah.. lelaki itu hanya perlu menjawab..

"Saya tidak dapat melihat kesakitan, tapi kulit di muka saya dapat merasai kesakitan itu. tapi bolehkah Tuhan dirasai dengan deria sentuh pada kulit saya??"

Tidak! Deria sentuh pada kulit kita tidak dapat mengesan/merasai Tuhan...

Katakan kita pergi ke sebuah tempat. Di tempat itu kita terhidu bau bunga ros. Kita tidak dapat melihat bunga ros itu, tapi kita tahu bahawa di situ ada bunga ros. Ini kerana deria bau pada hidung kita dapat menghidu bau bunga ros.

Namun, bolehkah deria bau pada hidung kita mengesan/menghidu Tuhan?

Tidak!



Begitulah juga dengan deria2 kita yang lain..

Deria pendengaran pada telinga kita tidak dapat mendengar Tuhan...



Deria rasa pada lidah kita tidak dapat merasai Tuhan...




Ini kerana, kelima-lima deria kita tidak dapat mengesan/perceive Tuhan. Malah, kesemua bentuk deria atau sensor yang ada di alam semesta tidak dapat perceive Tuhan.

Dia tidak dapat dicapai oleh (segala bentuk) penglihatan, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”
[al-An’am 6:103]

Tapi, ini tidaklah bermakna Dia tidak wujud.

Katakan kita ambil ular sebagai contoh. Ular tidak mempunyai deria pendengaran. Mungkin bagi ular, 'bunyi' tidak mempunyai apa-apa makna dalam hidupnya. Tapi adakah ini bermakna bunyi tidak wujud?



Begitu juga dengan kelawar. Ia tidak mempunyai deria penglihatan. Mungkin perkataan 'warna' tidak membawa apa-apa erti baginya. Namun, adakah ini bermakna warna tidak wujud?




Walaupun deria tidak dapat mengesan sesuatu, ia tidaklah membuktikan bahawa sesuatu itu tidak wujud.

Ia hanyalah disebabkan oleh keterbatasan pada diri makhluk itu sendiri.

Dalam berinteraksi dengan isu kewujudan Tuhan ini, kita juga perlu mengelakkan daripada argumen yang biasa digunakan oleh orang-orang Kristian dan sebahagian orang-orang Islam..

"You can't prove that God doesn't exist. Therefore, God exists.."

Hujah ini mungkin diterima oleh sebahagian orang. Tapi bagi mereka yang berfikir secara saintifik, mereka menolak hujah ini.

Oleh itu, kewujudan Tuhan perlulah dibuktikan kepada mereka.

Saya telah pun menjelaskan tentang perkara ini dalam blog saya yang dahulu.

WaLLahu a'alam.

8 ulasan:

  1. Maaf klau saya mencelah...saya pernah dgr cerita ttg pertanyaan seorang lelaki ttg kewujudan Tuhan yg Esa...dan jawapan yg dijwb oleh ulama itu mmg dgn menampar...tetapi setahu saya lelaki tersebut telah bertanyakan 3 soalan kpd Ulama tersebut...
    Dan jawapan dari ulama tersebut hanya dengan 1 penampar utk menjwb 3 soalan lelaki itu...wassalam...

    BalasPadam
  2. ye, betul...


    itulah yg sy katakan..


    "Seorang lelaki datang bertemu dengan seorang ulama', lalu bertanya 3 soalan. salah satu soalan itu adalah.. "Kita tidak dapat melihat Tuhan, bagaimana kita tahu Tuhan itu wujud?""

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Kita tidak dapat melihat Tuhan, bagaimana kita tahu Tuhan itu wujud?"
      sebab tu la ulama tu bagi penampar dekat lelaki itu," Kita tidak dapat melihat sakit, tapi kita tahu kewujudan sakit dengan merasakannya pada kulit"

      Begitu juga dengan tuhan, kita tidak dapat melihat tuhan tapi kita dapat merasakan kewujudan tuhan dengan akal dan hati.

      Kenapa lelaki itu tidak menanyakan semula soalan "Saya tidak dapat melihat kesakitan, tapi kulit di muka saya dapat merasai kesakitan itu. tapi bolehkah Tuhan dirasai dengan deria sentuh pada kulit saya??"
      Ini kerana dengan penampar ulama itu telah menyedarkan lelaki itu untuk menggunakan akal dan hatinya untuk mengakui kewujudan tuhan.

      Cuma orang yang tidak mempunyai akal dan hati saja akan menanyakan semula soalan sedemikian kepada ulama tu.


      Padam
    2. sangat setuju dengan jawapan ni... kewujudan allah boleh dibuktikan dengan penciptaannya.. seperti langit dan bumi... manusia.. gunung .. yang susah sangat nak faham napa.. atau buat2 tak paham? ko ada otak.. ada hati... guna la... yang ko bagi contoh tu lihat makhluk .. memang la guna mata ,,, telinga .. rasa .. hidung ..tapi nak lihat allah .. guna akal dan hati... pi belajar kitab..,,
      "Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi serta pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memiliki akal." (QS. Ali Imran:190).

      Padam
  3. tiada yang sama di dunia ini dan i alam lain dengan zat allah..
    allah maha aggung.. dia la satu
    hanya iman, ketakwaan, ilmu bole memperkukuhkan kepercayaan manusia kepada allah

    BalasPadam
  4. Alquran kan bukti paling nyata..kajilah..dah terang2 mukjizat nabi paling nyata hingga akhir zaman..
    tq

    BalasPadam
  5. ramai ada pendapat masing2, sebab cerita ni saya byk kali dgar, tapi byk versi, ada kata org yahudi menyamar jadi org islam dan bertanya kepada seorang abid. ada yang ckap yang menjawab itu imam, dan ada yang menjawab itu seorang ulama'. Jika cerita ini tak benar sekalipun, kita masih boleh ambil pengajaran.Hujah tuan rumah sangat berguna kepada orang yang menolak kewujudan Tuhan dan hanya berpandukan Sains semata2. Trima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  6. yg ak pnh tau..org yg tye tu ckp,btul ke Tuhan wujud? knp kte x nmpk Tuhan dan untung la setan masuk api neraka sbb setan dr api dan die xkn rasa sakit. lps tu org yg tampar tu ckp..ko tau x yg ak akn tampar ko? kulit ko dgn kulit ak bertemu sakit x? ko nmpk x sakit tu?

    BalasPadam