CAT-tegories:

Jumaat, 13 Mac 2009

penggunaan perkataan Allah oleh non-muslim



Setelah lebih setahun isu ini ditimbulkan, baru-baru ini isu ini menjadi hangat sekali lagi.  Sebenarnya pada hujung tahun 2006 lagi saya telah pun mengulas dengan agak panjang berkenaan isu ini.

Malah, pada ketika itu saya mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan majority masyarakat muslim di Malaysia.  Saya berpendapat kita tidak perlu membuat larangan penggunaan perkataan ‘Allah’ ke atas non-muslim.  Pandangan saya ini mengundang perdebatan yang hangat di forum abumeow@yahoogroups. Ia memakan masa hampir sebulan! (Sila rujuk di sini) 

Namun pada hari ini saya dapat lihat banyak pihak juga yang telah mula mengeluarkan pendapat yang hampir sama dengan pendapat saya sebelum ini.  

Di sini saya tidak lagi mahu mengulas panjang berkenaan isu ini. Cuma, saya ingin mengutarakan beberapa perkara pokok yang seharusnya diberi perhatian bagi menjelaskan kefahaman kita dalam melihat isu ini.


1. Aspek hukum


Dari segi hukum, jelas sekali Islam tidak melarang penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh golongan non-muslim. Ini dapat di lihat dalam dalil-dalil berikut:
 
“Dan jika kamu bertanya kepada mereka tentang siapakah yang telah menciptakan langit, bumi, serta menundukkan matahari dan bulan pasti mereka akan menjawab, “Allah.”” 
(al-Ankanbut 61)
 
“Katakanlah, “Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi, siapakah yang mampu (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, siapakah yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?”  Mereka akan menjawab, “Allah.”  Katakanlah, “Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya).”” 
(Yunus 31)
 
Ini menunjukkan bahawa kaum musyrikin makkah telah pun menggunakan perkataan ‘Allah’. Tetapi misi RasuluLLah bukanlah untuk melarang mereka menggunakan perkataan ‘Allah’ ini, tetapi untuk membawa mereka kepada Tauhid.  

“Dan sesungguhnya Kami telah mengurus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thoghut.”” 
(an-Nahl 16:36)
 
Itulah sebabnya kita tidak dapat menemui apa-apa larangan daripada Rasul SAW bagi orang-orang musyrik menggunakannya.
 
Al-Quran juga menerangkan bahawa orang-orang Kristian pada zaman Nabi Muhammad SAW. juga menyembah Allah.


 
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.” 
(an-Nisa’ 4:171)
 
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu." Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” 
(Al-Maidah 5:72)
 
“Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."” 
(Ali Imran 3:64)
 
Tetapi sekali lagi kita lihat tiada larangan ke atas mereka untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ namun sebaliknya Nabi SAW menyeru mereka kepada tauhid.
 
Di sini juga dapat dilihat bahawa mereka tidak mentauhidkan Allah, iaitu dengan menyembah tuhan-tuhan ciptaan mereka serta memberikan sifat-sifat yang tidak sepatutnya dan selayaknya bagi Allah.  

Ini sekaligus menolak pandangan pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa non-muslim dilarang untuk menggunakan perkataan Allah kerana mereka melakukan syirik dengan menyembah tuhan-tuhan selain Allah serta memberikan sifat-sifat yang tidak selayaknya bagiNya.



Maka jelaslah bahawa menurut Islam tiada larangan bagi bukan Islam daripada menggunakan perkataan ‘Allah.’
 
Ketua Pengarah JAKIM telah memberi kenyataan dalam media bahawa kitab-kitab orang kristian tidak pernah menggunakan nama Allah di mana-mana negara di seluruh dunia.

Kenyataan ini tidak benar.  

Orang-orang arab kristian telah lama menggunakan nama ‘Allah’.  Bible arab juga menggunakan perkataan ‘Allah’.  Malah, jika dibuka muka surat pertama daripada Bible Bahasa Arab pada Book of Genesis, chapter 1, terdapat 17 perkataan 'Allah'!  Ini baru muka surat pertama!


Sebahagian daripada muka surat pertama Bible dalam Bahasa Arab.

Perkara ini digunakan sebagai ‘selling point’ oleh seorang pendakwah terkenal, iaitu Sheikh Fadel Soliman bagi menarik golongan non-muslim di barat untuk menerima Islam.



