Dah 2 bln x update blog ni. Tp xla bersawang lg… :)
Di sini sy nk mengulas lanjut tetapi ringkas ttg 2 isu di atas.
1. Isu penggunaan nama Allah
Sy telah pn menulis ttg isu ini sejak tahun 2006 lg. Boleh rujuk di sini.
Dalam memahami perkara ini, pertama sekali kita harus tahu bahawa isu ini bukanlah isu hukum/nas. Dari sudut nas al-Quran dan as-Sunnah, non-muslims sememangnya dbenarkn menggunakan perkataan Allah. Ini telah pun sy jelaskn bbrp kali di blog ini dan di forum abumeow.
Pkr yg menjadi perbahasan skrg ini adalah isu siyasah syar’iyah, atau isu pemerintahan. Maka dlm menilai isu ini, kita harus menimbang dari pelbagai sudut dan dimensi, dan bkn bersikap literal terhadap nas.
Ini sepertimana disebutkan oleh al-Imam Hasan al-Banna dalam usul al-Isyrin (prinsip 20):
Oleh itu, sy lbh bersikap terbuka dlm perkara ini. Walaupun sblm ini sy telah pun mengutarakan pendapat bhw non-muslims harus dbenarkn menggunakn pkataan Allah, sy tidak berkeras thdp mereka yg bpndangan sebaliknya. Saya tahu bhw kita melihat dr aspek dan sudut yg berbeza. Malah sy juga tidak risau jikalau pandangan sy tidak tepat. Ini tidaklah membawa kpd kekufuran. Sekurang2nya, sy telah membuka fikiran kita semua utk melihat dr aspek yg berbeza.
Bg sy, berbeza pandangan bknlah utk berbalah, tp baik utk mematangkn pemikiran.
2. Mengucapkan ucapan merry christmast
Begitu juga dgn hukum mengucapkan ucapan merry christmast. Baru2 ini sy lihat ada bbrp blogs yg memaparkan jwpn yg menyanggah fatwa Yusuf al-Qaradhawi yg mengharuskan umat Islam mengucapkn ucapan Merry Christmast kpd org2 kristian.
Sy post fatwa ini pd 24 Disember thn lps. Tujuan sy bknlah utk mengajak semua umat Islam utk wish rakan2 kristian mereka pd hari krismas. Sy juga tahu pandangan ini adalah pandangan minority. Malah, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi sendiri mengakui bhw pandangannya adalh pandangan minority. Namun ada baiknya kita mengetahui pandangan yg sedikit berlainan agar kita menjadi lebih terbuka dan tidak cepat menghukum orang.
Keduanya, sy juga dpt lihat antara punca pbezaan ini adalah dsbbkn oleh perbezaan kaedah atau ‘formula’ mengeluarkn fatwa. Formula yg dgunakan adalah berbeza. Spt yg dnyatakan dlm post tersebut, fatwa itu dpetik dr kitab beliau yg bertajuk "Fiqh Maqasid Syariah". Jelas sekali inilah method beliau mengeluarkan fatwa – dengan menimbang dari sudut maqasid (tujuan syariat), bkn pd zahir nas atau mengambil nas secara literal. Itulah sebabnya dalil2 yg dkemukakan adlh lebih bsifat umum dan tidak bsifat khusus atau spesifik thdp isu yg dbincangkn. Selain itu, beliau lebih melihat situasi umat Islam setempat dan semasa dlm mengeluarkn fatwa ini.
Sebagaimana yg beliau sebutkn:
“Saya mengetahui, bahwa Syaikh Islam Ibnu Taimiyah telah berlaku keras terhadap hari raya-hari raya orang musyrik, Ahli Kitab, dan orang yang mendukungnya. Hal tersebut dia tulis dalam bukunya yang brilian, "Iqtidha' Ash-Shirath Al-Mustaqim Mukhalafah Ahl Al-Jahim."
Saya bersama Ibnu Taimiyah untuk tidak menyetujui umat Islam yang merayakan hari raya-hari raya orang musyrik dan Ahli Kitab. Sebagaimana kita sering melihat sebagian umat Islam yang merayakan christmas, Idul Fitri, dan Idul Adhha. Inilah yang tidak boleh dilakukan. Kita memiliki hari raya, mereka pun memiliki hari raya. Namun, saya berpendapat, bahwa mengucapkan selamat hari raya kepada kerabat, tetangga, rakan, atau hubungan sosial lainnya yang mengharuskan adanya kasih sayang dan hubungan baik serta dibenarkan oleh tradisi yang benar adalah tidak mengapa.
Syaikhul Islam memfatwakan hal itu sesuai dengan kondisi zamannya. Jika (beliau) hidup di zaman kita sekarang, melihat kompleksiti hubungan antara manusia, dunia yang mendekat hingga menjadi desa kecil, keperluan umat Islam untuk berinteraksi dengan non¬Muslim, non-muslim menjadi dosen bagi umat Islam, keperluan dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam, menampilkan gambaran Muslim dengan gambaran ramah bukan keras, dan kabar gembira bukan ketakutan, mengucapkan hari raya kepada tetangga, kawan, atau dosen bukan berarti keridhaan terhadap akidah dan kekufuran, melihat orang Kristian sendiri tidak menganggap hari rayanya sebagai aktiviti agama yang bisa mendekatkan diri kepada Tuhan tetapi menjadi tradisi negara yang dihabiskan untuk menikmati hari cuti, makanan, minuman, dan hadiah antara sahabat, Ibnu Taimiyah pasti akan mengubah atau meringankan pendapatnya. Dia adalah orang yang selalu mempertimbangkan waktu, tempat, dan kondisi untuk mengeluarkan sebuah fatwa.” ["Fiqh Maqasid Syariah," Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi]
Sy lihat, di sinilah punca tercetusnya perbezaan itu. Apapun, perbezaan ini bukanlah sepatutnya menjadi isu utk kita bertelagah. Mengetahui pandangan yg berbeza seharusnya menjadikan kita lebih terbuka, bertoleransi dan saling hormat-menghormati, selagimana ia dalam kerangka kaedah2 Islam.
WaLLahu a'alam.