CAT-tegories:

Jumaat, 25 September 2009

islam degwades women??



Islam Degrades Women?

Think Again!

2/3rds of those who become Muslims in the so-called
most liberated countries in the world
are women!


“Oppression is cultural, it is not Islamic.
The Quran makes it crystal clear that women are equal.

“How liberating is it to be judged for your mind
and NOT the
size of your bust or
length of your legs.”

Aren’t we proud to be Muslims?

design by Sabau

7 ulasan:

  1. salam miaww ... haku x wish enko selamat raya lagik. selamat raya yerr mahap zahir ((batin ader kew?? hohohoho sesuatuh ...))


    Me?? Proud to be a muslim ~

    BalasPadam
  2. 1. Zaman Fir'aun.
    Wanita di zaman Fir'aun berbeza masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang lain. Di zaman
    ini mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan kadang kala mereka terima
    melebihi lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno anggap kaum wanita lebih sempurna dari
    kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut – memerintah Mesir selama 22 tahun. Di kalangan raja
    dan pembesar pula, mereka mengamalkan poligami tetapi tidak mengamalkan pemberian hak
    yang sama pada isteri-isteri mereka. Ini merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita.
    2. Zaman Yunani.
    Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita. Wanita seperti barang perhiasan
    yang boleh dijual beli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah jelmaan syaitan yang jahat dan
    kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya ke atas isteri.
    3. Zaman Romawi.
    Zaman ini lebih teruk dari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu undang-undang
    menyatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu wanita tidak dibangkitkan di
    hari akhirat. Selain dari itu, kaum wanita dilarang makan daging, ketawa malah kadang kala
    dilarang berbicara. Pada mulut wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara. Kekejaman
    mereka melebihi batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada suami untuk membunuh
    isteri. Undang-undang ini diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan
    menyerahkan isteri kepada orang lain.
    4. Negeri China.
    Pada zaman dahulu hingga abad ke-15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan bersama suami
    yang mati, malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini juga dipakai oleh bangsa
    Skandinavia pada abad-abad pertengahan.
    5. Negeri India.
    Pada pertengahan abad ke-20, janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum Tuda, pengantin
    perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara ini berakhir setelah suami
    meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita.
    6. Farsi.
    Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat hina. Wanita dianggap sebagai pangkal
    kejahatan dan kemurkaan dewa.
    Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada masa dua abad
    sebelum Islam, di Perancis, sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah wanita itu haiwan
    atau syaitan? Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah berjaya menyelamatkan
    kaum wanita dari kezaliman.

    proud to be muslim ~
    Alhamdulillah :'-)

    BalasPadam
  3. to The Hobbit Frodo:

    slmata hawi waya. taqabbalaLLahu minna wa minkum.

    to lillah:

    ni bleh wat 19 posters nih.... :p

    BalasPadam
  4. Islam mengangkat martabat wanita sebagai satu ciptaan yang istimewa dan berharga. Peranan wanita dalam keluarga dianggap sebagai tunjang dan aset paling berharga adalah wanita solehah.
    So dari segala aspek, wanita adalah setaraf dengan lelaki cuma apabila dia telah bersuami maka ketaatan itu jatuh 100% pada suami selagi suami tidak menyuruh kepada kemungkaran.
    Tapi sekarang walaupun wanita nampak mendahului lelaki dalam banyak perkara, peranan lelaki itu disifatkan lebih penting. Namun mengapa sesetengah lelaki tidak mengambil amanah ini sebagai pembimbing golongan wanita. Mengapa wanita dibiarkan mengharung gelora tanpa pimpinan sewajarnya???

    BalasPadam
  5. ramai org yg mempersoalkan ttg keadilan Islam thdp wanita (dan juga lelaki) sbnrnya gagal utk melihat sistem Islam secara keseluruhan. mereka lebih melihat sistem itu secara partial, not as a whole.

    mereka hanya lihat pd ketidaksamarataan hak bg lelaki dan wanita dlm Islam. mereka hanya lihat isu pewarisan harta, poligami, hijab etc. tp tidak melihat pd isu2 lain sekali.

    dlm Islam, adil x bmksud samarata. dlm Islam, wanita ada hak yg mrk dpt yg lelaki x dpt. dlm masa yg sama, ada hak yg lelaki x dpt tetapi wanita dpt. di sinilah tletaknya keindahan Islam. Keadilan adlh berdasarkan kebijaksanaan, bkn kesamarataan. meletakkan sstu kena pd tmptnya.

    keadilan Islam juga tidak boleh dinilai dgn apa yg dlakukan oleh org Islam, tp perlu dinilai bdasarkn apa yg dtentukan oleh nas al-Quran & as-Sunnah yg sahih.

    oleh demikian, apabila kita terangkan ttg isu ini kpd nonmuslims, kita perlu membawa mereka kpd apa yg terkandung dlm nas. Bg muslims pula, kita perlu membawa mereka utk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

    Ramai org cenderung utk 'ghuluw' (ekstrim). klu mereka x ekstrim ke sblh kiri, mereka ekstrim ke sblh kanan. begitulah sebaliknya. apabila blaku penindasan thdp wanita, wujud gerakan feminism yg ekstrim dlm perjuangan 'membebaskan' wanita.

    mereka x memperjuangkan keadilan, tapi memperjuangkan kesamarataan. lebih aneh lg, mereka menjadikan lelaki sbg kayu ukur. apa yg lelaki buat, mereka juga nak buat. dgn cara ini, wanita tidak akan maju. kerana kayu ukur mereka salah!

    sedangkan Islam sentiasa membawa jalan pertengahan. jalan inilah yg adil dan praktikal. lelaki ada kayu ukurnya sendiri, dan perempuan ada kayu ukurnya sendiri.

    Inilah yg seharusnya diterangkan kepada masyarakat. pada hari ini, masyarakat seolah2 x jelas dengan kayu ukur ini. lelaki x menjalankan tanggungjawab mereka sbg lelaki dan wanita x menjalankan tanggungjawab mereka sbg wanita.

    penyelesaiannya hanya 1.... mereka perlu didekatkan kembali kpd as-Sunnah....

    BalasPadam
  6. to mila...
    rasanya pebimbing yg mila maksudkan ialah lelaki berstatus suami..

    Q :mengapa sesetengah lelaki tidak mengambil amanah ini sebagai pembimbing golongan wanita.

    A :lelaki yg baik ilh lelaki yg mengambil amanah ini bila mereka dah bersedia.. mungkin mereka yg tak ambil amanah ni masih dalm proses persediaan.. persediaan bukan sekadar melengkapkn diri dgn ilmu ttp juga mencari calon yg diyakini dpt membimbing keluarga bersama2.. pencarian seorg lelaki bukan sekadar mencari isteri utk dibimbing.. ttp mencari seorang isteri yg mampu membimbing anak2 lelaki tadi..

    Q :Mengapa wanita dibiarkan mengharung gelora tanpa pimpinan sewajarnya???

    A :wanita tidak boleh mengharapkn bimbingan & perlindungan sentiasa.. wanita x dicipta utk dipimpin shj.. wanita ada amanah utk memimpin org lain.. sbb tu wanita bertanggungjwb utk memantapkn diri sendiri dlm menempuh gelora hidup & bersedia menjd pemimpin kpd anak2 & masyrkt..

    "Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.

    Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya.

    Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya."
    (Hadis sahih Al-Bukhari)

    harap menjawab persoalan.. :)

    BalasPadam