Sheikh Fadel Soliman menggunakan perkataan 'Allah' dalam Bible 
sebagai 'selling point' dalam dakwahnya.


Petikan dokumentari "The Fog is Lifting" yang menunjukkan perkataan 'Allah' 
muncul sebanyak 17 kali di muka surat pertama Bible dalam Bahasa Arab.

2. Kemaslahatan umat Islam


Perkara yang menjadi persoalan sekarang adalah samaada jika dibenarkan pihak non-muslim menggunakan perkataan Allah dalam Bible dan penulisan mereka yang lain, ia boleh mengancam akidah umat Islam atau tidak.

Jadi di sinilah timbulnya isu samaada wajar diteruskan larangan itu atau tidak.  Maka isu ini bukanlah isu hukum tetapi sebaliknya adalah isu menjaga kemaslahatan umat Islam. 

Banyak pihak yang bimbang bahawa terdapatnya agenda tersembunyi pihak Kristian di sebalik tuntutan mereka ini.  Ramai juga yang khuatir ia akan membawa kekeliruan terhadap umat Islam seterusnya menjejaskan akidah mereka.

Namun, semasa awal isu ini timbul, iaitu sekitar Disember 2006, saya memberikan reaksi yang berbeza.  Saya lebih melihat isu ini dari perspektif dakwah.   Lalu saya berpendapat bahawa non-muslim perlu dibenarkan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’.

Saya tidak berniat mengulas panjang di sini.  Sesiapa yang berminat, bolehlah membacanya di forum abumeow@yahoogroups yang dikendalikan oleh rakan-rakan saya. Sila klik di sini untuk membaca perbahasan tersebut.

Bagi saya, kalaupun pandangan saya tidak tepat, sekurang-kurangnya saya telah pun membuka mata masyarakat untuk melihat isu ini dari perspektif yang berbeza.


3. Pemerkasaan akidah vs penguatkuasaan undang-undang



Saya juga telah menyebutkan tentang kepentingan pemerkasaan akidah berbanding undang-undang.  Alhamdulillah, baru-baru ini bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin  juga ada menulis perkara yang sama dalam artikel beliau.

Ramai orang berpendapat bahawa sekiranya diadakan hukuman bunuh ke atas mereka yang murtad, kita akan dapat membendung gejala ini.  Mungkin ia benar.  Tetapi kita jangan lupa bahawa mereka boleh murtad secara senyap-senyap.  Mereka juga boleh murtad di luar negara.

Begitu juga halnya dalam isu ini. Kita boleh menghalang mereka daripada menggunakan perkataan 'Allah'.  Namun, itu tidak bermakna ia boleh menghilangkan ancaman terhadap akidah umat Islam.

Itulah sebabnya kita perlu melihat Islam secara keseluruhan, bukan hanya sebahagian-sebahagian.  Undang-undang bukanlah segala-galanya.  Kita perlu ingat bahawa Islam juga merangkumi aspek-aspek lain yang tidak boleh kita abaikan.  

Selain itu, kita juga harus bijak menilai keutamaan atau awlawiyaat dalam perkara ini.

Ramai orang melihat undang-undang merupakan perkara yang lebih besar atau utama daripada pemerkasaan akidah.  Ini kerana undang-undang dilaksanakan di peringkat negara manakala akidah pula adalah di peringkat individu.

Akan tetapi, akidah adalah asas (foundation) kepada umat Islam.  Oleh demikian, akidah adalah perkara yang lebih utama. Apalah gunanya sebuah bangunan yang besar, tinggi dan tersergam indah kalau asasnya lemah.  Bangunan tersebut boleh runtuh pada bila-bila masa.



Itulah sebabnya kita tidak dapat menemui mana-mana kitab yang ditulis oleh para ulama’ Islam yang memulai perbahasan mereka dengan topic undang-undang melainkan kitab yang dikhususkan untuk membahaskan tentang topic tersebut. Kebanyakannya bermula dengan kitab/bab ilmu atau iman.  Kitab-kitab fiqh pula biasanya dimulai dengan bab Thaharah (bersuci) yang menjadi syarat bagi solat, dan bukan persoalan hudud.  Ini kerana solat adalah salah satu daripada rukun Islam, manakala bab undang-undang tidak terkandung dalam rukun Islam mahupun rukun iman.

Oleh demikian, kita hendaklah mengutamakan persoalan akidah TANPA memandang remeh terhadap isu undang-undang. 

Tetapi malangnya tumpuan masyarakat lebih kepada melindungi akidah umat Islam dengan perlindungan undang-undang dan bukannya dengan pemerkasaan akidah.  Inilah seharusnya menjadi perkara yang patut kita bimbang.

Penyelesaian yang didapati daripada undang-undang adalah bersifat sementara (temporary) manakala kekuatan akidah adalah merupakan kubu pertahanan yang kekal.  Dalam merawat sesuatu penyakit, kita seharusnya ‘address’ punca (cause) penyakit tersebut dan bukanlah symptom.

Insha Allah, di masa akan datang saya akan menyentuh lebih lanjut tentang kelemahan pengajian akidah di Malaysia.

WaLLahu a’alam.

Jumaat, 27 Februari 2009

Cat Stevens: On the Road to Find Out



After recovery from TB, Cat Stevens started looking for answers to the questions that were haunting him. He began reading and studying many different spiritual teachings such as Eastern Mysticism, meditation, numerology, tarot cards and astrology.

He started reflecting his thoughts in his music.

One of his songs which express his quest for the truth at the time is
“On the Road to Find Out”:




Well i left my happy home to see what i could find out
I left my folk and friends with the aim to clear my mind out
Well i hit the rowdy road and many kinds i met there
Many stories told me of the way to get there

So on and on i go, the seconds tick the time out
There's so much left to know, and i'm on the road to find out

Well in the end i'll know, but on the way i wonder
Through descending snow, and through the frost and thunder

Well, i listen to the wind come howl, telling me i have to hurry
I listen to the robin's song saying not to worry

So on and on i go, the seconds tick the time out
There's so much left to know, and i'm on the road to findout

Then i found myself alone, hopin' someone would miss me
Thinking about my home, and the last woman to kiss me, kiss me

But sometimes you have to moan when nothing seems to suit yer
But nevertheless you know you're locked towards the future

So on and on you go, the seconds tick the time out
There's so much left to know, and i'm on the road to findout

Then i found my head one day when i wasn't even trying
And here i have to say, 'cause there is no use in lying, lying

Yes the answer lies within, so why not take a look now?
Kick out the devil's sin, pick up, pick up a good book now

Finally, he found the good book is the Quran and he became a muslim.

Aren’t we proud to be Muslims?

design by Sabau


Yusuf Islam aka Cat Stevens

Selasa, 24 Februari 2009

islam perlu dilindungi undang-undang?



Baru-baru ini rakan saya telah memberikan satu petikan kata-kata seorang cendiakawan melayu yang menentang undang-undang di Malaysia yang melarang golongan bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.  Ini termasuklah dengan mengedarkan risalah, buku, poster atau menyampaikan agama mereka secara lisan kepada umat Islam.

Menurut beliau, ini seolah-olah menunjukkan agama Islam bukanlah agama yang benar.  Sekiranya ia agama yang benar, ia tidak memerlukan perlindungan undang-undang. Non-muslim mungkin akan menganggap agama Islam sebagai agama yang salah sehingga memerlukan undang-undang untuk melindunginya.

Saya bersetuju dengan beliau!

Islam tidak memerlukan perlindungan undang-undang.  Islam adalah agama yang ditegakkan dengan hujah.

"Katakanlah: 
"Inilah jalan (agama) ku, 
aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) 
kepada Allah 
dengan hujjah yang nyata,
Maha Suci Allah, 
dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"." 
(Yusuf 12:108)

"...Katakanlah:
"Tunjukkanlah 
bukti 
kebenaranmu 
jika kamu adalah orang yang benar"." 
(al-Baqarah 2:111)

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam);
sesungguhnya telah
jelas
jalan yang benar 
daripada jalan yang sesat..." 
(al-Baqarah 2:256)

Namun, sebahagian umat Islam memerlukan perlindungan ini.

Sebabnya mudah...


Katakan anda merupakan seorang pengetua sebuah sekolah swasta.  Anda sedang menemuduga beberapa orang calon guru matematik untuk mengajar di sekolah anda.  

Terdapat seorang calon yang mempunyai "kepercayaan" yang salah.  Dia mempercayai bahawa 2+2=5!

Adakah anda akan membenarkannya mengajar di sekolah anda?  Sudah tentulah tidak!

Adakah ini bermakna "kepercayaan" anda bahawa 2+2=4 adalah tidak benar?  Adakah ini bermakna anda tidak mampu membuktikan bahawa 2+2=4 adalah benar?  Sudah tentulah tidak!


"Kepercayaan" anda itu tidak perlu dilindungi undang-undang.  

Namun, sebahagian murid-murid di sekolah anda yang baru berkenalan dengan matematik atau yang tidak mahir dengan matematik perlu dilindungi daripada dikelirukan oleh guru ini.  Anda tidak mahu masa depan mereka dirosakkan dengan "kepercayaan" salah ini.


Begitulah juga dengan persoalan penyebaran agama lain terhadap umat Islam ini.  Bukanlah Islam yang perlu dilindungi undang-undang.  Namun, mereka yang baru mengenali Islam di kalangan para muallaf, kanak-kanak, atau umat Islam yang tidak mahir mengenai agama mereka memerlukan perlindungan ini.  Mereka perlu dilindungi daripada dikelirukan. 

Kita dapat lihat di kebanyakan tempat ramai para cendiakawan Islam, pendakwah dan ulama' menyertai debat-debat umum dengan tokoh-tokoh agama lain.  Mereka cukup terbuka dalam menerima serangan-serangan terhadap Islam lalu menjawabnya dengan hujah-hujah yang bernas, logik dan meyakinkan.

Ini dilakukan selagimana keadaan atau situasi berlakunya debat itu adalah baik dan tidak mendatangkan mudarat yang besar seperti pergaduhan dan kekacauan dalam masyarakat.



"Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, 
melainkan dengan 
cara yang paling baik..."
[al-Ankabut 29:46]

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu 
dengan hikmah dan pelajaran yang baik 
dan berdebatlah dengan mereka dengan 
cara yang paling baik."
[An-Nahl: 125]

Islam bukanlah agama yang tertutup.  Ia adalah agama yang terbuka.  Namun, dalam masa yang sama, ia juga adalah agama yang praktikal!

Jumaat, 20 Februari 2009

kegawatan politik vs demam ekonomi


Semenjak pilihanraya umum ke-12 lepas, kita dapat melihat seolah-olah masyarakat kita dilanda wabak demam politik.  Kita dapat melihat orang bercakap tentang politik di mana-mana. 

Kita juga dapat menemui ramai penganalisis politik tidak bertauliah muncul ke hadapan mengeluarkan analisis-analisis mereka di blog-blog, laman-laman web, forum-forum, kedai-kedai kopi dan sebagainya.  Ramai juga yang tidak pernah menyertai politik atau baru 'dengar-dengar'  tentang politik sibuk menulis tentang politik.  Ada yang logik, ada yang rasional, ada yang bersifat emosi, ada yang merapu, ada yang penuh dengan penyebaran skandal politik, ada yang sibuk meng'engineer' 'conspiracy theories', ada yang menjadi agen penyebar khabar angin dsb.

Pada pemerhatian saya, kebanyakan mereka yang terlibat dengan perkara ini adalah di kalangan orang-orang beragama Islam, atau lebih tepat bangsa melayu. 

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengulas tentang isu politik dalam blog ini.

Cuma dalam penulisan kali ini saya ingin mengalihkan perhatian kepada isu utama yang seharusnya menjadi perhatian masyarakat di negara ini, terutamanya di kalangan orang-orang muslim.

Baru-baru ini, saya agak terkejut dengan satu presentation oleh seorang penganalisis kewangan yang menjawat jawatan besar dalam salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia dalam sebuah perjumpaan tertutup.  Beliau sebelum ini meramalkan bahawa Bursa Malaysia akan jatuh kira-kira 45%.  Ini telah pun berlaku.  Sebelum ini Bursa Malaysia berada di paras 1500 mata.  Kini ia berada di antara 800-900 mata.

Kali ini beliau meramalkan bahawa Bursa Malaysia akan meningkat ke paras 1000 mata dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan seterusnya akan 'collapse' sehingga ke paras 450!  

Beliau juga menyasarkan bahawa Dow akan jatuh ke paras 1500!!  Ini akan menyaingi "The Great Depression" yang berlaku pada tahun 1929.

Ada beberapa hujah dan teori yang beliau gunakan untuk menyokong pandangan ini.  Namun, tidak perlulah saya kemukakannya di sini. 

Sekiranya ini benar, kita sebenarnya akan menghadapi kegawatan ekonomi yang cukup serius.  Lebih teruk lagi, berbanding dengan tahun 1997, kegawatan ekonomi kali ini berlaku di peringkat global, bukan hanya di Malaysia.

Tapi malangnya masyarakat kita masih lagi leka.  Ramai yang masih berbelanja mewah, sibuk membeli-belah dan tidak bersedia menghadapi situasi ini.  Ini lebih-lebih lagi berlaku di kalangan orang-orang Islam.

Kita dapat lihat "orang lain" telah pun serba-sedikit bersedia.  Namun, orang-orang Islam masih leka dengan isu-isu politik atau lebih teruk lagi sibuk 'enjoy'.

Pelaburan emas yang dikatakan sebagai strategi yang baik bagi melindungi kekayaan sewaktu berlakunya krisis kewangan hanya laris di kalangan orang-orang bukan Islam, terutamanya di kalangan masyarakat cina.  Tanyalah staf-staf di bank-bank yang menawarkan pelaburan emas seperti Kijang Emas dan Gold Savings Account.  Mereka pasti akan mengatakan sambutannya hangat hanya di kalangan bukan melayu.



Impak kegawatan ekonomi amatlah besar.

Sekarang kita mendengar puluhan ribu pekerja hilang pekerjaan terutamanya di kalangan mereka yang bekerja di kilang-kilang.  Sekiranya keadaan ini semakin buruk, tidak mustahil ramai lagi akan dibuang kerja termasuk dari kalangan profesional!  Para graduan juga akan gagal mendapatkan pekerjaan.  Ramai orang akan jadi penganggur.



Apabila pengangguran meningkat, kadar jenayah juga akan meningkat.  Ini telah pun dapat dilihat sekarang.  Kita mungkin tidak dapat hidup dengan aman lagi.  Risiko untuk dirompak, disamun, diragut dan sebagainya akan meningkat.



Itulah sebabnya pada pandangan saya, isu ekonomi perlu lebih diberi perhatian berbanding isu politik.

"Orang lain" telah lama bersedia.  Umat Islam di negara ini masih lagi dilekakan dengan isu-isu politik.  Lebih teruk dari itu, kita sibuk-sibuk bergaduh, "orang lain" juga yang untung..

Selasa, 17 Februari 2009

senyum melawan propaganda



Hanzalah al-Usaidi ra. (salah seorang jurutulis Nabi) bercerita tentang dirinya sendiri:

"Suatu hari saya bertemu dengan Abu Bakr ra.

"Apa khabarmu, Hanzalah?" tanya Abu Bakr.

"Saya telah melakukan kemunafikan," jawab Hanzalah.

"SubhanaLLah, Apa yg kamu katakan ini?!"

Hanzalah, menjawab, 

"Ketika saya tadi sedang bersama RasuluLLah SAW, 
beliau mengingatkan tentang syurga dan neraka. 
Sehingga saya (seolah-olah) melihat keduanya (syurga dan neraka) secara langsung. 

Tapi setelah beranjak dari RasuluLLah SAW 
dan bermain bersama isteri, anak-anak 
serta sibuk dengan pekerjaan di rumah, 
saya jadi lupa apa yang disampaikan beliau."


"Demi Allah, saya pun pernah mengalami hal yang sama!" kata Abu Bakr.

Maka saya dan Abu Bakr pun pergi menemui RasuluLLah SAW. 

Ketika tiba di hadapan beliau, saya segera mengadu, 

"Wahai RasuluLLah, saya telah melakukan kemunafikan!"

RasuluLLah SAW bertanya, 
"Kemunafikan apa?"

"Ketika kami bersama anda, 
anda mengingatkan tentang syurga dan neraka, 
sehingga kami seperti melihatnya secara langsung. 

Tetapi setelah kami pulang dan bermain bersama isteri, anak-anak 
serta sibuk dengan pekerjaan di rumah, 
kami jadi lupa apa yang anda sampaikan."

RasuluLLah SAW lalu menjawab,

"Demi zat yang memiliki diriku! 
Kalau kalian selalu dalam keadaan seperti bersamaku itu, 
atau selalu dalam dzikir,
nescaya malaikat akan terus menemani kalian 
di atas tempat tidur mahupun di jalanan. 

Akan tetapi, 
wahai Hanzalah, 
SEGALA SESUATU
ADA WAKTUNYA" 

Baginda mengulangi 
"segala sesuatu ada waktunya"
sebanyak 3 kali. 

(HR Muslim dalam Kitab at-Taubah, 2750).


Jika kita bandingkan di antara seorang pendakwah Islam dengan seorang mubaligh Kristian, siapakah di antara mereka yang lebih sinonim di fikiran kita dengan ‘senyuman’?

Selalu apabila kita sebut sahaja tentang orang yang ‘membawa’ agama maka akan terlintas di fikiran kita orang yang berwajah serius, bermasam muka serta jarang menyedekahkan senyuman.

Itulah persepsi yang ada dalam masyarakat kita terhadap golongan agama.

Ini ditambah lagi dengan propaganda barat yang mengaitkan Islam dengan keganasan, ekstremisme dan sebagainya.

Sebenarnya senyuman adalah di antara jalan yang baik untuk melawan propaganda ini.


Bayangkan sekiranya dalam suatu komuniti golongan pembawa agama ini sentiasa memberikan senyuman kepada orang sekitarnya samaada muslim atau non-muslim. 

Sudah tentulah persepsi yang cuba dibina oleh propaganda barat ini tidak akan berhasil.
Senyuman dapat memberi impak yang besar terhadap dakwah.

Senyuman para pendakwah dapat memberi gambaran bahawa Islam adalah agama yang aman, sejahtera, friendly, toleran dan sebagainya yang jauh bertentangan dengan apa yang dipropagandakan oleh media barat.


(Klik di atas gambar bagi melihat profil mereka)


Kita tidak nafikan memang terdapat waktu-waktu tertentu yang memerlukan kita berwajah serius. 

Namun, seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, segala sesuatu ada waktunya.

Segala sesuatu ada waktunya.

Mungkin setiap kali kita bermasam muka, kita telah menjauhkan orang lain terhadap Islam.

Senyuman adalah suatu ‘proper-ganda’. 

Oleh itu, senyumlah selalu!

Kerana senyuman itu adalah dakwah!!


Setiap orang mampu berdakwah!

Selasa, 10 Februari 2009

holy water


Pada hari ini sekiranya ditanya orang-orang melayu di malaysia "apakah itu holy water," nescaya majoriti mereka akan menjawab ianya satu jenis air yang digunakan oleh mubaligh2 kristian untuk memurtadkan orang2 Islam.

Mereka yang meminum atau terminum holy water akan kelu lidah dan tidak boleh mengucapkan 2 kalimah syahadah.

Kisah ini kelihatan seolah2 "mutawatir" kerana ia disebarkan di merata-rata termasuk di internet, sms, dan di masjid2 dan surau2.  Ini menyebabkan majoriti masyarakat melayu menganggap ianya benar, sedangkan kisah ini tidak diketahui dari mana sumber asalnya.

Malah terdapat juga email2 yg disebarkan yg mengatakan  mineral water berjenama ***** mengandungi holy water... ia seolah2 menjadi satu strategi untuk mensabotaj perniagaan orang2 tertentu.

Suatu masa dahulu, saya dan rakan2 selalu ke gereja untuk menghadiri "usrah" agama kristian.  Hampir setiap minggu kami ke sana.  Kami telah makan dan minum segala yang dihidangkan selagimana pada zahirnya makanan2 tersebut adalah halal.  

Namun, kami masih lagi kekal dalam akidah Islam.  Kami merasa lebih menghargai keindahan dan 'kelogikan' agama Islam jika dibandingkan dengan agama lain.  Malah, kehadiran kami di sana cukup memeningkan kepala pihak mereka yang sedang berusaha dengan cukup gigih untuk mengkristiankan kami.

Mungkin mereka 'terlupa' memasukkan holy water dalam makanan dan minuman kami.


Upacara pembaptisan menggunakan holy water


Pada hari ini kita dapat melihat seolah-olah masyarakat kita dididik untuk percaya kepada khabar angin.  Kemudian khabar angin itu disebarkan sehingga setiap orang memperkatakan tentang khabar angin tersebut.  Lalu, masyarakat menganggapnya seolah-olah "mutawatir" sedangkan khabar itu datang dari hanya satu sumber, atau tidak diketahui dari mana sumbernya.

Ini berlaku dalam pelbagai isu termasuk isu agama, politik, isu semasa, hiburan dan sebagainya.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mendidik diri kita untuk kritikal terhadap setiap maklumat yang kita terima.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
[al-Hujurat 49:6]

Dalam isu holy water ini, cuba kita berfikir secara kritikal...


1)  Adakah Allah tidak adil?  

Seseorang hanya boleh murtad hanya kerana terminum holy water, lalu diazab oleh Allah di neraka.  Ini bercanggah dengan ajaran Islam.  Firman Allah:

Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Qur'an) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu".
(Yunus 10:108)


2)  Holy water hanya ada di Malaysia?

Kisah gerakan kristian bagi memurtadkan orang2 Islam dengan menggunakan holy water ini hanya boleh didengari di Malaysia sahaja.  

Malaysia bukanlah negara besar.  Sekiranya cara ini efektif, mengapa ia tidak digunakan di negara2 lain?  Mengapa kisah ini hanya tersebar di sini?  


3)  Amerika tidak perlu bom Iraq.

Amerika telah membelanjakan bertrillion USD bagi menakluk Iraq dan Afghanistan.  

Sepatutnya, mereka tidak perlu melakukan semua itu.  Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah memasukkan holy water dalam empangan2 di Iraq, lalu semua tentera, rakyat dan pemimpin Iraq memeluk agama kristian.  Oleh itu, tentera2 amerika boleh masuk ke dalam Iraq dengan aman.


4)  Orang Kristian tidak cerdik

Kisah2 orang yang murtad disebabkan oleh holy water yang tersebar hanyalah berkisar tentang orang2 Islam biasa.  

Seharusnya orang2 kristian mensasarkan kepada orang2 Islam yang besar, terutama dari kalangan para ulama.  Mungkin mereka hanya perlu memasukkan holy water ke dalam minuman atau makanan Yusuf al-Qaradhawi, Said Ramadhan al-Buti, Wahbah a-Zuhaily, Harussani dsb, kemudian berkata "Tengok... you punye scholars pun dah masuk kristian.. you bila lagi??"


5)  Bagaimana pula paderi2 yang memeluk Islam?

Sebagaimana yang kita ketahui, terdapat ramai bekas2 paderi kristian telah memeluk Islam.  Mereka telah pun minum bergelen-gelen holy water.  

Namun, lidah mereka masih lagi tidak kelu mengucapkan 2 kalimah syahadah.  Malah, tidak kurang juga dari kalangan mereka yang telah menjadi pendakwah2 Islam yang hebat!


Banyak lagi kecelaruan dalam kisah holy water ini.  

Saya berasa sangat kecewa kerana sehingga hari ini saya masih lagi menerima email2 tentang dakyah holy water ini.

Berhati-hatilah sebelum memforwardkan email yang anda terima.  Mungkin niat anda baik. Tapi ingatlah hadis Nabi SAW berikut:

“Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang
yang menceritakan segala yang dia dengari
(tanpa mengkaji benar atau tidak)”
[Sahih Muslim, 5]


Rabu, 4 Februari 2009

The Last Survivor of 9/11





He is William Rodriguez, the janitor with the master key that has all-access to the WTC. He was the last man to walk out alive from WTC after the attack. 

He was honored in the white house five times and received ‘National Hero Award’ from the Senate of Puerto Rico for his efforts to rescue the people trapped in the building.

Afterwards, because of his dissatisfaction with the official investigation,
he sought out the real truth behind the 9/11 attacks,
based on his first hand experience and other evidence. 

This eventually brought him to discovering the
truth about Islam.

William Rodriguez embraced Islam in December 2006.

Can you imagine the person who had 
first-hand experience of 
the "Biggest Terror" done by Muslims
becoming a Muslim??

Aren’t we proud to be Muslims?
design by Sabau